Projek TajaMereka berakhir di Madrasah Hashimiah dan kali ini meraikan hampir 100 orang anak yatim dan miskin dari komuniti pelarian Myanmar Muslim dan juga Rohingya. Turut hadir kumpulan motorsikal, RMC dan MRC seramai 30 orang. Keunikan berbuka puasa di Madrasah Hashimiah ini ialah hidangannya iaitu bubur burma (buburma) serta makanan tradisional Myanmar yang lain.
Anak-anak Hashimiah ini turut menerima kain pelikat, telekung dan songkok hasil sumbangan orang ramai melalui Kindness.my. Duit raya juga dihulurkan bagi menambah kegembiraan warga penghuni Madrasah Hashimiah. Tidak kurang dari itu, Kindness.my juga telah menaja 7 hari berbuka puasa di Madrasah Hashimiah yang turut dinamakan sebagai Projek Mini TajaMereka atas respon yang cukup memberangsangkan oleh orang ramai yang menaja di bulan Ramadhan ini.
menunggu untuk berbuka puasa |
duit raya! |
sesi bergambar |
abang-abang dan kakak-kakak bikers |
berkongsi kegembiraan |
Kami di pihak Kindness.my ingin mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan projek-projek di bawah Kindness.my tertuama sekali di bulan Ramadhan. Mengikut pengiraan kami, lebih 1000 orang telah menerima manfaat dalam pelbagai bentuk secara langsung dan tidak langsung. Semoga lebih banyak kebaikan dapat disebarkan dan terima kasih sekali lagi kerana memilih Kindness.my sebagai organisasi untuk melakukan kebaikan.
Muhammad bin Kamarulazizi
Founder Kindness.my
www.facebook.com/kindness.my
0 comments:
Post a Comment