About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Thursday, August 29, 2013

Satu lagi Program Unik Anjuran Kindness.my



Projek: Traffic Jam
Tarikh: 29 Ogos 2013
Lokasi: Lembah Klang (Jalan TAR dan Jalan Sultan Ismail)
Penerima: 100 orang ramai
Objektif: Menyebarkan kebaikan dengan memberi bekas jem serta ucapan "Independence is Happiness and Kindness is Love, Happy Hari Medeka"

Alhamdulillah, hari ini selesai sudah Projek Traffic Jam dimana sukarelawan Kindness.my agihkan 100 bekas jem kepada orang ramai yang dalam perjalanan pulang ke rumah dan mereka semua tersangkut dalam jem. Sasaran dipilih ialah di persimpangan Jalan TAR dan Jalan Sultan Ismail. Mereka yang memandu kereta, lori dan juga penunggang motosikal menerima jem serta nota yang kami fikirkan dapat menggembirakan mereka. Rutin harian dimana mereka sentiasa melalui jalan yang sama untuk pulang ke rumah, dan menempuhi sesakan lalu lintas ini sedikit sebanyak mengurangkan tekanan dengan menerima bekas jem dan nota yang memberi inspirasi positif.


Jem untuk mereka yang sangkut dalam jam

persediaan sebelum bermula misi

antara penerima dalam kesesakan lalu lintas

ramai memberi respon yang positif

abang pemandu lori juga menerima jem stroberi

Senyuman walaupun dalam kesesakan lalu lintas


sukarelawan Kindness.my

Cara unik yang kami lakukan ini adalah ilham dari salah seorang sukarelawan apabila menerima sumbangan jem stroberi dari seorang dermawan. Sempena dengan Hari Merdeka yang ke 56, idea untuk menyampaikan mesej yang semangat kemerdekaan diselitkan sekali dengan aktiviti menyebarkan kebaikan disatukan. Menurut Rizal Haji Atan yang juga direktor Kindness.my, aktiviti kali ini bertujuan untuk menyampaikan mesej Selamat Hari Merdeka disamping memberi kegembiraan kepada orang ramai walaupun dengan sebuah bekas jem. Sesiapa pun yang menerima hadiah pasti akan rasa gembira.

Ucapan Merdeka dari team Kindness.my

Team Kindness.my akan merancang lebih banyak projek untuk menyebarkan kebaikan di seluruh Malaysia. Biarpun dengan kesibukan orang ramai terutama di Ibu Kota, kita seharusnya tidak lupa untuk melakukan kebaikan kepada orang lain. Dengan sebuah senyuman sahaja juga dapat menggembirakan orang di sekeliling. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang projek-projek Kindness.my, boleh layari laman Facebook di www.facebook.com/kindness.my



Projek Traffic Jam ini mendapat liputan di Harian Metro 3 September 2013

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness.my
www.facebook.com/kindness.my

Monday, August 26, 2013

Feed The Homeless Pertama Selepas Aidilfitiri


Alhamdulillah, sebuah lagi misi Feed The Homeless anjuran kindness.my selesai dijalankan dengan 100 pek makanan disediakan iaitu roti sandwich dan air mineral. Misi bermula jam 12.15 pagi apabila semua sukarelawan berkumpul di hentian bas berhadapan dengan Mydin (belakang Kotaraya). Taklimat diberikan kepada semua sukarelawan serta do and don't semasa pengagihan makanan.

Food testing sebelum memulakan misi Feed The Homeless

Kucing juga menerima makanan Whiskas

mencari gelandangan

Sepuluh orang sukarelawan terlibat dan lokasi yang dipilih adalah sekitar Kotaraya dan Hentian Bas Kelang (belakang LRT Pasar Seni). Misi seterusnya akan diadakan pada 7 September ini dan yang berminat untuk bersama boleh sertai group sukarelawan Facebook Kindness.my. Buat yang berminat untuk menaja misi ini boleh hubungi saya di matt@kindness.my. Ikuti pelbagai projek Kindness.my di https://www.facebook.com/Kindness.my.

