About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label rumah zakat. Show all posts
Showing posts with label rumah zakat. Show all posts

Tuesday, May 11, 2010

Study Visit ke Rumah Zakat: Hari Ketiga


Tarikh: 4 May 2010
Lokasi: Sekitar Bandung, Indonesia

Hari ketiga di Bandung telah memberi kesan yang mendalam kepada saya. Saya amat kagum dengan sistem yang Rumah Zakat gunakan dalam pelbagai aspek. Setiap staf, penerima bantuan, penderma boleh dikatakan 'well blended' dan saling bekerjasama antara satu sama lain. Setiap pagi, setiap staf Rumah Zakat harus menghadiri inspirasi pagi dimana semua staf akan membaca al-Quran beramai-ramai, kemudian diberi pengisian taklim dan akhir sekali update program-prgram Rumah Zakat. Inspirasi pagi ini dijalankan setiap hari sebagai pemantapan rohani dan untuk mengekalkan semangat dan motivasi untuk memberi khidmat kepada orang ramai. Saya percaya dengan cara ini pekerja akan sentiasa bersemangat dan bermotavasi untuk bekerja dengan ikhlas.

inspirasi pagi yang memainkan peranan penting untuk mengekalkan tahap motivasi


sekolah dasar juara yang merupakan salah sebuah sekolah kelolaan Rumah Zakat


di empowering center dimana golongan ibu menggunakan bahan terbuang untuk dijadikan beg

anak-anak dari sekolah dasar juara yang sentiasa ceria

Konsep yang dibawa, iaitu SENYUM cukup bermakna. Matlamatnya adalah untuk mengalihkan ciri-ciri kesedihan yang biasa dibawa oleh kebanyakan pihak untuk mempromosikan isu kebajikan dan kemanusiaan kepada SENYUM dan wajah ceria. Konsep yang digunakan ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi diri, atau spiritual quotient agar sentiasa positif dalam apa jua yang dilakukan. Bukan suatu yang mudah, namun untuk jangka masa panjang, ia dapat memberi impak yang besar.

InsyaAllah konsep sebegini akan diterapkan dalam pengurusan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) agar Muslim Aid juga dapat melakukan anjakan paradigma di tanah Malaysia.

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, May 10, 2010

Study Visit ke Rumah Zakat: Hari Kedua


Tarikh: 4 May 2010
Lokasi: Sekitar Bandung, Indonesia

Hari kedua kami ke Rumah Bersalin Gratis iaitu hospital bersalin percuma yang disediakan khas untuk golongan yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan perkhidmatan bersalin secara percuma. Sumber pendapatan dari pengumpulan zakat di Indonesia disalurkan untuk kesihatan dan golongan-golongan asnaf ini diberi rawatan percuma untuk individu yang ingin bersalin. Perkhidmatan juga adalah seperti di hospital swasta, dimana bilik rawatannya lengkap dan hanya 2 pesakit untuk setiap bilik. 3 orang doktor akan bertugas secara shif dan seorang doktor pakar akan standby 24 jam. Klinik bergerak dan ambulan juga disediakan secara percuma.

di dalam ambulan Rumah Zakat

pusat komuniti Rumah Zakat

kelas menjahit untuk golongan ibu

Rumah Zakat Cake House untuk program mikro enterprise

Pada sebelah petangnya, kami melawat pusat pembangunan komuniti ataupun dikenali sebagai empowerment center dimana golongan ibu-ibu dapat belajar skil untuk menaikkan taraf hidup mereka. Mereka diberi latihan menjahit dan dibantu dari aspek pemasaran. Anak-anak pula diajar untuk menggunakan angklung untuk dimainkan muzik. Anak-anak ini berpeluang untuk membuat persembahan di majlis-majlis keramaian disamping mendapat pendapatan sampingan.

Selain daripada itu, mereka juga mendirikan cake house Rumah Zakat bagi memberi peluang kepada ibu-ibu tunggal dan dari keluarga serba kekurangan untuk belajar berbisnes. Pelbagai produk bakery disediakan lengkap dengan oven dan peralatan lain. Perkhidmatan delivery juga disediakan untuk melancarkan proses penjualan.

Sememangnya saya dapat lihat bagaimana Rumah Zakat, salah satu institusi zakat di Indonesia yang menyaringkan dana zakat dikumpul secara efektif.

Muhammad bin Kamarulazizi

Study Visit ke Rumah Zakat: Hari Pertama

Tarikh: 3 May 2010
Lokasi: Ibu Pejabat Rumah Zakat, Bandung Indonesia

Pertama kali saya menjejak kaki ke Indonesia dan destinasi saya yang pertama ialah Bandung, ibu pejabat kepada rakan NGO Muslim Aid iaitu Rumah Zakat. Saya bersama Amir, rakan setugas di Muslim Aid berpeluang untuk menimba pengalaman untuk belajar dengan Rumah Zakat tentang operasi, pembangunan program, pengumpulan dana dan promosi. Alhamdulillah kami tiba di Bandung pada 2 May 2010 dan telah disambut oleh wakil Rumah Zakat, Pak Diki.

