Seawal jam lapan pagi, saya sudah menerima beberapa sms dari rakan-rakan dengan ucapan tahniah. Rupanya sempena Hari Sukarelawan Sedunia yang jatuh pada 5 Disember yang lepas, salah seorang wartawan dari Utusan Malaysia telah menebual saya tentang aktiviti-aktiviti saya di Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid). Dan hari ini hasil temubual tersebut sudah tersiar di Utusan Malaysia sisipan Mega, 21 Januari 2011. Walaubagaimanapun, dengan adanya sukarelawan-sukarelawan serta individu-individu yang sentiasa memberi sokongan tidak kira dari segi wang, masa dan kepakaran ini yang telah membuatkan saya diperingkat sekarang bersama Muslim Aid. Jutaan terima kasih kepada semua!
p/s Utusan Malaysia Online di sini
Muhammad bin Kamarulazizi
2 comments:
Sekalung penghargaan untuk usaha tuan, semoga diberi kekuatan dan kesihatan untuk lebih maju di masa hadapan.
terima kasih tuan. Dengan sokongan dari individu-individu yang prihatin seperti tuan dan rakan-rakan yang membuatkan Muslim Aid ke tahap hari ini:)
Post a Comment