About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Sunday, January 30, 2011

Pelancaran Skuad Sukarelawan Muslim Aid Malaysia di Kemaman


Tarikh: 29 Januari 2011
Lokasi: SMK Sultan Ismail, Kemaman
, Terengganu

Semalam saya bersama rakan sepejabat Muslim Aid, Amir telah ke Kemaman untuk menghadiri Majlis Pelancaran Skuad Sukarelawan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia cawangan Kemaman. Program telah bermula jam 2 petang dengan ceramah ringkas berkenaan dengan bantuan asas dan trauma oleh en Khairuddin dari St Johns Kemaman. dan perasmian pelancaran skuad sukarelawan Muslim Aid cawangan Kemaman pada jam 3.30 petang. Skuad sukarelawan Muslim Aid cawangan Kemaman ini diterajui oleh salah seorang sukarelawan Muslim Aid yang aktif yang juga merupakan seorang guru di SMK Sultan Ismail yakni, cikgu Ghani. Dengan ahli melebihi 50 orang ini, pelbagai aktiviti sosial dan kebajikan bakal dirancang di Terengganu, khususnya di Kemaman antaranya larian amal, program berkhatan dan program bersama warga tua.

Skuad sukarelawan yang dipimpin oleh cikgu Ghani ini merupakan antara beberapa kumpulan sukarelawan Muslim Aid yang terdapat di seluruh Malaysia. InsyaAllah ibu pejabat Muslim Aid di Kuala Lumpur akan membantu skuad sukarelawan di Kemaman bagi menjalankan aktiviti-aktiviti di sana.

Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, January 25, 2011

Program Food Aid di Segambut Dapat Liputan di Harian Metro


Alhamdulillah, program Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) telah mendapat liputan di Harian Metro hari ini.

Di Harian Metro 25 Januari 2011.

Muhammad bin Kamarulaizizi

Sunday, January 23, 2011

Kelas Blog Untuk Warga Ibu Tunggal


Tarikh: 22 Jan 2011
Lokasi: Pejabat Muslim Aid
Program: Kelas Blog Untuk Warga Ibu Tunggal

Seharian saya di pejabat Muslim Aid bagi kelas blog untuk warga ibu tunggal yang saya sendiri kendalikan kelas tersebut. 5 orang ibu dan seorang bapa hadir bagi kelas tersebut. Objektif kelas blog ini ialah untuk mengajar bagaimana menggunakan blog untuk perniagaan online disamping berkongsi maklumat di dunia internet.

Kelas bermula jam 9.30 pagi dan selesai jam 8 malam. Bermula dengan membuat email sehingga cara-cara untuk membuat 'posting'. Golongan ibu ini sememangnya tidak mempunyai sebarang asas pengetahuan it. Cabaran ini agak baru bagi saya kerana sebelum ini saya pernah mengajar pelajar-pelajar sekolah untuk membuat blog dan agak mudah mereka memahaminya. Namun begitu, dengan warga ibu ini saya menggunakan kaedah yang lebih mudah agar mereka cepat faham.

InsyaAllah pada minggu hadapan juga akan diadakan kelas asas blog lagi. Mungkin ada yang berminat untuk sertai boleh hubungi Kaklin di 014-7381170. Kelas akan dilakukan di pejabat Muslim Aid.

Muhammad bin Kamarulazizi

Friday, January 21, 2011

Utusan Malaysia: Memperkasa Semangat Sukarelawan


Seawal jam lapan pagi, saya sudah menerima beberapa sms dari rakan-rakan dengan ucapan tahniah. Rupanya sempena Hari Sukarelawan Sedunia yang jatuh pada 5 Disember yang lepas, salah seorang wartawan dari Utusan Malaysia telah menebual saya tentang aktiviti-aktiviti saya di Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid). Dan hari ini hasil temubual tersebut sudah tersiar di Utusan Malaysia sisipan Mega, 21 Januari 2011. Walaubagaimanapun, dengan adanya sukarelawan-sukarelawan serta individu-individu yang sentiasa memberi sokongan tidak kira dari segi wang, masa dan kepakaran ini yang telah membuatkan saya diperingkat sekarang bersama Muslim Aid. Jutaan terima kasih kepada semua!