Keesokan harinya, Sister Maelany dari bahagian International Philanthropist Rumah Zakat membawa kami ke ibu pejabat Rumah Zakat untuk berkongsi tentang latar belakang NGO masing-masing. Kami disambut dengan baik dan terus dibawa ke bilik mesyuarat. Pejabat Rumah Zakat nampak sederhana, tetapi layanan yang diberikan adalah first class! Presentation tentang latar belakang Rumah Zakat telah disampaikan oleh Dr. Pamungkas yang merupakan Chief Corporate Funding Officer yang bertanggungjawab dalam hal ehwal dana Rumah Zakat.

perbincangan di bilik mesyuarat Rumah Zakat

dari kiri, sister Maelany, Pak Diki, Pak Trieha, saya dan Amir

Rumah Zakat ini mempunyai misi dan visi yang jelas. Apa yang saya kagumi dengan Rumah Zakat ialah kebolehan pihak pengurusan menerapkan misi dan visi kepada semua staf Rumah Zakat. Setiap staf Rumah Zakat amat memahami objektif yang ingin dicapai untuk jangka masa pendek dan panjang.

Kini Rumah Zakat didalam proses 'rebranding' beralih dari Rumah Zakat Indonesia ke Rumah Zakat. Tema yang digunakan ialah Juara. Juara didalam segala bidang yang mereka rancang dan laksanakan. Penggunaan perkataan Juara ini merupakan salah satu cara untuk melakukan anjakan paradigma kepada penerima bantuan dan juga staf di Rumah Zakat. Nampak 'simple' tetapi sebuah cabaran yang agak besar dan pencapaiannya setakat ini, saya lihat agak berjaya. Akan saya kongsi lagi dalam posting yang akan datang tentang sistem Rumah Zakat yang amat teratur dan efisyen:)

Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, February 19, 2008

Program Aqiqah bersama Muslim Aid Asia

Kelahiran seorang anak memang dinantikan sesebuah keluarga demi menambah kebahagiaan rumahtangga. Hukum aqiqah adalah sunat Mu'akkadah yakni sunat yang sangat dituntut dan kerana itu amalam aqiqah harus difahami dan dihayati agar hikmahnya dapat dicapai

Hikmah Aqiqah
  1. Melahirkan rasa kesyukuran kerana mendapat zuriat
  2. Membiasakan masyarakat Muslim dengan pemakanan 'halaalan thoiyibba' sejak bayi lagi untuk membentuk kemantapan aqidah
  3. Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Muslim di seluruh dunia.

Aqiqah bersama Muslim Aid Asia

Muslim Aid mempunyai rangkaian hampir di seluruh dunia dan mudah untuk menyaring bakal penerima bantuan demi memastikan perlaksanaan bantuan sampai kepada sasaran. Peserta hanya perlu mengisi borang yang disediakan berserta kosnya, InsyaAllah langkah seterusnya pihak Muslim Aid akan uruskan.

Dengan kos sebanyak RM350 untuk seekor kambing, pihak Muslim Aid akan melakukan penyembelihan di tempat-tempat terpilih, dimasak dan diagihkan kepada penduduk miskin setempat. Muslim Aid menawarkan perkhidmatan aqiqah untuk perlaksanaan di Bangladesh, Indonesia dan Kemboja.

Setelah segala proses aqiqah selesai, pihak MAA akan mengeluarkan sijil yang tertulis nama anak beserta gambar penyembelihan aqiqah. Pada yang berminat untuk melakukan ibadah aqiqah ini, boleh hubungi pihak Muslim Aid ditalian 03-2288 1996 (Ida @ Ilham)

Pada yang berminat, bleh sertakan

Nama penuh:
Nama anak utk diaqiqah:
Utk lelaki atau perempuan:
Alamat rumah:
No contact:
Dari mana anda peroleh info aqiqah ini:
Cara pembayaran:


dan emailkan kepada mail@muslimaidasia.com

atau boleh mendapatkan brochure di sini
Download brochure aqiqah

atau boleh layari blog aqiqah Muslim Aid untuk lebih lanjut
http://aqiqahmuslimaid.blogspot.com/

Pada yang mempunyai blog, anda boleh juga iklankan program aqiqah ini di blog anda. Semoga anda juga mendapat hasanah di akhirat kelak, insyaAllah


-Ida-
Admin Muslim Aid Asia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...