About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label al khair foundation. Show all posts
Showing posts with label al khair foundation. Show all posts

Saturday, September 26, 2015

Pengalaman Korban Bersama Komuniti Pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim



Assalamualaikum wrb,

Syukur ke hadrat Ilahi, saya diberi kesempatan untuk bersama2 dengan rakan-rakan sukarelawan Kindness Malaysia terlibat dalam menjayakan program korban 1436H yang dibuat di Madrasah Hashimiah. Program ini ditaja oleh Al Khair Foundation dan diusahakan bersama pihak Madrasah Hashimiah, Kindness Malaysia dan Humunity Heroes. Sebanyak 7 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah disumbangkan untuk majlis pada hari ini.

Saya tiba dimadrasah lebih kurang jam 10pagi. Sebaik sahaja memasuki deretan kedai menuju ke madrasah masyarakat sekitar telah berhimpun  dalam kumpulan-kumpulan kecil bersama dengan binatang korbon mereka. Darah merah memenuhi sepanjang kaki lima kedai, suasana yang cukup meriah.

melapah kambing
  
pendaftaran kupon untuk agihan daging qurban


Sampai di madrasah saya disapa oleh beberapa orang sukarelawan madrasah dan menjemput saya naik ke pejabat. Kelihatan anak-anak kecil ceria berbaju raya berwarna warni. Saya difahamkan semua lembu telah selesai disembelih, sekarang tengah proses melapah kulit dan membawa daging naik ke tingkat dua tempat untuk melapah daging. Saya terus naik ke tingkat dua bangunan dan berjumpa dengan En Muhammad Pengerusi madrasah dan Ust Hashim Pengetua madrasah yang berlumuran darah. Oh ini dia pembunuh yang bertanggungjawab pada pagi ini bisik hati kecil saya. Saya disapa mesra oleh mereka berdua. Ditangan Ust Hashim masih terdapat parang yang berkilat tajam. Masih ada seekor kambing yang perlu disembelih. 

Saya kembali ke tingkat satu. Bahagian ini yang biasa saya buat bila ada majlis korban di kampung saya.dengan berbekalkan pisau seramik yg dibekalkan oleh En Muhammad dan bantuan dari 2 orang anak madrasah saya memulakan aksi memotong daging-daging lebih kurang 1/2 kg satu bahagian.
Kemudian saya membantu seorang ustaz melapah kambing yang dah siap disembelih tadi. Selesai melapah daging itu dibungkus 2kg setiap bungkusan dicampur dengan tulang dan organ2 dalaman kambing seperti hati,limpa dan lain-lain.
pengagihan daging qurban

bersama Ustaz Hashim dan wakil dari Al Khair Foundation

Selesai proses pembungkusan, sekarang tiba masa untuk pengagihan daging.orang ramai diminta untuk mendaftar dan diberikan kupon sebelum boleh mengambil daging. Rupanya semasa saya tengah melapah kambing tadi org ramai dah membanjiri kawasan madrasah sesak pintu masuk ke madrasah. sukarelawan membuat tugas masing-masing supaya keadaan terkawal dan majlis dapat berlangsung dengan lancar.

Saya terpaksa memohan diri kerana keluarga saya menanti di kampung. Jam pun dah menunjukkan jam 3 petang. Sekejap sahaja masa berlalu. Pengalaman yang berharga hari ini. Bergaul bersama dengan masyarakat setempat yg rata-ratanya merupakan pelarian Myanmar adalah  satu perkara yang tidak dapat dilupakan. Semoga kita berjumpa lagi di lain masa. Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha. Semoga kita dapat menghayati erti pengorbanan yang sebenar.

Noriduan Abd Rahman
Pengerusi 
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Projek Qurban Kindness Malaysia Berlangsung Dengan Jayanya


Alhamdulillah tahun ini Projek Qurban anjuran Kindness Malaysia dengan kerjasama Madrasah Hashimiah dan Humanity Heroes berlangsung dengan jayanya. Projek Qurban kali ini mendapat suntikan dana daripada Al Khair Foundation, sebuah NGO antarabangsa yang beribu pejabat di London, UK.

bersama wakil dari Al Khair Foundation dan Global One dari London

setiap daging ditimbang antara 2kg hingga ke 5kg

bungkusan daging sedia untuk diagih

aktiviti melapah daging

Tujuh ekor lembu dan dua ekor kambing telah diqurbankan. Pemilihan lembu juga dititikberatkan dan empat daripada tujuh ekor lembu itu adalah yang bersaiz besar dimana beratnya adalah hampir 1 tan. Tujuan dipilih lembu besar adalah kerana dapat menghasilkan daging yang lebih banyak dan lebih ramai dapat menerima dan menikmati daging qurban tersebut. 

Berikut adalah antara fakta berkenaan dengan Projek Qurban bagi tahun ini.

Jumlah lembu: 7 ekor (4 saiz besar dan 3 saiz sedang)
Jumlah kambing: 2 ekor

Jumlah penerima manfaat: 500 keluarga dan sebuah rumah kebajikan (Madrasah Hashimiah)
Jumlah kasar penerima manfaat:

3500 - 4000 orang
Pecahan penerima manfaat: 70% pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim, 20% masyarakat tempatan dan 10% warga asing seperti Bangladesh, Pakistan dan Afghanistan.

Sistem digunakan: Pendaftaran dan berkupon
Jenis pisau: Pisau seramik dan stainless steel
Jumlah sukarelawan: 70 orang (60 orang pelarian dan 10 orang dari Kindness Malaysia)

Sistem pendaftaran berkupon digunakan bagi memastikan pelancaran agihan qurban

anak murid Madrasah Hashimiah turut menerima sumbangan daging qurban

setiap plastik mempunyai daging, daging tulang, serta organ dalaman

Ucapan terima kasih daripada Ustaz Al Hafiz Hashim

Kindness Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Al Khair Foundation kerana memberi kepercayaan untuk melaksanakan program qurban bagi tahun ini. Juga kepada sukarelawan-sukarelawan yang gigih memastikan pejalanan program berjalan dengan lancar. Semoga Allah memberkati usaha semua. Kita bertemu lagi untuk Projek Qurban pada tahun hadapan.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...