About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Thursday, September 17, 2015

Selamat Hari Malaysia Buat Semua Rakyat Malaysia


16 September 2015.

Bersempena sambutan hari ini Kindness Malaysia telah mengadakan aktiviti kebaikan serentak di seluruh Malaysia iaitu Projek Suspended Meal. Projek ini adalah gabungan antara badan NGO Kindness Malaysia dan SUSPENDED MEAL MALAYSIA. Projek ini dijalankan dengan membeli sebahagian makanan yg dijual oleh kedai/peniaga tertentu, diletakkan label 'suspended meal' dan diberikan kepada sesiapa saja yang datang.

Konsep projek ini sangat mudah iaitu bertujuan untuk bersedeqah. Berkongsi nikmat bersyukur dengan semua orang sekeliling. Satu aktiviti yg mudah utk berkongsi rezeki. Dalam setiap rezeki, bukan semuanya milik kita. Jika sebelum ini, konsep sedeqah disempitkan dengan hanya memberi kepada orang susah, tetapi kali ini pemberian itu disalurkan kepada semua lapisan masyarakat agar lebih terasa kesannya bersedeqah. Jika sesetengahnya beranggapan konsep ini tidak telus, tetapi tujuan asal bersedeqah itu ialah memberi kepada sesiapa sahaja asalkan ikhlas dan pemberian itu menjadi sesuatu yg bermakna bagi penerima.

nasi lemak dan kuih muih

sukarelawan yang terlibat

warga surau juga turut hadir

makcik cleaner juga gembira

Memandangkan hari ini adalah pertengahan bulan, kita mungkin juga tidak tahu samada yg dtg membeli itu sedang berkira-kira untuk menyediakan makanan bagi keluarganya di rumah. Alangkah gembiranya dia jika pemberian dapat meringankan sedikit bebannya, siapa tahu?

Dari pemerhatian kami, ketika aktiviti ini sedang rancak dijalankan ada beberapa org yg dtg hanya membeli RM2 karipap utk keluarganya dirumah. Tetapi sukarelawan kami telah memberinya 3 bungkus nasi lemak dimana terus membuatkannya tersenyum. Inilah konsep bersedeqah yang sgt bermakna bagi kami. Pemberian yang dihargai. Apakah lagi yang ingin diharapkan oleh sukarelawan ini selain drpd senyuman kegembiraan.

Projek ini bermula seawal 7.00 pagi dan sambutan amat luar biasa untuk semua tempat yang terlibat. Senarai lokasi yang terlibat hampir diseluruh Malaysia adalah: (senarai lokasi).

Semoga dimasa hadapan akan adanya lebih ramai sukarelawan yang terlibat dan lebih banyak lagi lokasi dapat diadakan. Sebarkan kebaikan, berbahagi rezeki, ringankan beban, adanya senyuman.

Ashira binti Abu Bakar
Projek Koordinator
Kindness Malaysia Cawangan Pahang

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...