Semalam anak-anak pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim dari Selayang telah dijemput ke Hari Sukan Nur Salam melalui Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) yang telah berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru. Anak-anak dari ASDAF juga telah dijemput sekali dan mereka telah berkongsi bas dengan anak-anak pelarian ini untuk ke lokasi hari sukan tersebut.
Seawal 6.30 pagi, anak-anak ASDAF dan pelarian ini sudah bersiap sedia untuk ke Kelab Sultan Sulaiman. Mereka tiba di Kelab Sultan Sulaiman jam 7 pagi dan diikuti dengan pendaftaran. Mereka disambut oleh komiti dan sukarelawan dari Rumah Nur Salam yang juga penganjur hari sukan ini.
Antara acara yang dipertandingkan ialah futsal, bola jaring, olahraga dan sukaneka. Hari sukan ini telah memberi peluang kepada anak-anak pelarian yang berumur bawah 12 dan juga perempuan untuk mengambil bahagian. Program sebegini memberi peluang kepada anak-anak pelarian ini untuk bersama dengan masyarakat setempat bermain bersama dan bersosial. Program selesai jam 4.30 petang dan mereka pulang dengan pelbagai hadiah yang telah dimenangi.
Muhammad bin Kamarulazizi
1 comments:
Terimah kasih kepada pihak pengajur dan juga kepada pihak berkenaan menegenai perihatinan dan memberi perluang kepada masyarakat berkurang nasip baik itu masyrakat perlain rohingya islam dari myanmar.
kami amat membesar hati dan bershukur kepada allah swt ada insan yang masih berhatin keaadan masyarakat ini.
acara acara seperti ini jiklau setaip kali adakan banyak manfaat yang akan dapat bersama, itu dari seki kekurangan masalah sosail, anak anak masyarakat perian merasa bahgia danjuga dapat di gabung dan dapat di pelajar kemasyarakatan malaysia dan pelabagai ilmu di pelajar.
sekali saya inigin meng ucap kan kepada kesemua pihak terutamanya kepada rakyat malaysia beri perluang pendidikan anak masyarakat perlaian rohingya ini.
sekian wasalam.
yang benar
mustafa kamal.
pengerusi
persatuan masyarakat perlarian rohingya islam pro-democracy(cripdo)
Post a Comment