p/s Utusan Malaysia Online di sini

Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, January 18, 2011

Miskin Bandar


Kerap sekali apabila saya mendengar perkataan miskin bandar atau lebih dikenali sebagai 'urban poor'. Tiada definisi jelas tentang apa itu urban poor, namun terdapat beberapa pendapat yang dapat dihuraikan tentang miskin bandar ini. Ada yang mengatakan pendapatan bawah RM1,500 ke bawah adalah miskin bandar. Malahan ada yang mengatakan RM3,000 ke bawah bagi tinggal di Kuala Lumpur adalah miskin bandar. Ada pendapat mengatakan apabila seseorang itu mempunyai harta/wang tetapi tidak mencukupi adalah fakir. Manakala apabila seseorang itu tidak mempunyai harta dan pendapatan, maka individu tersebut adalah miskin (definisi Sheikh An-Nabhani)

bersama anak 'miskin bandar'

Baru-baru ini saya sempat melawat kawasan yang seperti setinggan di Segambut yang kebanyakannya dihuni oleh warga 'miskin bandar'. Penghuni di situ dikatakan hampir 500 orang dan terletak hanya beberapa minit dari Jalan Duta. Keadaan yang sesak dan tidak selesa ini semestinya tidak akan menjadi pilihan untuk orang ramai menetap. Namun begitu, terdapat juga keluarga-keluarga yang tiada pilihan dan terpaksa menetap di situ. Saya perasan di situ kebanyakannya warga asing terutama saudara kita dari Indonesia.

Sememangnya kos hidup di Kuala Lumpur meningkat, namun tidak sejajar dengan peningkatan pendapatan. Mungkin pada 10 tahun lepas, gaji permulaan bagi seeorang 'fresh grad' adalah RM2,000. Namun selepas 10 tahun kemudian, gaji permulaan bagi 'fresh grad' masih di RM2,000. Harga barang-barang meningkat lebih 100% jika dibandingkan dengan 10 tahun yang lepas. Keadaan sebegini akan menyebabkan lebih ramai yang akan bergelar miskin bandar, atas faktor-faktor tidak dapat memenuhi keperluan asas seperti makanan seharian dan tempat tinggal.

Namun begitu, seharusnya kita bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada kita sekarang. Seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran, Allah berfirman

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...

al-Baqarah ayat 286
Semoga kita mendapat keberkatan dariNya.

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, January 13, 2011

Lawatan Mr Mehboob, Ahli Lembaga Pengarah Muslim Aid UK di pejabat Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia


Tarikh: 12-14 Januari 2011
Lokasi: Pejabat Muslim Aid, Klang (Rohingya), Selayang (Myanmar Muslim), Segambut (urban poor) dan ASDAF

Mr Mehboob dari Muslim Aid UK telah membuat kunjungan ke pejabat Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) pada minggu lepas. Saya telah dipertanggungjawab untuk menerangkan program-program yang dijalankan di sini. Bermula dari hari pertama lagi di pejabat Muslim Aid, kami telah membawa Mr Mehboob ke Kelang untuk melihat program kelas komputer dan bahasa Inggeris untuk pelarian Rohingya.