Muhammad bin Kamarulazizi
Founder Kindness.my

Wednesday, August 7, 2013

Selesai Projek TajaMereka Anjuran Kindness.my


Projek TajaMereka berakhir di Madrasah Hashimiah dan kali ini meraikan hampir 100 orang anak yatim dan miskin dari komuniti pelarian Myanmar Muslim dan juga Rohingya. Turut hadir kumpulan motorsikal, RMC dan MRC seramai 30 orang. Keunikan berbuka puasa di Madrasah Hashimiah ini ialah hidangannya iaitu bubur burma (buburma) serta makanan tradisional Myanmar yang lain.

Anak-anak Hashimiah ini turut menerima kain pelikat, telekung dan songkok hasil sumbangan orang ramai melalui Kindness.my. Duit raya juga dihulurkan bagi menambah kegembiraan warga penghuni Madrasah Hashimiah. Tidak kurang dari itu, Kindness.my juga telah menaja 7 hari berbuka puasa di Madrasah Hashimiah yang turut dinamakan sebagai Projek Mini TajaMereka atas respon yang cukup memberangsangkan oleh orang ramai yang menaja di bulan Ramadhan ini.



menunggu untuk berbuka puasa

duit raya!

sesi bergambar

abang-abang dan kakak-kakak bikers

berkongsi kegembiraan

Kami di pihak Kindness.my ingin mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan projek-projek di bawah Kindness.my tertuama sekali di bulan Ramadhan. Mengikut pengiraan kami, lebih 1000 orang telah menerima manfaat dalam pelbagai bentuk secara langsung dan tidak langsung. Semoga lebih banyak kebaikan dapat disebarkan dan terima kasih sekali lagi kerana memilih Kindness.my sebagai organisasi untuk melakukan kebaikan.

Muhammad bin Kamarulazizi
Founder Kindness.my
www.facebook.com/kindness.my

Ramadhan Bersama Kindness.my dan Celepets


Alhamdulillah, artis dari Celepets yang terdiri daripada Aishah Sinclair, Dynas, Sazzy Falak dan Yasmin Hani telah bersama Kindness.my meraikan anak-anak dari Badan Kebajikan Siti Khadijah (BKSK) dibawah Projek TajaMereka. 40 orang anak yatim dan miskin telah diraikan di Sekinchan Ikan Bakar Setiawangsa. 


artis bermesra dengan warga BKSK

bersiap sedia untuk makan

bersama pengasas BKSK, Tuan Haji Khusyairi

sesi bergambar

Projek berbuka puasa ini adalah yang pertama melibatkan Celepets dan Kindness.my untuk anak-anak yatim. Turut hadir juga krew dari DZMS Training dan wartawan dari industri hiburan. InsyaAllah lebih banyak kerjasama akan dilaksanakan terutama sekali bersama Sazzy Falak dan Aishah Sinclair yang kedua-duanya juga aktif dalam aktiviti sosial dan kebajikan.

Muhammad bin Kamarulazizi
Founder Kindness.my
www.facebook.com/kindness.my

Wednesday, July 31, 2013

Projek TajaMereka bersama Sazzy Falak


Projek TajaMereka anjuran Kindness.my telah juga telah mendapat perhatian dari warga artis seperti Sazzy Falak. Sazzy Falak bersama suaminya Nash yang setiap tahun melakukan majlis berbuka puasa bersama mereka yang memerlukan dan tahun ini Sazzy memilih untuk melakukannya bersama Kindness.my. Dua tarikh telah dipilih dan majlis pertama diadakan dengan meraikan keluarga kurang berkemampuan, ibu tunggal dan juga warga OKU.

sukarelawan Kindness.my

Sazzy bermesra bersama komuniti ibu tunggal

Sazzy bersama sukarelawan Kindness.my

wajah gembira warga penerima bersama Sazzy Falak
 
Sazzy, Nash bersama rakan-rakan yang menaja

artis lain juga turut hadir

lebih banyak projek akan datang bersama Kindness.my

Sazzy Falak, Nash bersama sukarelawan Kindness.my

sumbangan barang-barang dapur

Sesi penyampaian baran sumbangan


Majlis iftar ini telah mendapat tajaan dari Sekinchan Ikan Bakar Setiawangsa dan hampir 100 orang telah hadir termasuk 40 orang penerima dan 10 orang sukarelawan dari Kindness.my. Pengalaman ini cukup berharga kepada semua terutama warga penerima yang dapat bermesra bersama Sazzy yang agak ramah dengan semua orang. Sukarelawan juga mengambil kesempatan ini untuk bergambar bersama Sazzy dan warga penerima.

