Lokasi: Bagan Dalam, Pulau Pinang
Tarikh: 25 April 2010
Masa: 9am - 1pm
Saya ke Pulau Pinang hari minggu yang lepas untuk melihat progress kelas Bahasa Melayu untuk anak-anak pelarian Rohingya. Anak-anak pelarian ini bersungguh-sungguh belajar dan rekod kehadiran mereka konsisten. Cuma terdapat seorang atau dua orang yang tak hadir kerana tidak sihat atau pergi mengemis. Kegiatan mengemis ini merupakan salah satu aktiviti yang mereka jalankan pada hujung minggu untuk mendapatkan pendapatan asas mereka. Disebabkan hal yang demikian, ada diantara anak-anak pelarian ini terpaksa memilih sama ada mahu ke kelas Bahasa atau pergi mengemis. Kelas Bahasa yang dianjurkan oleh Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) adalah percuma dah telah mendapat kerjasama dari pihak UNHCR.
InsyaAllah bulan hadapan kelas Bahasa ini akan tamat dan sebuah majlis penyampaian hadiah dan sijil akan diadakan untuk pelajar-pelajar Rohingya. Pihak Muslim Aid merancang untuk meneruskan kelas ini lagi, dan akan menambahkan subjek matematik untuk kelas mereka. Pada yang ingin menyumbang bagi 'continuity' kelas ini, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.
Muhammad bin Kamarulazizi
0 comments:
Post a Comment