About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label suspended meal. Show all posts
Showing posts with label suspended meal. Show all posts

Friday, January 13, 2017

Suspended Meal di Jalan Ipoh


Sebuah lagi Projek Suspended Meal berlangsung kali ini di Jalan Ipoh. Projek ini merupakan inisiatif sukarelawan Kindness Malaysia, Farah Aina yang juga anak kepada makcik yang menjual nasi lemak di sini. Hari ini merupakan hari Jumaat yang penuh keberkatan, oleh itu orang ramai yang datang hanya perlu senyum untuk dapatkan nasi lemak secara percuma.

Orang ramai yang datang akan mula order nasi lemak dengan lauk yang diinginkan. Kemudian apabila pelanggan tersebut menghulurkan duit, Farah akan mengatakan bahawa nasi lemak itu sudah dibayar. Reaksi pelanggan agak terkejut tetapi gembira. Pada waktu ini Farah akan memperkenalkan Kindness Malaysia dan misinya untuk sebarkan dan beri inspirasi kebaikan kepada semua.

Farah membantu ibunya di gerai nasi lemak dan kuih

ramai yang datang ala-ala drive thru

ramai yang seperti tidak percaya dengan makanan percuma

Farah dengan poster Suspended Meal

Nasi lemak dan kuih habis hampir jam 10 pagi. Perancangan untuk suspended pada masa akan datang ialah untuk menyediakan resit kindness untuk setiap makanan yang diberikan percuma. Resit ini akan tertera, "makanan ini sudah dibayar dengan senyuman anda, terima kasih.".

Pihak Kindness Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang telah menaja Projek Suspended Meal ini dan semoga semua mendapat keberkatan dariNya.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia

Saturday, October 24, 2015

Suspended Meal Kindness Malaysia Ditaja Oleh Laundry On The Go



Alhamdulillah, baru-baru ini Kindness Malaysia sekali lagi sempat mengadakan suspended deal di sekitar Bandar Baru Sentul. Tiga gerai dipilih dan aktiviti suspended meal bermula seawal jam 7.30 pagi. Gerai pertama terletak berhampiran dengan Pangsapuri Mawar, dengan pelbagai jenis kuih-muih dijual ketika itu. Beberapa kuih dipilih untuk menjadi suspended meal dan diberikan percuma kepada orang ramai.

Tujuan asal suspended meal versi Malaysia ini ialah untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk bersarapan sebelum pergi ke kerja. Kita sedia maklum ramai diantara eksekutif-eksekutif muda yang baru sahaja melangkah ke alam pekerjaan terpaksa ikat perut dan tidak bersarapan pada waktu pagi kerana ingin jimatkan perbelanjaan seharian.

liputan dari Astro Oasis

Kakpah yang menjaga gerai kuih

orang ramai pada mulanya agak kekok untuk menerima makanan percuma

Suspended meal Kindness Malaysia ini ingin memberi senyuman kepada orang ramai yang dapat menikmati sarapan secara percuma, atau dengan menambah jumlah makanan untuk sarapan. Makanan seperti kuih muih dan nasi lemak merupakan antara makanan yang dijadikan suspended meal untuk aktiviti kali ini.

Gerai kedua yang dipilih menyediakan nasi lemak dan cucur goreng manakala gerai ketiga menyediakan nasi lemak RM1 yang terletak di Datuk Senu, Sentul. 

nasi lemak RM1 yang menjadi kegemaran orang ramai di Dato Senu, Sentul

Orang ramai menerima nasi lemak secara percuma
Dari pihak Kindness Malaysia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja suspended meal kali ini iaitu Laundry On The Go, sebuah syarikat dobi yang berpengkalan di Kelana Jaya kerana turut serta untuk menjadi sebahagian daripada misi Kindness Malaysia dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk terus melakukan kebaikan tidak kira tempat, masa atau pada sesiapa pun.

Projek Suspended Meal ini telah dirakam oleh krew Astro Oasis bagi rancangan Salam Muslim dan akan disiarkan pada 16 November 2015 kelak.

Pada yang berminat untuk menaja Projek Suspended Meal, boleh terus email kepada support@kindness.my

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Thursday, September 17, 2015

Selamat Hari Malaysia Buat Semua Rakyat Malaysia


16 September 2015.

Bersempena sambutan hari ini Kindness Malaysia telah mengadakan aktiviti kebaikan serentak di seluruh Malaysia iaitu Projek Suspended Meal. Projek ini adalah gabungan antara badan NGO Kindness Malaysia dan SUSPENDED MEAL MALAYSIA. Projek ini dijalankan dengan membeli sebahagian makanan yg dijual oleh kedai/peniaga tertentu, diletakkan label 'suspended meal' dan diberikan kepada sesiapa saja yang datang.

