About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Tuesday, March 9, 2010

Shopping Kasut Futsal Team Rohingya dan ASDAF


7hb Mac yang lepas berlangsungnya perlawanan persahabatan antara pasukan futsal Rohingya dengan pasukan futsal ASDAF. Perlawanan persahabatan ini telah berlangsung di Sport Seven Wangsa Maju. ASDAF telah tampil dengan pasukan ASDAF A dan ASDAF B manakala pasukan Rohingya tampil dengan Hashimiah A dan Hashimiah B. Perlawanan berakhir dengan kemenangan kepada pasukan ASDAF yang memenangi semua perlawanan.

Pada sebelah tengaharinya pula, semua pemain telah dibawa ke Pertama Kompleks untuk membeli kasut futsal dan jersi futsal mereka. Hampir 30 pasang kasut telah dibeli. Anak-anak pelarian Rohingya dan ASDAF ada yang pertama kali naik Star LRT dan mereka kelihatan begitu gembira sekali. Semua telah naik LRT kerana jalan ke Pertama Complex tutup untuk beri laluan kepada Le tour de Langkawi.


di dalam Star LRT

Rahman jurulatih pasukan Rohingya

anak-anak Rohingya bersama kasut futsal mereka

kasut yang telah dibeli!

sebelum balik, kita makan dulu!

Pihak Muslim Aid mengucapkan terima kasih kepada penderma-penderma yang telah menaja kasut dan baju kepada anak-anak pelarian dan juga anak-anak ASDAF melalui tabung Orphan Aid Muslim Aid. Pertandingan futsal amal Siti Khadijah ini akan berlangsung 13hb Mac 2010 di Futsal Frenzy, Seksyen 15 Shah Alam dan semua dijemput hadir!

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, March 4, 2010

Persediaan Kelas Bahasa Melayu untuk Pelarian


Kini Muslim Aid sedang dalam persediaan untuk melaksanakan kelas Bahasa Melayu untuk anak-anak pelarian Rohingya dan Burma Muslim. Peruntukan telah Muslim Aid terima dari pihak UNHCR dan kini menunggu dari pihak UNHCR untuk memberi lagi 10 orang nama untuk kelas Bahasa Melayu ini. Kelas Bahasa Melayu ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelarian dari Burma ini untuk mempelajari Bahasa Melayu supaya dapat menaikkan taraf hidup mereka di Malaysia.

anak-anak pelarian meletakkan nama untuk pertandingan futsal Amal Siti Khadijah


Semalam saya ke Selayang untuk bertemu dengan pemain-pemain futsal dari komuniti pelarian. InsyaAllah dua pasukan dari komuniti pelarian akan hadir untuk pertandingan futsal amal Siti Khadijah yang akan berlangsung pada 13 Mac 2010.


Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, March 1, 2010

Lot Wakaf dan Makan Malam Inspirasi Titian Kaseh


Pada 24 Feb yang lepas, saya telah dijemput ke Rumah Titian Kaseh (RTK) untuk Majlis Pelancaran Tabung Wakaf Rumah Titian Kaseh. RTK yang kini menyewa dua buah rumah banglo di Taman Tasik Titiwangsa menempatkan anak-anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal, warga emas dan OKU. RTK bukan sekadar rumah kebajikan, tetapi sebuah rumah perlindungan untuk anak-anak sekecil bayi yang kebanyakannya diterima oleh pihak hospital. Rumah perlindungan yang diuruskan oleh MakPah ini adalah satu-satunya yang terletak ditengah bandar Kuala Lumpur.

salah seorang penghuni RTK


Rumah yang mereka diami ini akan dijual dan ini adalah antara sebab MakPah terpaksa mencari jalan untuk membelikan terus rumah tersebut bagi membela penghuni RTK yang kurang bernasib baik ini. Harga rumah mencecah RM2.7 juta ini dipecahkan dalam bentuk lot wakaf bagi memudahkan orang ramai untuk menyumbang. Setiap satu lot wakaf berharga RM1000. Sumbangan saham akhirat ini dapat disalurkan terus ke RTK melalui akaun Maybanknya di 564061002172 atas nama Persatuan Pengurusan Pusat Jagaan Titian Kaseh Kuala Lumpur. Untuk makluman lanjut, boleh hubungi pengurusan RTK di 03-40255246 atau Puan Anita di 013-3886462, Cik Rozy di 017-6438393 atau MakPah sendiri di 019-6455769.