Mr Mehboob menyampaikan pendapatnya


hidangan nasi beriani dari masyarakat Rohingya Klang

masyarakat pelarian Rohingya Klang

Di hari kedua pula, Mr Mehboob dibawa ke Madrasah Hashimiah di mana pihak Muslim Aid juga telah mengadakan kelas bahasa Malaysia dan kelas komputer untuk anak-anak yatim dan miskin dari komuniti pelarian Myanmar Muslim. Saya telah menerangkan tentang pentingnya program pendidikan untuk warga pelarian kerana pelarian di Malaysia tidak diiktiraf oleh kerajaan dan mereka sentiasa terdedah kepada eksploitasi.

sesi bergambar bersama anak-anak pelarian Myanmar Muslim di Madrasah Hashimiah

pemberian bantuan makanan kepada keluarga miskin bandar di Segambut

keluarga miskin bandar

Di hari ketiga kami ke Segambut untuk menyampaikan bantuan 'food aid' kepada golongan 'urban poor' atau miskin bandar dengan kerjasama Masjid Wilayah. Dan sebelah petangnya ke ASDAF untuk melihat program pendidikan yang dijalankan di sana serta program Kitchen Garden. Mr Mehboob dilihat berpuas hati dengan program yang dijalankan di sini. Perancangan untuk masa akan datang ialah untuk memperluaskan lagi program-program kebajikan akan fokus lebih kepada pendidikan, kesihatan dan pembangunan modal insan.

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, January 10, 2011

Latihan Futsal Bermula di ASDAF


Latihan futsal di ASDAF sudah bermula dengan 2 pasukan lelaki dan 2 pasukan perempuan akan bersedia untuk Pertandingan Futsal untuk Rumah Kebajikan anjuran BKSK pada Mac ini. Latihan dijalankan setiap petang jam 5 hingga 6.20 petang di perkarangan tempat letak kereta. Pasukan futsal ASDAF ini dilatih oleh saya sendiri manakala di Madrasah Hashimiah dilatih oleh saudara Amir yang juga staf Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid). Target tahun ini ialah untuk mendapatkan kembali piala kejohanan futsal tersebut.




Alhamdulillah orang ramai sudah mula menyumbang dan memberi tajaan kepada anak-anak ASDAF dan Madrasah Hashimiah mendapatkan kasut futsal dan jersi yang baru. Pada yang berminat untuk menaja, boleh hubungi saya terus di muhammad@muslimaidasia.com atau di 012-3377195.

Muhammad bin Kamarulazizi

Sunday, January 9, 2011

Persediaan Pertandingan Futsal Antara Rumah Kebajikan Seluruh Selangor dan Kuala Lumpur anjuran Badan Amal Siti Khadijah 2011


Hari ini saya ke ASDAF untuk memberi taklimat tentang pertandingan futsal yang akan diadakan pada bulan Mac ini. Pertandingan futsal antara rumah kebajikan Badan Siti Khadijah ini akan berlangsung buat kali ketiga di lokasi yang sama iaitu Futsal Frenzy, Seksyen 15 Shah Alam. Pertandingan futsal tahunan ini akan melibatkan rumah-rumah kebajikan di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur. Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) akan menaja empat rumah kebajikan dan komuniti antaranya ASDAF, Madrasah Hashimiah, Komuniti Pelarian Rohingya Klang dan Komuniti Pelarian Somalia Gombak.

pasukan ASDAF bersedia!

ASDAF akan menurunkan tiga pasukan untuk setiap kategori iaitu pasukan bawah 17 tahun lelaki, pasukan bawah 15 tahun lelaki dan pasukan bawah 17 tahun perempuan. Tahun lepas ASDAF mendapat tempat ketiga manakala dua tahun lepas ASDAF merupakan johan pertandingan futsal amal ini. Tahun ini insyaAllah pasukan ASDAF akan cuba merangkul kejuaraan pertandingan futsal kali ini.

salah seorang anak ASDAF bersama haiwan peliharaannya, anak kelawar

Latihan akan bermula petang Ahad, setiap hari jam 5 petang hingga 6.15 petang. Saya sendiri akan menjadi jurulatih mereka yang juga akan dibantu oleh ustaz Shidi dari pengurusan ASDAF. Muslim Aid mengalu-alukan sukarelawan untuk datang bantu untuk menjadi jurulatih kepada pasukan futsal di Madrasah Hashimiah dan Komuniti Pelarian Klang. Pasukan futsal dari komuniti pelarian Somalia Gombak sudah mempunyai jurulatih mereka sendiri.