Konsep projek ini sangat mudah iaitu bertujuan untuk bersedeqah. Berkongsi nikmat bersyukur dengan semua orang sekeliling. Satu aktiviti yg mudah utk berkongsi rezeki. Dalam setiap rezeki, bukan semuanya milik kita. Jika sebelum ini, konsep sedeqah disempitkan dengan hanya memberi kepada orang susah, tetapi kali ini pemberian itu disalurkan kepada semua lapisan masyarakat agar lebih terasa kesannya bersedeqah. Jika sesetengahnya beranggapan konsep ini tidak telus, tetapi tujuan asal bersedeqah itu ialah memberi kepada sesiapa sahaja asalkan ikhlas dan pemberian itu menjadi sesuatu yg bermakna bagi penerima.

nasi lemak dan kuih muih

sukarelawan yang terlibat

warga surau juga turut hadir

makcik cleaner juga gembira

Memandangkan hari ini adalah pertengahan bulan, kita mungkin juga tidak tahu samada yg dtg membeli itu sedang berkira-kira untuk menyediakan makanan bagi keluarganya di rumah. Alangkah gembiranya dia jika pemberian dapat meringankan sedikit bebannya, siapa tahu?

Dari pemerhatian kami, ketika aktiviti ini sedang rancak dijalankan ada beberapa org yg dtg hanya membeli RM2 karipap utk keluarganya dirumah. Tetapi sukarelawan kami telah memberinya 3 bungkus nasi lemak dimana terus membuatkannya tersenyum. Inilah konsep bersedeqah yang sgt bermakna bagi kami. Pemberian yang dihargai. Apakah lagi yang ingin diharapkan oleh sukarelawan ini selain drpd senyuman kegembiraan.

Projek ini bermula seawal 7.00 pagi dan sambutan amat luar biasa untuk semua tempat yang terlibat. Senarai lokasi yang terlibat hampir diseluruh Malaysia adalah: (senarai lokasi).

Semoga dimasa hadapan akan adanya lebih ramai sukarelawan yang terlibat dan lebih banyak lagi lokasi dapat diadakan. Sebarkan kebaikan, berbahagi rezeki, ringankan beban, adanya senyuman.

Ashira binti Abu Bakar
Projek Koordinator
Kindness Malaysia Cawangan Pahang

Wednesday, September 16, 2015

23 Lokasi Projek Suspended Meal Bersempena Hari Malaysia



Hari Malaysia, 16 September 2015 ialah hari perpaduan dan Kindness Malaysia sekali lagi melaksanakan satu lagu aktiviti kebaikan yang kreatif di lebih 23 lokasi di seluruh negara. Projek kali ini dinamakan Projek Suspended Meal (Projek Juadah Prabayar) dimana konsepnya sangat mudah. Sukarelawan yang terlibat akan membeli makanan di gerai-gerai yang terpilih, dan makanan itu ditinggalkan di gerai tersebut supaya orang ramai boleh mengambil atau menikmatinya secara percuma.

Roti canai di Pokok Sena, Kedah

Pelbagai kuih muih di Kuantan, Pahang

kuih pau di Kuala Ketil, Kedah

nasi lemak daun pisang di Sungai Petani, Kedah

Nasi Lemak RM1 di Taman Dato Senu, Kuala Lumpur

Roti Canai di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah, Negeri Sembilan


Sambutan sangat menggalakkan daripada orang ramai dengan konsep baru melakukan kerja amal dengan lebih kreatif. Menurut Projek Koordinator di Sungai Petani, Muhammad Nuruddin, "Orang ramai pada mulanya hairan dengan konsep makanan percuma ini, tetapi gembira apabila dapat nikmati makanan secara percuma". 

Tidak kurang juga di Pekan dan Kuantan, sebanyak lapan lokasi diadakan serentak. Wakil dari NGO lain juga turut hadir dan memberi sokongan kepada Kindness Malaysia cawangan Pahang. Menurut Projek Koordinator Kindness Malaysia di Kuantan, Shah Abdul Wahab, "Mereka teruja dengan pemberian makanan percuma. Biasanya fakir miskin sahaja yang menerima bantuan, tetapi kali ini orang ramai juga menerima manfaat daripada Projek Juadah Prabayar ini".

