Tiga hari kursus Community Building Process (CBP) anjuran UNHCR telah diadakan untuk semua NGO dan persatuan yang terlibat dengan program pembangunan komuniti bagi pelarian-pelarian di Malaysia. Kursus ini amat berguna untuk sesebuah organisasi, NGO atau persatuan yang ingin mendapatkan penyelesaian sesebuah masalah dengan mencapai persefahaman dan persetujuan semua pihak. Biasanya apabila sesebuah pengurusan atau pentadbiran cuba menyelesaikan sesebuah masalah, persefahaman dan persetujuan setiap individu itu menjadi batu penghalang dan hal ini dapat diatasi menggunakan pendekatan CBP bagi mencapai objektif dan fokus yang optimum. Dengan kaedah ini, sedikit sebanyak mengajar teknik yang berkesan untuk mencari penyelesaian sesebuah isu. Kaedah ini juga akan digunakan untuk membantu golongan pelarian bagi menaikkan taraf hidup mereka di Malaysia.
Saya membuka peluang kepada mana-mana persatuan atau organisasi yang ingin membuat team building atau community building untuk menggunakan kaedah CBP ini. Pada yang berminat boleh menghubungi saya di 012-3377195. InsyaAllah dalam tempoh terdekat ini, sebuah sekolah Felda di Gemas (SMK Jelai Felda) akan menggunakan teknik ini bagi mendapatkan resolusi terbaik untuk menaikkan taraf penggunaan IT dikalangan komuniti Felda.
Muhammad bin Kamarulazizi
0 comments:
Post a Comment