About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Monday, March 29, 2010

Update: Kelas Bahasa Untuk Pelarian di Penang


Alhamdulillah, baru-baru ini saya ke Kampung Bagan Dalam untuk melihat kelas Bahasa Melayu yang dijalankan untuk anak-anak pelarian Rohingya ini. Kelas yang dijalankan dibawah seliaan Muslim Aid ini dijalankan setiap hari Ahad jam 9 pagi hingga 1 tengahari. Sukarelawan yang hadir dari Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang seramai 8 orang komited dengan apa yang telah diamanahkan kepada mereka. Pihak UNHCR yang telah menaja projek juga telah hadir untuk melihat keberkesanan kelas tersebut yang sudah berjalan selama sebulan. Geran kelas Bahasa ini akan habis pada bulan May namun begitu permintaan untuk kelas ini diteruskan adalah tinggi kerana masih ramai anak-anak pelarian ini yang ingin belajar Bahasa Melayu. Kepada pembaca blog atau penderma yang ingin menyumbangkan sumbangan kewangan untuk meneruskan kelas ini selepas bulan May, boleh hubungi saya di pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

kelas dijalankan mengikut kumpulan

Nazri menyumbang donut Jco kepada anak-anak Rohingya

Nuruddin dan Wardah sebagai koordinator untuk projek ini

waktu rehat

'passion' amat diperlukan bagi seorang 'social worker'

bersama pasukan sukarelawan Muslim Aid dan wakil UNHCR



Muhammad bin Kamarulazizi


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...