About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Sunday, August 16, 2015

Mudahnya Menjemput Rezeki. Mudahnya Melakukan Kebaikan


Mudahnya menjemput rezeki. Ramai yang tidak sedar atau boleh kata kurang yakin yang lebih banyak kita memberi, maka lebih banyak yang kita akan terima balik. Return of investment (ROI) ini boleh datang dengan sekelip mata, dalam bentuk wang Ringgit mahupun dalam bentuk yang lain. Dan seharusnya kita ingat pulangan yang diberikan itu bukan sahaja di dunia, malahan ganjaran yang kita nantikan ialah di akhirat kelak.

Lebih dua tahun bersama Kindness Malaysia, misi untuk sebarkan dan memberi inspirasi untuk lakukan kebaikan diteruskan sepanjang masa. Untuk lakukan kebaikan ini sebenarnya sangat mudah, dan tidak memerlukan kos yang besar atau masa yang banyak. Contohnya apabila kita bersarapan pagi di gerai, kita boleh bungkuskan nasi lemak dan teh tarik untuk makcik cleaner yang sedang melakukan tugas menyapu sampah. Kos pun kurang daripada RM5. Jika bajet kurang, boleh beli nasi lemak RM1, tetapi pastikan ada sudu plastik disertakan sekali untuk mudahkan penerima itu makan nanti.

bayarkan makanan mereka tanpa mereka ketahui siapa yang tolong bayarkan


Pemilihan jenis makanan untuk diberikan juga memainkan faktor yang penting. Untuk sarapan, kita mempunyai pilihan makanan seperti nasi lemak, roti canai, kuih muih dan juga mihun atau mee goreng. Kita tidak kisah untuk pilih makanan mana yang disukai, asalkan memenuhi selera masing-masing. Namun begitu, bagi golongan yang memerlukan seperti warga miskin bandar, makanan yang cepat kenyang menjadi keutamaan. Untuk sarapan pagi, nasi lemak atau roti canai menjadi pilihan jika dibandingkan dengan kuih muih. Bagi makan tengahari atau malam, makanan berasaskan nasi juga menjadi pilihan berbanding dengan makanan lain seperti bihun sup, laksa atau mee bandung.

Oleh yang demikian, apabila kita ingin mulakan aktiviti kebaikan, kita pilih makanan yang sesuai untuk mereka. Nasi lemak untuk sarapan pun sangat bagus. Nasi dengan ikan bilis, telur, kacang dan timun dan harga biasanya RM1.50 sebungkus. Lebih sedap jika ditambah dengan telur mata atau lauk lain tetapi bergantung kepada bajet masing-masing. Ya, di sini poket kindness akan mainkan peranan untuk digunakan bagi melakukan kebaikan tanpa risau dari gangguan bajet harian.

Akhir kata, sematkanlah dalam hati, setiap kebaikan, sedekah itu akan memberi pulangan yang sangat lumayan. Seperti yang diriwayatkan:

Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” ~ Hadis riwayat Ibnu Majah
Semoga kita sentiasa istiqamah dalam melakukan kebaikan setiap hari, insyaAllah.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...