Saya telah menerima panggilan dari 
Rumah Titian Kaseh (RTK) dan amat berharap untuk menetapkan temujanji. Alhamdulillah saya bersama 
Muhardi dan 
Ismail bekesempatan untuk menziarah 
RTK.
Seperti yang diwar-warkan 
sebelum ini, rumah yang didiami 
RTK kini dalam proses untuk untuk dijual. Dan nasib penghuni 
RTK seperti anak-anak yatim yang kecil, ibu tunggal, warga tua dan OKU akan menjadi tidak terbela. Oleh sebab yang demikian, MakPah bersama pengurusan 
RTK yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal berhempas pulas untuk mendapatkan dana agar dapat membeli rumah tersebut. Nilainya yang agak tinggi (RM2.7 juta) mungkin dipengaruhi oleh lokasinya yang strategik di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. Sebanyak 10% daripada jumlah harga rumah sudah dibayarkan kepada tuan rumah.
 Nasib anak-anak RTK ini bergantung pada anda...
Nasib anak-anak RTK ini bergantung pada anda...
Sistem wakaf yang dijalankan oleh pihak 
RTK juga telah mendapat sambutan yang baik dari orang ramai namun masih belum mencukupi. Dengan masa yang semakin genting, MakPah dan penghuni-penghuni 
RTK amat memerlukan jasa baik orang ramai untuk menyumbang, tidak kira atau banyak bagi pembelian rumah tersebut. Nasib penghuni 
RTK terutamanya anak-anak kecil ini yang hanya berumur 1 atau 2 tahun ini amat bergantung kepada keprihatinan anda semua.
Secara peribadi, agak sukar bagi saya untuk membayangkan keadaan dan nasib anak-anak ini sekiranya mereka terpaksa keluar untuk mencari rumah baru. Tempat tinggal atau 'shelter' adalah perkara asas kepada setiap manusia yang hidup di muka bumi ini. Dan mereka berhak untuk mempunyai rumah, atau tempat perlindungan. Saya menyeru kepada orang ramai di luar sana, yang mempunyai sedikit rasa belas ehsan, dan sedikit wang, agar disalurkan kepada 
Rumah Titian Kaseh bagi pembelian rumah mereka ini. Pada yang ingin menyumbang, boleh salurkan terus ke akaun 
Rumah Titian Kaseh di  akaun Maybanknya di 564061002172 atas nama Persatuan Pengurusan Pusat Jagaan Titian Kaseh Kuala Lumpur. Untuk makluman lanjut, boleh hubungi pengurusan 
RTK di 03-40255246 atau Puan Anita di 013-3886462, Cik Rozy di 017-6438393 atau MakPah sendiri di 019-6455769.
 salah seorang penghuni RTK yang mungkin tidak mengerti apa-apa yang berlaku sekarang
salah seorang penghuni RTK yang mungkin tidak mengerti apa-apa yang berlaku sekarang
Semoga dengan sumbangan kita yang kecil ini, dapat mengukir senyuman manis dari anak-anak dan warga 
RTK yang ada sekarang ini. Pada yang ingin melawat sendiri Rumah Titian Kaseh, boleh ke 
Rumah Titian Kaseh, 62A-2 Lorong Maran, Taman Tasik Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur. Setiap sumbangan dikecualikan cukai pendapatan di Bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Ruj: LHDN.01/35/42/51/179-6.6665, tarikh Kuatkuasa: 01. 12. 2009