About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Wednesday, June 8, 2011

Tiga Anak ASDAF Terpilih antara 70 Peserta Terbaik Honda Dreams Fund

Tiga anak-anak ASDAF telah terpilih untuk pemilihan terakhir Honda Dreams Fund dimana mereka akan dinilai melalui HDF Workshop yang akan berlangsung di Hulu Langat bermula 8 hingga 12 Jun 2011. Seramai 70 orang dari seluruh Malaysia telah terpilih untuk mengikuti bengkel HDF. Bengkel HDF ini akan menapis semua peserta dari segi pengurusan masa, disiplin, kesungguhan dan personaliti. Pada akhir program tersebut, 20 orang peserta sahaja yang akan dipilih untuk biasiswa HDF. Setiap penerima biasiswa HDF akan mendapat pembiayaan pendidikan disamping elaun tempat tinggal dan makanan selama tempoh belajar mereka.

menunggu di check point Puduraya

bersama anak-anak ASDAF

Bersama kita doakan agar anak-anak ASDAF ini terpilih sebagai penerima biasiswa HDF.

Muhammad bin Kamarulazizi

Persediaan Projek Fun For Food

Menjelang bulan Ramadhan yang hanya tinggal sebulan setengah lagi, pejabat Muslim Aid kini sedang sibuk merancang program-program untuk bulan Ramadhan seperti Fast 2 Feed dan Ramadhan Appeal dan projek terbaru Fund For Food (3F). Projek baru ini adalah bagi menyambut kedatangan Ramadhan yang akan dilaksanakan di Pasar Fama Stadium Shah Alam. Projek 3F akan menampilkan rakan Muslim Aid iaitu chef selebriti iaitu Chef Zam yang akan menyediakan bubur lambuk dan bekas chef dan kini seorang Ustaz, Ustaz Hashim dari Madrasah Hashimiah yang akan menyediakan buburma (bubur Burma). Projek 3F ini akan memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang bagi mengumpul dana bagi program-program di bulan Ramadhan dan setiap penyumbang dapat menikmati bubur lambuk Chef Zam dan buburma Ustaz Hashim.

bersama anak-anak Madrasah Hashimiah, Selayang

Program amal ini akan berlangsung di Pasar Fama Stadium Shah Alam pada 3 Julai 2011 bermula jam 7 pagi hingga ke 11.30 tengahari. Muslim Aid mengalu-alukan sukarelawan untuk turut serta serta para dermawan untuk menyumbang bagi menjayakan program 3F ini. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996 (Nadhirah atau Farihah atau Marliyana) atau email di support@muslimaidasia.com

Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, June 7, 2011

Ziarah Kampung Orang Asli Tementong, Lipis


Tarikh: 4-5 Jun 2011
Lokasi: Kampung Tementong, Kuala Lipis, Pahang
Program: Program ziarah kampung Orang Asli

Pasukan sukarelawan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) bersama Persatuan Muslimah TTDI Jaya dan Asrama Darul Falah (ASDAF) telah menganjurkan program ziarah kampung orang asli di Tementong, Kuala Lipis. Objektif ziarah ini adalah untuk mengenal masyarakat orang asli dengan lebih dekat dan proses untuk membantu pendidikan anak-anak ASDAF yang juga terdiri daripada masyarakat orang asli.

program ramah mesra bersama masyarakat orang asli

bersama masyarakat orang asli selepas Magrib

anak-anak orang asli yang ceria

pasukan sukarelawan menyediakan makanan untuk makan malam

mandi singai

Program pendidikan Muslim Aid di ASDAF kini sudah masuk tahun ketiga, fokusnya untuk membantu mereka menyesuaikan diri di ASDAF disamping membantu mereka mendapatkan pendidikan yang sempurna. Program ziarah ini sedikit sebanyak membantu pasukan sukarelawan untuk merancang program-program seterusnya di ASDAF.

Program ziarah kampung orang asli ini akan diteruskan pada bulan Julai ini dan info berkenaan ziarah tersebut akan dikemaskini dalam tempoh terdekat. Pada yang berminat untuk sertai atau ingin menyalurkan sumbangan, boleh hubungi pejabat ASDAF di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Kelas Cupcake untuk Ibu Tunggal anjuran bersama PITI

Lokasi: Gombak
Tarikh: 5 Jun 2011
Program: Kelas Cupcake untuk warga ibu tunggal
Anjuran bersama: Persatuan Ibu Tunggal Islam Selangor (PITI)

Alhamdulillah, baru-baru ini Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dengan kerjasama Persatuan Ibu Tunggal Islam Selangor (PITI) telah mengadakan kelas membuat kek cawan atau lebih dikenali sebagai cupcake. Kelas cupcake ini diadakan bagi memberi peluang kepada warga ibu tunggal mempelajari cara-cara membuat cupcake yang dapat dijadikan sumber pendapatan mereka.


