About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Friday, April 23, 2010

Sumbangan Food Aid untuk Keluarga di Bagan Serai


Lokasi: Bagan Serai Perak
Tarikh: 23 April 2010
Aktiviti: Ziarah pertama dan sumbangan Food Aid

Alhamdulillah, hari ini saya dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk report bulanan kelas Bahasa Melayu untuk pelarian Rohingya di Bagan Dalam. Perjumpaan dengan guru-guru sukarelawan, pelajar-pelajar dan wakil dari UNHCR akan turut hadir pada hari Ahad ini.

Dalam perjalanan ke Pulau Pinang, saya sempat singgah di Bagan Serai dimana salah seorang sukarelawan Muslim Aid, Aznan telah menguruskan pertemuan dengan sebuah keluarga yang memerlukan. Dari KL, saya bawa sekali daging qurban Q4L sebagai sumbangan food aid kepada mereka dan sedikit wang hasil sumbangan dari kawan-kawan.


kebanyakan rangka sudah reput

anak-anak Kak Jamilah bersama basikal untuk ke sekolah

Berikut adalah butiran keluarga tersebut

Nama: Kak Jamilah bt Ali (suami hilang)
Ahli Keluarga: 7 org ( Kak Jamilah, 5 org anak dan seorang abang)
Alamat rumah: 122 Parit Haji Amin, Bagan Serai, 34300 Perak.
Umur Anak: 15 (perempuan), 14, 12, 10 dan 9 tahun (lain semua lelaki).
Pekerjaan: Pembantu kedai makan
Income: RM150, RM200 dari Baitulmal dan abgnya ambil upah dari ladang kelapa sawit.

Keadaan rumahnya agak uzur, seperti mahu runtuh walaupun kelihatan seperti 2 tingkat jika dilihat dari luar. Rumah tersebut disewa sejak zaman mak bapaknya lagi dan mereka berharap agar dapat membina rumah baru di atas tanah peninggalan arwah maknya.

InsyaAllah bulan May nanti, saya akan ke Pulau Pinang sekali lagi untuk kemas kini program pelarian, dan saya bercadang untuk melawat sekali lagi keluarga Kak Jamilah ini. Mungkin merancang untuk membawa bantuan dan sumbangan lain untuk keluarga Kak Jamilah. Saya agak terharu apabila melihat anak-anak Kak Jamilah yang gembira, dan selalu senyum. Apabila saya tanya tentang cita-cita, abg sulung nak jadi polis, adik-adik yang lain nak jadi bomba dan doktor haiwan. Perkara pertama sekali, saya merancang untuk memberi peluang untuk mempelajari skill seperti menjahit supaya Kak Jamilah dapat menerima pendapatan yang lebih baik.

Aznan besama keluarga Kak Jamilah dengan sumbangan daging qurban for life (Q4L)

dihadapan rumah

keluarga Kak Jamilah

Antara sumbangan yang boleh dihulurkan ialah
1- alat tulis
2- buku rujukan sekolah
3- vitamin C
4- bahan mentah seperti beras, minyak masak dll
5- sumbangan wang

Pada yang berhajat untuk menyalurkan sumbangan seperti yang dinyatakan di atas, atau benda lain sekali pun, boleh hubungi saya di 012-3377195, atau boleh bank in terus ke akaun Kak Jamilah di akaun BSN Wadiah 08500-41-000012-14-4 atas nama Jamilah biinti Ali (seperti yang tertera dalam buku akaunnya). Sumbangan dalam bentuk barang sebaiknya sebelum 15 May 2010.

Muhammad bin Kamarulazizi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...