About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Sunday, January 9, 2011

Persediaan Pertandingan Futsal Antara Rumah Kebajikan Seluruh Selangor dan Kuala Lumpur anjuran Badan Amal Siti Khadijah 2011


Hari ini saya ke ASDAF untuk memberi taklimat tentang pertandingan futsal yang akan diadakan pada bulan Mac ini. Pertandingan futsal antara rumah kebajikan Badan Siti Khadijah ini akan berlangsung buat kali ketiga di lokasi yang sama iaitu Futsal Frenzy, Seksyen 15 Shah Alam. Pertandingan futsal tahunan ini akan melibatkan rumah-rumah kebajikan di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur. Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) akan menaja empat rumah kebajikan dan komuniti antaranya ASDAF, Madrasah Hashimiah, Komuniti Pelarian Rohingya Klang dan Komuniti Pelarian Somalia Gombak.

pasukan ASDAF bersedia!

ASDAF akan menurunkan tiga pasukan untuk setiap kategori iaitu pasukan bawah 17 tahun lelaki, pasukan bawah 15 tahun lelaki dan pasukan bawah 17 tahun perempuan. Tahun lepas ASDAF mendapat tempat ketiga manakala dua tahun lepas ASDAF merupakan johan pertandingan futsal amal ini. Tahun ini insyaAllah pasukan ASDAF akan cuba merangkul kejuaraan pertandingan futsal kali ini.

salah seorang anak ASDAF bersama haiwan peliharaannya, anak kelawar

Latihan akan bermula petang Ahad, setiap hari jam 5 petang hingga 6.15 petang. Saya sendiri akan menjadi jurulatih mereka yang juga akan dibantu oleh ustaz Shidi dari pengurusan ASDAF. Muslim Aid mengalu-alukan sukarelawan untuk datang bantu untuk menjadi jurulatih kepada pasukan futsal di Madrasah Hashimiah dan Komuniti Pelarian Klang. Pasukan futsal dari komuniti pelarian Somalia Gombak sudah mempunyai jurulatih mereka sendiri.

Peluang juga dibuka kepada dermawan yang bermurah hati untuk menaja kasut futsal dan jersi bola bagi setiap pemain. Kebanyakan pakaian dan kasut futsal tahun lepas sudah tidak muat, dan mereka memerlukan kit yang baharu. Tajaan untuk seorang pemain ialah RM100 yang akan mendapat sepasang kasut futsal dan jersi bola.

Pada yang berminat untuk menaja, boleh hubungi saya terus di 012-3377195 atau di pejabat Muslim Aid di 03-2288 1996. Sumbangan boleh dilakukan terus ke akaun CIMB di 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Sila emailkan slip pembayaran kepada saya di muhammad@muslimaidasia.com atau difaxkan ke 03-2288 1966. Setiap sumbangan atau tajaan akan menerima resit pengecualian cukai (rujukan LHDN: 01/35/42/51/179-6.6487, tarikh kuatkuasa 15 Jan 2009).

Tajaan pemain atau pasukan (satu pasukan 8 orang)

ASDAF A bawah 17 tahun lelaki
ASDAF B bawah 15 tahun lelaki
ASDAF C bawah 17 tahun perempuan

Madrasah Hashimiah A bawah 17 tahun lelaki
Madrasah Hashimiah B bawah 17 tahun perempuan

Rohingya Klang bawah 17 tahun lelaki

Somalia Gombak bawah 17 tahun lelaki

Tujuh pasukan yang memerlukan tajaan anda sekarang!

Muhammad bin Kamarulazizi

2 comments:

salam...
maaf mad...aku dah tak dapat nak latih anak2 rohingya lagi...sedih jugak rasanya sebab belum lagi dapat capai target...tapi apakan daya...

insyALLAH kalau ada kelapangan,aku jenguk la diorang nanti :-(

wslm man,

takpa man, targetmu insyaAllah akan diteruskan jugak...

ada kelapangan nanti, jenguk2 la bebudak tuu...:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...