About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Wednesday, September 16, 2015

23 Lokasi Projek Suspended Meal Bersempena Hari Malaysia



Hari Malaysia, 16 September 2015 ialah hari perpaduan dan Kindness Malaysia sekali lagi melaksanakan satu lagu aktiviti kebaikan yang kreatif di lebih 23 lokasi di seluruh negara. Projek kali ini dinamakan Projek Suspended Meal (Projek Juadah Prabayar) dimana konsepnya sangat mudah. Sukarelawan yang terlibat akan membeli makanan di gerai-gerai yang terpilih, dan makanan itu ditinggalkan di gerai tersebut supaya orang ramai boleh mengambil atau menikmatinya secara percuma.

Roti canai di Pokok Sena, Kedah

Pelbagai kuih muih di Kuantan, Pahang

kuih pau di Kuala Ketil, Kedah

nasi lemak daun pisang di Sungai Petani, Kedah

Nasi Lemak RM1 di Taman Dato Senu, Kuala Lumpur

Roti Canai di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah, Negeri Sembilan


Sambutan sangat menggalakkan daripada orang ramai dengan konsep baru melakukan kerja amal dengan lebih kreatif. Menurut Projek Koordinator di Sungai Petani, Muhammad Nuruddin, "Orang ramai pada mulanya hairan dengan konsep makanan percuma ini, tetapi gembira apabila dapat nikmati makanan secara percuma". 

Tidak kurang juga di Pekan dan Kuantan, sebanyak lapan lokasi diadakan serentak. Wakil dari NGO lain juga turut hadir dan memberi sokongan kepada Kindness Malaysia cawangan Pahang. Menurut Projek Koordinator Kindness Malaysia di Kuantan, Shah Abdul Wahab, "Mereka teruja dengan pemberian makanan percuma. Biasanya fakir miskin sahaja yang menerima bantuan, tetapi kali ini orang ramai juga menerima manfaat daripada Projek Juadah Prabayar ini".

Kuih Coklat di Batu Pahat, Johor

Aneka kuih di Pekan, Pahang


Peniaga Nasi Lemak dengan label Suspended Meal


Semangat 1Malaysia


Tujuan Projek Juadah Prabayar ini adalah untuk menyemarakkan lagi keharmonian masyarakat setempat disamping memberi kegembiraan kepada orang ramai. Usaha yang kecil ini sedikit sebanyak menunjukkan yang masyarakat Malaysia masih setia untuk melakukan pelbagai bentuk kebaikan walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu. Menurut Ahamad Emran, antara yang awal memperkenalkan Suspended Meal di Malaysia mengatakan "Ini bukan satu benda yang baru. kita selalu belanja keluarga dan kawan-kawan makan. this time, kita belanja strangers pulak".

Pihak Kindness Malaysia mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dari sukarelawan hingga kepada para dermawan yang bermurah hati untuk menaja projek-projek kebaikan yang kreatif anjuran Kindness Malaysia. Pada yang berminat untuk turut serta dengan aktiviti Kindness Malaysia, boleh layari laman Fanpage Kindness Malaysia di https://www.facebook.com/Kindness.my.

Senarai penuh lokasi Projek Juadah Prabayar (Suspended Meal) di seluruh Malaysia.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
https://www.facebook.com/Kindness.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...