Pengiktirafan dari World Kindness Movement
Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement
Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar
Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar
Misi Gelandangan Feed The Homeless
Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur
Wednesday, March 31, 2010
Tuesday, March 30, 2010
Kelas Bahasa dan Komputer Untuk Pelarian Somalia
Pertemuan saya hari ini bersama dengan wakil dari UNHCR dan juga wakil-wakil dari komuniti pelarian Somalia di Gombak untuk berbincang tentang program yang dapat dijalankan bersama mereka. Pertemuan ini adalah kali kedua dan lebih ramai golongan pemuda yang turut hadir untuk memberi pendapat dan pandangan masing-masing. Golongan pelarian Somalia ini agak berbeza dengan pelarian Rohingya dari segi keperluannya. Mereka saya lihat dapat menyesuaikan diri dengan lebih mudah kerana mungkin mereka juga dilihat sebagai pelancong di negara kita.
Selepas perbincangan dengan mereka, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dengan kerjasama UNHCR akan menjalankan dua program untuk mereka iaitu kelas Bahasa Inggeris dan juga kelas komputer. Penguasaan Bahasa Inggeris amat penting supaya lebih banyak program pembangunan insan dapat dijalankan. Kelas komputer pula akan melibatkan pembelajaran asas Microsoft Office dan Internet.
Muhammad bin Kamarulazizi
Monday, March 29, 2010
Update: Kelas Bahasa Untuk Pelarian di Penang
Alhamdulillah, baru-baru ini saya ke Kampung Bagan Dalam untuk melihat kelas Bahasa Melayu yang dijalankan untuk anak-anak pelarian Rohingya ini. Kelas yang dijalankan dibawah seliaan Muslim Aid ini dijalankan setiap hari Ahad jam 9 pagi hingga 1 tengahari. Sukarelawan yang hadir dari Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang seramai 8 orang komited dengan apa yang telah diamanahkan kepada mereka. Pihak UNHCR yang telah menaja projek juga telah hadir untuk melihat keberkesanan kelas tersebut yang sudah berjalan selama sebulan. Geran kelas Bahasa ini akan habis pada bulan May namun begitu permintaan untuk kelas ini diteruskan adalah tinggi kerana masih ramai anak-anak pelarian ini yang ingin belajar Bahasa Melayu. Kepada pembaca blog atau penderma yang ingin menyumbangkan sumbangan kewangan untuk meneruskan kelas ini selepas bulan May, boleh hubungi saya di pejabat Muslim Aid di 03-22881996.
Nuruddin dan Wardah sebagai koordinator untuk projek ini
Sunday, March 28, 2010
Anak-anak ASDAF pulang dari Cuti Sekolah
Saya sempat singgah ke ASDAF selepas berakhirnya cuti sekolah selama seminggu. Kali ini pihak JAKIM datang untuk membuat penggambaran doa-doa asas seperti doa makan dan sebagainya. Pihak JAKIM memilih ASDAF atas cadangan dari pihak Muslim Aid kerana ramai dari kalangan anak-anak ASDAF yang tahu membaca doa, tidak kira dari yang kecil hingga besar. Menurut penerbit dari JAKIM, rancangan yang akan memuatkan doa-doa harian ini akan ditayangkan dalam tempoh dua atau tiga bulan di RTM.
p/s saya telah menerima buah tangan (ubi kayu dan pucuk ubi) dari Faliada yang juga salah seorang anak ASDAF
Muhammad bin Kamarulazizi
Saturday, March 27, 2010
Baik Pulih Wiring
Madrasah Hashimiah yang menempatkan anak-anak pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim kini dalam proses dibaik pulih 'wiring'. Setelah berjaya mengumpul sejumlah wang yang disimpan khas untuk wiring sahaja, Ustaz Hashim yang juga pengetua Madrasah ini telah mendapatkan kontraktor untuk baik pulih masalah wiring ini. Ustaz Hashim telah menyampaikan rasa terima kasihnya kepada orang ramai yang telah menyampaikan sumbangan melalui Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia.
Muhammad bin Kamarulazizi
Wednesday, March 24, 2010
Sekolah Rohingya di Ampang
Semalam saya bersama tiga orang sukarelawan berkesempatan untuk melawat sebuah sekolah komuniti Rohingya di Ampang yang diteraju oleh Ustaz Ghani. Sekolah ini mempunyai lebih kurang 120 orang pelajar yang berdaftar dan majoriti pelajarnya merupakan pelarian Rohingya dan sebahagian kecil dari pelarian Myanmar Muslim. Nama sekolah ini ialah Pusat Pendidikan Muhajirin Muslim yang telah mendapat pembiayaan dari pihak Perkim. Namun begitu, pembiayaan dari Perkim akan tamat pada bulan Julai ini dan pihak sekolah ini perlu mencari dana baru untuk meneruskan sekolah komuniti ini.
