Pertemuan saya hari ini bersama dengan wakil dari UNHCR dan juga wakil-wakil dari komuniti pelarian Somalia di Gombak untuk berbincang tentang program yang dapat dijalankan bersama mereka. Pertemuan ini adalah kali kedua dan lebih ramai golongan pemuda yang turut hadir untuk memberi pendapat dan pandangan masing-masing. Golongan pelarian Somalia ini agak berbeza dengan pelarian Rohingya dari segi keperluannya. Mereka saya lihat dapat menyesuaikan diri dengan lebih mudah kerana mungkin mereka juga dilihat sebagai pelancong di negara kita.
Selepas perbincangan dengan mereka, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dengan kerjasama UNHCR akan menjalankan dua program untuk mereka iaitu kelas Bahasa Inggeris dan juga kelas komputer. Penguasaan Bahasa Inggeris amat penting supaya lebih banyak program pembangunan insan dapat dijalankan. Kelas komputer pula akan melibatkan pembelajaran asas Microsoft Office dan Internet.
Muhammad bin Kamarulazizi
0 comments:
Post a Comment