About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Wednesday, March 24, 2010

Sekolah Rohingya di Ampang


Semalam saya bersama tiga orang sukarelawan berkesempatan untuk melawat sebuah sekolah komuniti Rohingya di Ampang yang diteraju oleh Ustaz Ghani. Sekolah ini mempunyai lebih kurang 120 orang pelajar yang berdaftar dan majoriti pelajarnya merupakan pelarian Rohingya dan sebahagian kecil dari pelarian Myanmar Muslim. Nama sekolah ini ialah Pusat Pendidikan Muhajirin Muslim yang telah mendapat pembiayaan dari pihak Perkim. Namun begitu, pembiayaan dari Perkim akan tamat pada bulan Julai ini dan pihak sekolah ini perlu mencari dana baru untuk meneruskan sekolah komuniti ini.

jadual belajar di sekolah komuniti Rohingya ini


Effuan bersama anak-anak Rohingya


anak-anak Rohingya ini juga ingin berpakaian seperti uniform sekolah biasa

Pihak Muslim Aid akan membuat perjumpaan kali kedua minggu hadapan untuk berbincang cara untuk menyelesaikan masalah kewangan sekolah komuniti ini. Pihak sekolah amat memerlukan barang makanan asas untuk makanan tengahari anak-anak pelarian Rohingya ini. Mereka biasanya akan tiba disekolah tanpa sarapan yang sempurna, dan akan mengharap kepada makanan tengahari yang disediakan oleh pihak sekolah. Pada yang ingin menyumbang barang makanan asas seperti beras dan minyak masak atau sumbangan kewangan, boleh hubungi saya di pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Isu pelarian Rohingya boleh rujuk di sini

Muhammad bin Kamarulazizi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...