Kuih Coklat di Batu Pahat, Johor

Aneka kuih di Pekan, Pahang


Peniaga Nasi Lemak dengan label Suspended Meal


Semangat 1Malaysia


Tujuan Projek Juadah Prabayar ini adalah untuk menyemarakkan lagi keharmonian masyarakat setempat disamping memberi kegembiraan kepada orang ramai. Usaha yang kecil ini sedikit sebanyak menunjukkan yang masyarakat Malaysia masih setia untuk melakukan pelbagai bentuk kebaikan walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu. Menurut Ahamad Emran, antara yang awal memperkenalkan Suspended Meal di Malaysia mengatakan "Ini bukan satu benda yang baru. kita selalu belanja keluarga dan kawan-kawan makan. this time, kita belanja strangers pulak".

Pihak Kindness Malaysia mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dari sukarelawan hingga kepada para dermawan yang bermurah hati untuk menaja projek-projek kebaikan yang kreatif anjuran Kindness Malaysia. Pada yang berminat untuk turut serta dengan aktiviti Kindness Malaysia, boleh layari laman Fanpage Kindness Malaysia di https://www.facebook.com/Kindness.my.

Senarai penuh lokasi Projek Juadah Prabayar (Suspended Meal) di seluruh Malaysia.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
https://www.facebook.com/Kindness.my

Friday, September 11, 2015

Projek Suspended Meal Bersempena Hari Malaysia


Hari Malaysia bakal tiba tidak lama lagi dan Kindness Malaysia juga tidak ketinggalan untuk melakukan aktiviti kebaikan seterusnya pada hari bersejarah tersebut. Projek kali ini dipanggil Projek Suspended Meal dan projek ini akan berlangsung serentak di beberapa lokasi di seluruh Tanah Air.

 Suspended Meal ialah sebuah konsep dimana orang ramai boleh mendapatkan makanan percuma dari gerai atau restoran yang mempunyai suspended meal. Sasaran penerima tidak khusus kepada sesiapa pun, mana-mana individu yang inginkan makanan percuma tersebut, boleh meminta kepada tuan gerai atau restoran tersebut.

Sukarelawan Kindness Malaysia akan membayar sepenuhnya makanan yang dipilih, dan kemudian memberitahu kepada tuan gerai atau restoran yang makanan ini ialah suspended meal. Sebuah label akan diletakkan pada makanan tersebut supaya orang ramai tahu yang makanan yang dipilih adalah percuma. 

Peniaga di Bandar Baru Sentul dengan Projek Suspended Meal


Satu kuih dipilih untuk dijadika suspended meal

Projek Suspended Meal ini dijalankan bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan makanan secara percuma. Kebanyakan projek yang dijalankan ini akan berlangsung pada waktu pagi dan tarikh dipilih pula ialah pada tengah bulan, 16 September 2015. Ada dikalangan masyarakat yang ketika itu mengikat perut untuk tidak bersarapan dan dengan adanya Projek Suspended Meal ini, mereka dapat bersarapan dengan makanan percuma. Disamping itu Projek Suspended Meal ini dapat membantu melariskan jualan gerai-gerai kecil ditepi jalan.

Antara lokasi Projek Suspended Meal bersempena dengan Hari Malaysia kelak:

Senarai Suspended Meal Hari Malaysia (16 September 2015)

1. Lokasi: Bandar Baru Sentul, KL
Makanan: 100 roti sosej butter crumb
Masa: 7.30am-9.30am

2. Lokasi: Bandar Pekan, Pahang
Makanan: Nasi Lemak & Karipap
Masa: 7.45am - 9am

3. Lokasi: Telok Gong, Klang, Selangor
Makanan: Nasik Lemak n Teh 0
Masa: 8am- 9.30am

4. Lokasi: Kafe Mahallah Salahuddin Alayubi, UIA Gombak, KL
Makanan: Nasi lemak dan kuih
Masa: 9am

5. Lokasi: Tikam Batu, Kedah
Makanan: akan diberitahu kemudian
Masa: 8am-9.30am

6. Lokasi: Kuala Ketil, Kedah
Makanan: akan diberitahu kemudian
Masa: 8am-9.30am

7. Lokasi: Cafe AB, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Makanan: Roti canai
Masa: 8am-10am

8. Lokasi: Kinrara, Puchong, Selangor
Makanan: akan diberitahu kemudian
Masa: 8am-10am

9. Lokasi: Kantin Madrasah Hashimiah, KL
Makanan: Somtam
Masa: 1pm-2pm

10. Lokasi: Restoran Mairasa, YG-18, Pusat Komersial Jalan Plumbum Y7/Y Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Makanan: Western Food
Masa: 4pm-12am