peserta bersama sijil Muslim Aid

cupcake yang hampir siap

resipi yang digunakan

peserta bersama cupcake yang siap

Pejabat Muslim Aid akan memperbanyakkan lagi program-program yang melibatkan skil untuk membantu warga ibu tunggal memperoleh pendapatan sendiri bagi menampung keperluan keluarga mereka. Muslim Aid mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan tenaga pengajar serta individu-indivdu yang telah menaja bahan mentah bagi menjayakan program ini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Sunday, May 15, 2011

Lima Anak ASDAF, 3 Anak Yatim dan sukarelawan ke KLCC



Alhamdulillah, 5 orang pelajar cemerlang ASDAF bersama 3 anak pelarian Myanmar Muslim berpeluang ke KLCC buat kali pertama untuk melihat keunikan bangunan berkembar KLCC. 5 pelajar cemerlang ASDAF ini dipilih berdasarkan disiplin mereka di asrama, tahap kerajinan semasa prep dan waktu solat. Anak-anak ASDAF ini akan dipilih oleh pihak pengurusan ASDAF sendiri. 3 anak pelarian yang dipilih ini pula merupakan 3 adik beradik yatim piatu yang belajar di Madrasah Hashimiah Selayang dibawah seliaan ustaz Hashim.

tiga anak yatim adik beradik dari pelarian Myanmar Muslim

8 orang anak-anak yatim dan miskin di bawa melawat Petrosains yang turut diiringi oleh 4 orang sukarelawan Muslim Aid. Selepas mendapat pelbagai info dan pengetahuan di Petrosains, mereka menikmati makan tengahari di taman KLCC. Pengalaman yang cukup berharga ini sedikit sebanyak telah memberi kegembiraan kepada anak-anak ASDAF dan pelarian.

Kepada yang berminat untuk menyumbang kepada tabung orphan aid Muslim Aid, boleh salurkan ke akaun CIMB di 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Sila emailkan/fax slip bank bersama

Nama:
Alamat:
No tel:

ke mail@muslimaidasia.com atau 03-22881966 (fax). Setiap sumbangan diberi resit pengecualian cukai LHDN 01/35/42/51/179-6.6487.

Muhammad bin Kamarulazizi.

Monday, May 2, 2011

Pendekatan Logical Framework Approach Untuk Menaikkan Taraf Hidup



Bulan April yang lepas, saya berkesempatan menggunakan pendekatan Logical Framework Approach (LFA) untuk sebuah keluarga yang biasa dibantu oleh Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid). LFA adalah alat pengurusan yang umumnya digunakan dalam pemantauan, reka bentuk dan penilaian projek-projek pembangunan antarabangsa. LFA juga dikenali sebagai Goal Oriented Project Planning (GOPP) or Objectives Oriented Project Planning (OOPP) dan kaedah ini biasa digunakan oleh badan kemanusiaan antarabangsa di bawah kerajaan Amerika Syarikat iaitu USAID untuk pengurusan pembangunan kemanusiaan dan ekonomi.

Pendekatan LFA yang digunakan bersama keluarga ini saya hanya menggunakan pendekatan yang paling mudah agar semua dapat faham goal yang ingin dicapai. Goal yang ingin dicapai perlu SMART, (specific, measureable, attainable, realistic dan timely) dimana setiap goal itu boleh dicapai, diukur dan realistik dengan tempoh yang ada. Untuk perlaksanaan LFA ini, sebaiknya kumpulan yang terlibat mempunyai lebih dari 5 orang bagi memudahkan percambahan idea dan pengagihan tugas untuk aktiviti perlaksanaan (implementation).

sebahagian dari LFA

Bagi keluarga tersebut, mereka mengimpikan untuk memiliki sebuah kereta. Tempoh yang dipersetujui ialah Januari 2011, mereka sudah boleh membayar downpayment kereta Myvi dan berkemampuan untuk membayarnya setiap bulan. Ini bererti mereka perlukan income paling minima sebanyak RM2100 sebulan dan duit sedia dalam tangan RM5,500 untuk downpayment. Anggaran untuk harga sebuah kereta Myvi ialah RM55,000. Bayaran ansuran bulanan dianggar antara RM650 hingga RM700.

Apabila target atau goal sudah jelas, maka pendekatan LFA ini digunakan untuk menyusun strategi (strategic planning) bagaimana untuk mencapai goal yang telah diimpikan dengan tempoh yang ditetapkan. Proses menggunakan LFA ini biasanya akan mengambil masa paling kurang sehari bagi mencapai perancangan yang teliti bagi mencapai objektif yang dikehendaki.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pemegang sijil LFA 2005

Sunday, May 1, 2011

Kitchen Garden: Limau Kasturi di ASDAF


Anak-anak ASDAF sekali lagi menikmati hasil dari Kitchen Garden yang merupakan salah sebuah projek anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid). Lebih 50 biji limau kasturi dapat dipetik dari sebuah pokok limau kasturi yang telah ditanam dua tahun lepas di ASDAF. Limau kasturi ini kemudiannya di serahkan kepada tukang masak di dapur ASDAF. InsyaAllah tahun ini projek Kitchen Garden ini akan diteruskan dengan kehadiran pelajar praktikal baru di Muslim Aid.

anak-anak ASDAF memetik buah limau kasturi

hasil dari kutipan

buah diletakkan di dapur ASDAF

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...