About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Friday, April 2, 2010

Food Aid untuk Keluarga Encik Fadil


Hari ini saya bersama Hazril (sukarelawan Muslim Aid dari Pulau Pinang) berkesempatan untuk melawat keluarga En Fadil di Flat Sri Pahang, Bangsar. Kali terakhir saya melawatnya adalah lebih 2 bulan sebelum ini. Tujuan ziarah ini adalah untuk mengetahui perkembangan terkini keluarga en Fadil terutama anaknya Firdaus (4 tahun) yang sudah dua bulan selesai pembedahan kanta matanya. Menurut En Fadil, penglihatan Firdaus kini lebih baik berbanding dahulu, cuma tidak dapat kepastian sama ada Firdaus benar-benar nampak kerana umurnya yang masih muda. Menurut En Fadil lagi, hasil pembedahan tersebut perlu tunggu apabila Firdaus berumur enam atau tujuh tahun untuk melihat keberhasilan pembedahan kanta mata Firdaus.

Kini En Fadil giat dengan bisnes barunya iaitu webhosting dan juga membuat website. En Fadil amat meminati bidang IT ini walaupun keadaannya yang OKU penglihatan. Dengan software yang dapat mengeluarkan suara, En Fadil dapat mempraktikkan apa yang telah dibelajarnya dalam dunia IT. Kepada yang ingin membeli hosting atau membuat website, boleh layari http://www.asfatechnology.com/. Dengan bisnes barunya, harapan En Fadil agar bisnes ini dapat meningkatkan lagi taraf hidup mereka.

Sebelum kami pulang, tin daging Qurban For Life (Q4L) telah diberikan untuk keluarga En Fadil. Pada yang ingin menyumbang untuk keluarga En Fadil dibawah tabung OKU Muslim Aid, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Butiran tentang En Fadil di sini.

Muhammad bin Kamarulazizi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...