Muat turun borang wakaf di sini

Muhammad bin Kamarulazizi

Sunday, February 28, 2010

Perlawanan Persahabatan Team ASDAF dan Sukarelawan Muslim Aid

Sabtu, 27 Febuari 2010 telah berlangsung perlawanan persahabatan diantara pasukan futsal ASDAF dan juga sukarelawan Muslim Aid dan Halaqah.net bertempat di Sport Seven, Wangsa Maju. Perlawanan persahabatan ini adalah sebahagian dari latihan menjelang pertandingan futsal Amal Siti Khadijah yang akan berlangsung di Futsal Frenzy, Seksyen 15 Shah Alam pada 13 Mac 2010. Pasukan ASDAF akan membawa tiga pasukan iaitu ASDAF A dan ASDAF B dari pasukan lelaki dan ASDAF C dari pasukan perempuan.


pasukan ASDAF C

perlawanan persahabatan

pasukan ASDAF A

pasukan ASDAF A

Perlawanan persahabatan ini telah mendapat sokongan dari pengurusan Sport Seven apabila pengurus gelanggang futsal ini telah menyumbang air mineral untuk anak-anak ASDAF dan sukarelawan. Latihan futsal akan diteruskan setiap petang di ASDAF dan para sukarelawan dijemput untuk memeriahkannya sekali.

Muhammad bin Kamarulazizi

Latihan Ihtifal di ASDAF

Latihan Ihtifal telah dijalankan hari ini dengan bantuan 8 orang sukarelawan dari Universiti Malaya yang menjalankan program kerja sosial 20 jam mereka. Latihan kali ini merangkumi syarahan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bercerita. Latihan ini diketuai oleh saya sendiri dan telah dijalankan selama hampir sebulan. Para sukarelawan telah membantu anak-anak ASDAF dengan menyediakan teks syarahan. Majlis Ihtifal ASDAF akan diadakan pada 14 Mac 2010.

sukarelawan bersama anak-anak ASDAF

taklimat dalam kumpulan

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, February 25, 2010

Update Latihan Futsal dari Team Anak2 ASDAF


Setelah hampir sebulan melatih anak-anak ASDAF, masih lagi banyak ruang yang boleh dibaiki. Pasukan futsal ASDAF selaku juara bertahan Pertandingan Futsal Amal Siti Khadijah tahun lepas ini akan berhempas pulas untuk mengekalkan kejuaraan milik mereka ini yang bakal dengan saingan sengit dari pasukan futsal dari Rumah Kebajikan Darul Kifayah, Rumah Pure Life dan pasukan futsal Anak Rohingya yang dibimbing oleh Rahman. Pasukan ASDAF juga bakal mendapat kasut futsal dan jersi mereka minggu hadapan yang telah ditaja hasil sumbangan orang ramai kepada Muslim Aid.

perbincangan pasukan ASDAF team A

perbincangan pasukan ASDAF team B

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan pertandingan futsal Amal Siti Khadijah di Futsal Frenzy, Seksyen 15 Shah Alam pada 13 Mac 2010 nanti!

Muhammad bin Kamarulazizi

Update Latihan Futsal dari Team Anak2 Rohingya


Alhamdulillah, pasukan futsal dari anak-anak pelarian Rohingya telah mendapat latihan futsal dari salah seorang sukarelawan Muslim Aid yang komited iaitu en Rahman. Latihan futsal telah diadakan di belakang pasaraya Warta lama di Selayang setiap petang hampir setiap hari. Anak-anak ini akan mendapat kasut futsal dan jersi hasil sumbangan orang ramai melalui Muslim Aid pada minggu hadapan.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan pertandingan futsal Amal Siti Khadijah di Futsal Frenzy, Seksyen 15 Shah Alam pada 13 Mac 2010 nanti!

sesi panaskan badan


latihan giat dijalankan

shoot!

Gambar dipetik dari sini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...