Pihak Muslim Aid akan membuat perjumpaan kali kedua minggu hadapan untuk berbincang cara untuk menyelesaikan masalah kewangan sekolah komuniti ini. Pihak sekolah amat memerlukan barang makanan asas untuk makanan tengahari anak-anak pelarian Rohingya ini. Mereka biasanya akan tiba disekolah tanpa sarapan yang sempurna, dan akan mengharap kepada makanan tengahari yang disediakan oleh pihak sekolah. Pada yang ingin menyumbang barang makanan asas seperti beras dan minyak masak atau sumbangan kewangan, boleh hubungi saya di pejabat Muslim Aid di 03-22881996.
Isu pelarian Rohingya boleh rujuk di sini
Muhammad bin Kamarulazizi
Isu pelarian Rohingya boleh rujuk di sini
Muhammad bin Kamarulazizi
Sunday, March 21, 2010
Kursus Community Building Process anjuran UNHCR
Tiga hari kursus Community Building Process (CBP) anjuran UNHCR telah diadakan untuk semua NGO dan persatuan yang terlibat dengan program pembangunan komuniti bagi pelarian-pelarian di Malaysia. Kursus ini amat berguna untuk sesebuah organisasi, NGO atau persatuan yang ingin mendapatkan penyelesaian sesebuah masalah dengan mencapai persefahaman dan persetujuan semua pihak. Biasanya apabila sesebuah pengurusan atau pentadbiran cuba menyelesaikan sesebuah masalah, persefahaman dan persetujuan setiap individu itu menjadi batu penghalang dan hal ini dapat diatasi menggunakan pendekatan CBP bagi mencapai objektif dan fokus yang optimum. Dengan kaedah ini, sedikit sebanyak mengajar teknik yang berkesan untuk mencari penyelesaian sesebuah isu. Kaedah ini juga akan digunakan untuk membantu golongan pelarian bagi menaikkan taraf hidup mereka di Malaysia.
Saya membuka peluang kepada mana-mana persatuan atau organisasi yang ingin membuat team building atau community building untuk menggunakan kaedah CBP ini. Pada yang berminat boleh menghubungi saya di 012-3377195. InsyaAllah dalam tempoh terdekat ini, sebuah sekolah Felda di Gemas (SMK Jelai Felda) akan menggunakan teknik ini bagi mendapatkan resolusi terbaik untuk menaikkan taraf penggunaan IT dikalangan komuniti Felda.
Muhammad bin KamarulaziziFriday, March 19, 2010
Anak-anak Pelarian di Hari Sukan Nur Salam
Semalam anak-anak pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim dari Selayang telah dijemput ke Hari Sukan Nur Salam melalui Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) yang telah berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru. Anak-anak dari ASDAF juga telah dijemput sekali dan mereka telah berkongsi bas dengan anak-anak pelarian ini untuk ke lokasi hari sukan tersebut.
Seawal 6.30 pagi, anak-anak ASDAF dan pelarian ini sudah bersiap sedia untuk ke Kelab Sultan Sulaiman. Mereka tiba di Kelab Sultan Sulaiman jam 7 pagi dan diikuti dengan pendaftaran. Mereka disambut oleh komiti dan sukarelawan dari Rumah Nur Salam yang juga penganjur hari sukan ini.
Antara acara yang dipertandingkan ialah futsal, bola jaring, olahraga dan sukaneka. Hari sukan ini telah memberi peluang kepada anak-anak pelarian yang berumur bawah 12 dan juga perempuan untuk mengambil bahagian. Program sebegini memberi peluang kepada anak-anak pelarian ini untuk bersama dengan masyarakat setempat bermain bersama dan bersosial. Program selesai jam 4.30 petang dan mereka pulang dengan pelbagai hadiah yang telah dimenangi.
