Tarikh: 15hb Aug 2015
Masa: 7.45 pagi
Projek: Suspended Meal-Nasi Lemak
Tempat: Bandar Pekan, Pahang
Kindness Malaysia cawangan Pahang atau lebih dikenali sebagai Team Khadim Wasilah telah mengadakan sati projek kebaikan yang sangat mudah. Projek dinamakan Suspended Meal Nasi Lemak. Tujuan projek ini adalah untuk menyebarkan kebaikan disamping menginspirasikan penduduk setempat bahawa kebaikan dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk, aktiviti mahu pun keadaan.
Projek bermula seawal jam 7.45 pagi dan nasi lemak yang dijual di gerai tepi jalan semua telah dibeli oleh team Khadim Wasilah. Nasi lemak ini kemudiannya diletakan label dan orang ramai yang mengunjung gerai tersebut boleh mengambil nasi lemak itu dengan percuma. Kebanyakan penduduk setempat agak terkejut dgn aktiviti yang dilakukan tetapi selepas diterangkan mereka menyambut baik perkara tersebut dan sangat berterima kasih serta memberi penghargaan kerana kebaikan seperti ini belum pernah dilakukan seumpanya di Pekan, Pahang.
peniaga dan orang ramai mendapat manfaat daripada Projek Suspended Meal |
pengunjung gerai yang gembira |
jarang berlaku begini, menurut penerima suspended meal nasi lemak |
Kami dari Team Khadim Wasilah berhasrat untuk mengembangkan aktiviti kebaikan lain di sekitar Pekan serta Kuantan dan seterusnya di negeri Pantai Timur yang lain di masa akan datang. Semoga dengan sokongan daripada semua pihak, kami akan sedaya upaya menyebarkan kebaikan untuk kesejahteraan masyarakat setempat.
Bagi yang berminat untuk turut serta, boleh hubungi Puan Ashira di 011-39118210 atau layari laman Facebook di Kindness #Team Khadim Wasilah.
Dari Semua Untuk Semua. Kindness Malaysia Cawangan Pahang, Team Khadim Wasilah.
Mendapat Liputan di Harian Metro 8 Ogos 2015 |
Ashira binti Abu Bakar
Projek Koordinator
Kindness Malaysia Cawangan Pahang
Team Khadim Wasilah
0 comments:
Post a Comment