Projek: Traffic Jam
Tarikh: 29 Ogos 2013
Lokasi: Lembah Klang (Jalan TAR dan Jalan Sultan Ismail)
Penerima: 100 orang ramai
Objektif: Menyebarkan kebaikan dengan memberi bekas jem serta ucapan "Independence is Happiness and Kindness is Love, Happy Hari Medeka"
Alhamdulillah, hari ini selesai sudah Projek Traffic Jam dimana sukarelawan Kindness.my agihkan 100 bekas jem kepada orang ramai yang dalam perjalanan pulang ke rumah dan mereka semua tersangkut dalam jem. Sasaran dipilih ialah di persimpangan Jalan TAR dan Jalan Sultan Ismail. Mereka yang memandu kereta, lori dan juga penunggang motosikal menerima jem serta nota yang kami fikirkan dapat menggembirakan mereka. Rutin harian dimana mereka sentiasa melalui jalan yang sama untuk pulang ke rumah, dan menempuhi sesakan lalu lintas ini sedikit sebanyak mengurangkan tekanan dengan menerima bekas jem dan nota yang memberi inspirasi positif.
Jem untuk mereka yang sangkut dalam jam |
persediaan sebelum bermula misi |
antara penerima dalam kesesakan lalu lintas |
ramai memberi respon yang positif |
abang pemandu lori juga menerima jem stroberi |
Senyuman walaupun dalam kesesakan lalu lintas |
sukarelawan Kindness.my |
Cara unik yang kami lakukan ini adalah ilham dari salah seorang sukarelawan apabila menerima sumbangan jem stroberi dari seorang dermawan. Sempena dengan Hari Merdeka yang ke 56, idea untuk menyampaikan mesej yang semangat kemerdekaan diselitkan sekali dengan aktiviti menyebarkan kebaikan disatukan. Menurut Rizal Haji Atan yang juga direktor Kindness.my, aktiviti kali ini bertujuan untuk menyampaikan mesej Selamat Hari Merdeka disamping memberi kegembiraan kepada orang ramai walaupun dengan sebuah bekas jem. Sesiapa pun yang menerima hadiah pasti akan rasa gembira.
Ucapan Merdeka dari team Kindness.my
Team Kindness.my akan merancang lebih banyak projek untuk menyebarkan kebaikan di seluruh Malaysia. Biarpun dengan kesibukan orang ramai terutama di Ibu Kota, kita seharusnya tidak lupa untuk melakukan kebaikan kepada orang lain. Dengan sebuah senyuman sahaja juga dapat menggembirakan orang di sekeliling. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang projek-projek Kindness.my, boleh layari laman Facebook di www.facebook.com/kindness.my
Projek Traffic Jam ini mendapat liputan di Harian Metro 3 September 2013
Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness.my
www.facebook.com/kindness.my
0 comments:
Post a Comment