11. Lokasi: Dungun (1), Terengganu
Masa: 7.45-11@ Smpai mknn habis
Makanan: Nasi lemak, nasi minyak & nasi dagang

12. Lokasi: Dungun (2), Terengganu
Masa: 7.45-11@ Smpai mknn habis
Makanan: Kuih keramat, kuih ketayap & doughnut

13. Lokasi: Bandar Baru Pokok Sena, Kedah
Makanan: Roti canai
Masa: 9am sampai habis

14. Lokasi: Taman Kanak2 Ukay Perdana, KL
Makanan : Ais Krim Malaysia
Masa. : 5 petang

15. Lokasi : Kedai Makan Aziz & Jah, Pekan
Masa : 7.00pg
Makanan : Nasi Lemak

16. Lokasi : Kedai Makan Ismaliza, Pekan
Masa : 7.30pg
Makanan : Roti Canai

17. Lokasi : Gerai bersebelahan Tabung Haji Pekan
Masa : 7.45pg
Makanan : Kuih Muih

18. Lokasi : Hadapan Pasar Besar Pekan
Masa : 7.30 pg
Makanan : Aneka Kuih Muih & Nasi Lemak

19. Lokasi : Gerai Makan Pagi Taman Mentiga, Pekan
Masa : 7.45pg
Makanan : Nasi Lemak

20. Lokasi : Gerai bersebelahan Masjid Taqwa, Pekan
Masa : 7.45pg
Makanan : aneka kuih muih

21. Lokasi : Gerai Pagi Tanjung Lumpur, Kuantan
Masa : 7.45pg
Makanan : Aneka kuih muih & Nasi lemak

22. Lokasi : Gerai pg belakang Megamall Kuantan
Masa : 8.00 pg
Makanan : Kuih

23. Lokasi: Taman Dato Senu, KL
Masa: 8.30am
Makanan: Nasi lemak


Jumlah lokasi akan bertambah dan dijangkakan melebihi 20 lokasi suspended meal akan berlangsung pada Hari Malaysia. Pada berminat untuk laksanakan Projek Suspended Meal ini, boleh turut serta di kumpulan Sukarelawan Kindness Malaysia di Facebook atau ikut. Projek Suspended Meal pernah mendapat liputan di Harian Metro.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Saturday, August 15, 2015

Suspended Meal oleh Team Kindness Malaysia Cawangan Pahang




Tarikh: 15hb Aug 2015
Masa: 7.45 pagi
Projek: Suspended Meal-Nasi Lemak
Tempat: Bandar Pekan, Pahang

Kindness Malaysia cawangan Pahang atau lebih dikenali sebagai Team Khadim Wasilah telah mengadakan sati projek kebaikan yang sangat mudah. Projek dinamakan Suspended Meal Nasi Lemak. Tujuan projek ini adalah untuk menyebarkan kebaikan disamping menginspirasikan penduduk setempat bahawa kebaikan dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk, aktiviti mahu pun keadaan.

Projek bermula seawal jam 7.45 pagi dan nasi lemak yang dijual di gerai tepi jalan semua telah dibeli oleh team Khadim Wasilah. Nasi lemak ini kemudiannya diletakan label dan orang ramai yang mengunjung gerai tersebut boleh mengambil nasi lemak itu dengan percuma. Kebanyakan penduduk setempat agak terkejut dgn aktiviti yang dilakukan tetapi selepas diterangkan mereka menyambut baik perkara tersebut dan sangat berterima kasih serta memberi penghargaan kerana kebaikan seperti ini belum pernah dilakukan seumpanya di Pekan, Pahang.

peniaga dan orang ramai mendapat manfaat daripada Projek Suspended Meal 

pengunjung gerai yang gembira

jarang berlaku begini, menurut penerima suspended meal nasi lemak


Kami dari Team Khadim Wasilah berhasrat untuk mengembangkan aktiviti kebaikan lain di sekitar Pekan serta Kuantan dan seterusnya di negeri Pantai Timur yang lain di masa akan datang. Semoga dengan sokongan daripada semua pihak, kami akan sedaya upaya menyebarkan kebaikan untuk kesejahteraan masyarakat setempat.

Bagi yang berminat untuk turut serta, boleh hubungi Puan Ashira di 011-39118210 atau layari laman Facebook di Kindness #Team Khadim Wasilah.

Dari Semua Untuk Semua. Kindness Malaysia Cawangan Pahang, Team Khadim Wasilah.

Mendapat Liputan di Harian Metro 8 Ogos 2015


Ashira binti Abu Bakar
Projek Koordinator
Kindness Malaysia Cawangan Pahang
Team Khadim Wasilah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...