Autograf dari Sazzy buat warga penerima dan sukarelawan
Majlis berbuka seterusnya akan bersama rakan-rakan Sazzy Falak dari Celepets seperti Daphne Iking, Atilia, Aishah Sinclair dan Dinas dan kali akan meraikan anak2 yatim dan miskin dari Badan Kebajikan Siti Khadijah.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness.my
www.facebook.com/kindness.my

Monday, July 29, 2013

Projek TajaMereka Mini di Madrasah Hashimiah


Alhamdulillah, walaupun ini adalah tahun pertama Kindness.my melaksanakan Projek TajaMereka, Kindness sudah dapat menempah tujuh hari untuk berbuka puasa bersama dengan anak-anak yatim dan miskin pelarian di Madrasah Hashimiah. Sambutan sangat menggalakkan dan orang ramai sudah mula memberi kepercayaan kepada Kindness.my sebagai sebuah platform untuk melakukan aktiviti amal terutama di bulan Ramadhan ini.

mencuba songkok baru

majlis berbuka puasa

bersama songkok baru

dermawan dan sukarelawan yang hadir

kacang stew antara menu berbuka puasa

Projek TajaMereka Mini di Madrasah Hashimiah ini bermula Ahad lepas, 28 Julai 2013 dengan kehadiran beberapa orang para penderma dan sukarelawan. Anak-anak Madrasah Hashimiah ini juga menerima songkok yang telah dihadiahkan oleh isteri seorang arwah yang baru sahaja meninggal dunia awal bulan Julai ini. Anak-anak Hashimiah ini kelihatan gembira dengan songkok baru mereka.

Hari-hari lain untuk Projek TajaMereka Mini di Madrasah Hashimiah ialah pada 31 Julai, 2, 3, 4, 5 dan 6 Ogos 2013. Semoga pada yang telah menyumbang untuk Projek TajaMereka ini sentiasa mendapat keberkatan dariNya.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness.my
www.facebook.com/kindness.my

Sunday, July 28, 2013

Projek TajaMereka Edisi Sahur di ASDAF


Alhamdulillah selesai satu lagi Projek TajaMereka dan kali ini bertempat di Asrama Darul Falah (ASDAF). Kali ini lebih 65 warga penghuni ASDAF diraikan bersama 30 orang sukarelawan dan dermawan. Anak-anak ASDAF sanggup menunggu kehadiran warga Kindness.my untuk tiba dan semua telah hadir pada jam 3 pagi. Kambing golek telah disediakan untuk sahur dan sukarelawan serta para dermawan berpeluang untuk  bersahur bersama-sama anak-anak ASDAF.

Sementara menunggu kambing golek siap dibakar, Kindness.my telah menyampaikan sumbangan kain pelikat, songkok dan telekung melalui Projek Dari Hati juga dibawah Kindness.my. Beberapa orang dermawan juga mengambil kesempatan ini untu memberi duit raya kepada warga penghuni ASDAF termasuk staf.
anak-anak ASDAF bersama kain telekung mereka

sukarelawan bersama anak-anak ASDAF


Sukarelawan mencubakan songkok pada salah seorang anak ASDAF

pemberian duit raya

InsyaAllah Projek TajaMereka seterusnya akan meraikan keluarga yang kurang berkemampuan di Setiawangsa serta anak-anak yatim dan pelarian Madrasah Hashimiah di Selayang. Pada yang ingin menambah tajaan, atau berminat untuk menaja, boleh lakukannya terus ke akaun Maybank Kindness.my di 514057664892 atas nama Kindness Dot My dan email ke ramadan@kindness.my. 

Ayuh rebut untuk beramal bagi 10 malam terakhir ini, insyaAllah.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness.my
www.facebook.com/kindness.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...