Alhamdulillah, sebuah lagi misi Feed The Homeless anjuran kindness.my selesai dijalankan dengan 100 pek makanan disediakan iaitu roti sandwich dan air mineral. Misi bermula jam 12.15 pagi apabila semua sukarelawan berkumpul di hentian bas berhadapan dengan Mydin (belakang Kotaraya). Taklimat diberikan kepada semua sukarelawan serta do and don't semasa pengagihan makanan.
Food testing sebelum memulakan misi Feed The Homeless |
Kucing juga menerima makanan Whiskas |
mencari gelandangan |
Sepuluh orang sukarelawan terlibat dan lokasi yang dipilih adalah sekitar Kotaraya dan Hentian Bas Kelang (belakang LRT Pasar Seni). Misi seterusnya akan diadakan pada 7 September ini dan yang berminat untuk bersama boleh sertai group sukarelawan Facebook Kindness.my. Buat yang berminat untuk menaja misi ini boleh hubungi saya di matt@kindness.my. Ikuti pelbagai projek Kindness.my di https://www.facebook.com/Kindness.my.
Founder Kindness.my
0 comments:
Post a Comment