Muhammad bin Kamarulazizi
Monday, March 15, 2010
Pertandingan Futsal Amal Siti Khadijah 2010
Lokasi: Futsal Frenzy, Seksyen 15 Shah Alam
Tarikh: 13 Mac 2010
Masa: 8am - 5am
Alhamdulillah selesai pertandingan futsal Amal Siti Khadijah antara Rumah Kebajikan Negeri Selangor. Kali ini lebih 20 rumah kebajikan terlibat dengan pertandingan futsal amal ini. Pihak Muslim Aid telah menaja 5 pasukan, 3 pasukan dari ASDAF dan 2 pasukan dari komuniti pelarian Rohingya (Madrasah Hashimiah).
Pasukan Hashimiah B
Pasukan ASDAF A telah mendapat tempat ke tiga selepas ditumpaskan oleh musuh tradisi, Rumah Darul Kifayah di peringkat separuh akhir. Pasukan Kifayah merupakan finalis tahun lepas dan ditumpaskan oleh pasukan ASDAF A. Pasukan ASDAF B pula menunjukkan kemajuan dengan berjaya sampai ke peringkat suku akhir namun ditumpaskan oleh ASDAF A sendiri. Kifayah A telah muncul juara untuk pertandingan tahun ini. Pasukan ASDAF C yang diterajui oleh anak-anak perempuan juga berjaya mendapat tempat ke tiga!
Pasukan Hashimiah A menunjukkan prestasi yang baik sebagai pasukan yang pertama kali menyertai pertandingan ini. Hashimiah A berjaya layak ke pusingan kedua setelah muncul naib juara diperingkat kumpulan sebelum ditumpaskan oleh ASDAF B dipusingan kedua. Hashimiah B pula tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan.
Pasukan Hashimiah A menunjukkan prestasi yang baik sebagai pasukan yang pertama kali menyertai pertandingan ini. Hashimiah A berjaya layak ke pusingan kedua setelah muncul naib juara diperingkat kumpulan sebelum ditumpaskan oleh ASDAF B dipusingan kedua. Hashimiah B pula tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan.
Khamis ini pasukan ASDAF dan Hashimiah telah dijemput untuk menyertai Hari Sukan Nur Salam di Kelab Sultan Sulaiman dan pertandingan futsal akan turut diadakan.
Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada penderma-penderma serta sukarelawan yang telah memberi sokongan kepada pasukan futsal ini. Kita akan bertemu lagi untuk tahun hadapan!
Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada penderma-penderma serta sukarelawan yang telah memberi sokongan kepada pasukan futsal ini. Kita akan bertemu lagi untuk tahun hadapan!
Muhammad bin Kamarulazizi
Sunday, March 14, 2010
Pusat Komuniti Selayang
Jumaat lepas saya bersama wakil dari pihak UNHCR telah melawat Pusat Komuniti Selayang yang terletak bersebelahan dengan Warta Lama di Selayang. Pusat Komuniti ini digunakan untuk pelarian Myanmar melaksanakan pelbagai aktiviti seperti kursus menjahit dan sebagainya. Pihak UNHCR akan bekerjasama dengan Muslim Aid untuk membantu menghidupkan Pusat Komuniti ini supaya dapat digunakan sepenuhnya untuk kebaikan komuniti pelarian.
Saya dapati Pusat Komuniti Selayang ini amat sesuai untuk pelbagai aktiviti dan dilengkapi dengan penyaman udara dan amat selesa. Buat masa ini pihak Muslim Aid sudah mempunyai beberapa buah idea yang dapat dijalankan di sini. Pihak Muslim Aid mengalu-alukan para sukarelawan atau penderma yang ingin menaburkan idea atua menjalankan program untuk pelarian Myanmar amat dialu-alukan. Pada sukarelawan yang berminat, boleh hubungi saya untuk perbincangan dan tindakan lanjut di 03-22881996 atau email saya di muhammad@muslimaidasia.com
Muhammad bin KamarulaziziFriday, March 12, 2010
Perbincangan UNHCR dan Pelarian
Pihak Muslim Aid telah dijemput untuk bersama berkongsi pendapat dengan UNHCR dan juga dari kumpulan komuniti pelarian yang telah mendapat geran dari UNHCR. Muslim Aid juga salah satu NGO yang telah menerima geran dari UNHCR untuk tiga buah projek pelarian. Pelarian datang dari pelbagai negara dan majoritinya dari Myanmar. Terdapat juga pelarian dari Afghanistan, Iraq, Somalia dan Iran. Perbincangan ini akan berlangsung setiap bulan untuk kemas kini projek-projek yang dijalankan dibawah geran UNHCR serta bertukar pendapat dan idea dalam membantu golongan pelarian di Malaysia.
Muhammad bin Kamarulazizi