Assalamualaikum wrb,
Syukur ke hadrat Ilahi, saya diberi kesempatan untuk bersama2 dengan rakan-rakan sukarelawan Kindness Malaysia terlibat dalam menjayakan program korban 1436H yang dibuat di Madrasah Hashimiah. Program ini ditaja oleh Al Khair Foundation dan diusahakan bersama pihak Madrasah Hashimiah, Kindness Malaysia dan Humunity Heroes. Sebanyak 7 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah disumbangkan untuk majlis pada hari ini.
Saya tiba dimadrasah lebih kurang jam 10pagi. Sebaik sahaja memasuki deretan kedai menuju ke madrasah masyarakat sekitar telah berhimpun dalam kumpulan-kumpulan kecil bersama dengan binatang korbon mereka. Darah merah memenuhi sepanjang kaki lima kedai, suasana yang cukup meriah.
melapah kambing |
pendaftaran kupon untuk agihan daging qurban |
Sampai di madrasah saya disapa oleh beberapa orang sukarelawan madrasah dan menjemput saya naik ke pejabat. Kelihatan anak-anak kecil ceria berbaju raya berwarna warni. Saya difahamkan semua lembu telah selesai disembelih, sekarang tengah proses melapah kulit dan membawa daging naik ke tingkat dua tempat untuk melapah daging. Saya terus naik ke tingkat dua bangunan dan berjumpa dengan En Muhammad Pengerusi madrasah dan Ust Hashim Pengetua madrasah yang berlumuran darah. Oh ini dia pembunuh yang bertanggungjawab pada pagi ini bisik hati kecil saya. Saya disapa mesra oleh mereka berdua. Ditangan Ust Hashim masih terdapat parang yang berkilat tajam. Masih ada seekor kambing yang perlu disembelih.
Saya kembali ke tingkat satu. Bahagian ini yang biasa saya buat bila ada majlis korban di kampung saya.dengan berbekalkan pisau seramik yg dibekalkan oleh En Muhammad dan bantuan dari 2 orang anak madrasah saya memulakan aksi memotong daging-daging lebih kurang 1/2 kg satu bahagian.
Kemudian saya membantu seorang ustaz melapah kambing yang dah siap disembelih tadi. Selesai melapah daging itu dibungkus 2kg setiap bungkusan dicampur dengan tulang dan organ2 dalaman kambing seperti hati,limpa dan lain-lain.
pengagihan daging qurban |
bersama Ustaz Hashim dan wakil dari Al Khair Foundation |
Selesai proses pembungkusan, sekarang tiba masa untuk pengagihan daging.orang ramai diminta untuk mendaftar dan diberikan kupon sebelum boleh mengambil daging. Rupanya semasa saya tengah melapah kambing tadi org ramai dah membanjiri kawasan madrasah sesak pintu masuk ke madrasah. sukarelawan membuat tugas masing-masing supaya keadaan terkawal dan majlis dapat berlangsung dengan lancar.
Saya terpaksa memohan diri kerana keluarga saya menanti di kampung. Jam pun dah menunjukkan jam 3 petang. Sekejap sahaja masa berlalu. Pengalaman yang berharga hari ini. Bergaul bersama dengan masyarakat setempat yg rata-ratanya merupakan pelarian Myanmar adalah satu perkara yang tidak dapat dilupakan. Semoga kita berjumpa lagi di lain masa. Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha. Semoga kita dapat menghayati erti pengorbanan yang sebenar.
Noriduan Abd Rahman
Pengerusi
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my
0 comments:
Post a Comment