Peluang juga dibuka kepada dermawan yang bermurah hati untuk menaja kasut futsal dan jersi bola bagi setiap pemain. Kebanyakan pakaian dan kasut futsal tahun lepas sudah tidak muat, dan mereka memerlukan kit yang baharu. Tajaan untuk seorang pemain ialah RM100 yang akan mendapat sepasang kasut futsal dan jersi bola.

Pada yang berminat untuk menaja, boleh hubungi saya terus di 012-3377195 atau di pejabat Muslim Aid di 03-2288 1996. Sumbangan boleh dilakukan terus ke akaun CIMB di 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Sila emailkan slip pembayaran kepada saya di muhammad@muslimaidasia.com atau difaxkan ke 03-2288 1966. Setiap sumbangan atau tajaan akan menerima resit pengecualian cukai (rujukan LHDN: 01/35/42/51/179-6.6487, tarikh kuatkuasa 15 Jan 2009).

Tajaan pemain atau pasukan (satu pasukan 8 orang)

ASDAF A bawah 17 tahun lelaki
ASDAF B bawah 15 tahun lelaki
ASDAF C bawah 17 tahun perempuan

Madrasah Hashimiah A bawah 17 tahun lelaki
Madrasah Hashimiah B bawah 17 tahun perempuan

Rohingya Klang bawah 17 tahun lelaki

Somalia Gombak bawah 17 tahun lelaki

Tujuh pasukan yang memerlukan tajaan anda sekarang!

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, January 6, 2011

Kelas Komputer dan Bahasa Inggeris untuk Pelarian Rohingya di Klang

Lokasi: Klang
Tarikh: 6 Januari 2011

Hari ini saya berkesempatan ke Klang untuk menghantar 5 buah komputer baru. Program kali ini ialah mengadakan kelas komputer. Kelas komputer ini akan dijalankan selama 6 hari seminggu dari jam 4 petang hingga ke 6 petang setiap hari kecuali hari Jumaat. 15 ke 20 orang peserta dari kalangan komuniti pelarian Rohingya di Klang telah dikenal pasti untuk mengikuti kelas ini. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga pelarian Rohingya tetang pengetahuan asas komputer yang dapat digunakan untuk kegunaan seharian. Kelas ini merupakan anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dengan kerjasama dari pihak UNHCR.

InsyaAllah kelas komputer ini akan bermula pada minggu hadapan, manakala kelas Bahasa Inggeris pula akan bermula pada minggu ke tiga bulan Januari ini. Pada yang ingin menjadi sukarelawan atau ingin memberi sumbangan, boleh hubungi saya terus di pejabat Muslim Aid di 03-2288 1996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Saturday, January 1, 2011

Berjuang Untuk Sihat

Belakang Berdiri: Halim yang ketiga dari kiri

Hari ini hari Sabtu, 1 Januari 2011. Saya banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. Handphone pun jarang berbunyi kerana kebanyakan orang ramai juga sedang bercuti. Saya ada terima satu sms dari rakan sekelas saya di UIA, Abdul Halim Mohd Zuki. Saya berbalas sms dengannya, dan pada sms terakhirnya, beliau meminta saya mendoakan agar dia dapat sihat untuk berjihad. Terkedu saya apabila membaca sms terakhirnya. Halim yang kini mengidap kanser stage 4 sudah mula merebak ke tulang belakangnya. Katanya, beliau tinggal lagi 2 kali kemo sahaja, dan kemudian dia hanya perlu berehat. Saya kurang pasti apa maksudnya, tapi saya harapkan yang terbaik baginya.

Kata-kata dari Halim ini memberi perangsang kepada saya. Saya teringat pada sebuah hadis yang mengatakan

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa senang sebelum datangnya masa susah. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan masa hidup sebelum tiba masa mati."
(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Segala puji hanyalah bagi Allah SWT

Ziarah Halim dua tahun lepas

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...