Lokasi: Bukit Fraser Tarikh: 17-18 April 2010 Anjuran: Malaysian Relief Agency (MRA)
Team dari Muslim Aid telah dijemput untuk bersama dengan MRA dalam latihan mengendalikan golongan OKU yang terdiri daripada cerebral palsy, dyslexia, dan syndrom down. Program ini telah dijalankan di Silverpark Resort Bukit Fraser setiap minggu dan mempunyai pelbagai program untuk warga-warga OKU. 12 orang warga OKU dipilih untuk tinggal di Fraser Hill dan diberi latihan serta skill supaya dapat bekerja dan belajar untuk berdikari. Mereka diberi peluang untuk bekerja di Silverpark Resort dan diberi tempat tinggal di situ.
Di sini saya berpeluang untuk belajar cara-cara untuk mengendalikan warga OKU. Tidak semudah yang disangkakan kerana perlu kesabaran yang amat tinggi. Cara 'dealing' dengan mereka agak berbeza apabila dibandingkan dengan anak-anak yatim atau warga pelarian. Dan sememangnya sebuah pengetahuan yang baru yang saya belajar di Fraser Hill.
Pemeriksaan kesihatan juga dijalankan untuk masyarakat yang tinggal di Fraser Hill yang telah diuruskan oleh sukarelawan MRA dari Hospital Al-Islam Kampung Baru.
Pihak dari Muslim Aid mengucapkan terima kasih kepada Puan Fauziah yang juga pengurus di MRA yang telah menjemput pihak Muslim Aid untuk bersama dengan program pengendalian OKU ini.

Muhammad bin Kamarulazizi
0 comments:
Post a Comment