About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label nona tv3. Show all posts
Showing posts with label nona tv3. Show all posts

Thursday, September 1, 2016

Projek Batu Merdeka Anak Pelarian Raikan Kemerdekaan Malaysia ke 59


Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke 59, pihak Kindness Malaysia mengambil kesempatan untuk bersama-sama dengan anak-anak pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim meraikan hari yang bersejarah bagi rakyat Malaysia. Biar pun anak-anak ini merupakan pelarian dari Myanmar, ini tidak menghalang mereka untuk turut bersama meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 59. Bagi anak-anak ini yang sudah tinggal di Malaysia sekian lama, perasaan cintakan negara baru ini sudah lama tersemat dalam diri mereka.

Keamanan yang dikecapi di negara kita ini membuatkan mereka selesa untuk berada di Malaysia walaupun status mereka sebagai status pelarian. Majoriti pelarian ini beragama Islam dan ini lebih mudah bagi mereka untuk menjalani kehidupan seharian mereka sebagai orang Islam.

sukarelawan Kindness Malaysia bersama anak-anak Madrasah Hashimiah

Ustaz Hashim pengetua Madrasah Hashimiah turut ada sekali

Uyaina dari Nona TV3 memeriahkan lagi suasana

anak-anak Madrasah Hashimiah menunjukkan bakat masing-masing

Bersempena hari bersejarah ini, Kindness Malaysia telah mengadakan Projek Batu Merdeka bersama anak-anak pelarian Madrasah Hashimiah. Konsep yang mudah dimana mereka akan menulis mesej kebaikan dengan tema merdeka. Lebih 40 orang anak yatim dan miskin ini terlibat menunjukkan bakat masing-masing dengan melukis di atas batu sungai dan juga kad manila. Batu ini kemudiannya akan diletakkan di tempat awam seperti hentian bas dan lrt untuk menggembirakan orang yang membaca mesej pada batu tersebut.

hasil Projek Batu Merdeka

Lagi hasil dari anak-anak Madrasah Hashimiah
Turut hadir Uyaina dari Nona TV3 memeriahkan lagi aktiviti di malam merdeka tersebut. Pihak Kindness Malaysia mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan yang terlibat, juga kepada para dermawan yang baik hati menaja aktiviti kebaikan kali ini. Bagi yang berminat untuk turut serta dengan aktiviti Kindness Malaysia, boleh layari terus www.facebook.com/kindness.my.

Mendapat liputan dalam Harian Metro


Projek ini tersiar dalam Harian Metro 6 September 2016 dan Rancangan Nona TV3 pada 4 September 2016.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia

Saturday, June 13, 2015

Nona Manis Kongsikan Kegembiraan Bersama Anak-anak Madrasah Hashimiah



Tiga pengacara finalis dari Nona Manis iaitu Uyaina, Maryam dan Edora telah memilih Madrasah Hashimiah sebagai tempat untuk mereka lakukan aktiviti kebajikan. Perancangan dilakukan kurang dari seminggu dan finalis pengacara Nona ini bertungkus lumus untuk dapatkan dana serta sumbangan untuk disalurkan kepada Madrasah Hashimiah.

Aktiviti bersama anak-anak Madrasah Hashimiah telah dijalankan pada 12 Jun 2015 yang lalu bermula dari awal pagi hingga ke peringkat petang. Pada awal pagi, rakaman anak-anak Hashimiah sedang belajar dilakukan dan menjelang tengahari semua warga penghuni Madrasah dijamu dengan nasi ayam. Pada sebelah tengahari pula, semua ke masjid untuk solat Jumaat dan aktiviti seterusnya iaitu pertandingan mewarna dimulakan pada jam 2.30 petang. Anak-anak Hashimiah terutama sekali yang dibawah umur 12 tahun menunjukkan minat yang sangat tinggi dalam mewarna. Bukan selalu anak-anak ini berpeluang untuk mewarna.

anak-anak Hashimiah menunjukkan bakat mewarna

Maryam dari Nona Manis

Badut menghiburkan anak-anak Hashimiah

Pada jam 4 petang, aksi badut dengan belon menghiburkan anak-anak Hashimiah dan diakhiri dengan tahlil dan solat Asar. Aktiviti yang dijalankan ini juga  dibantu oleh sukarelawan dari Kindness Malaysia sejajar dengan slogan Dari Semua Untuk Semua. Tempoh empat hari pengumpulan dana oleh tiga orang pengacara finalis Nona Manis ini boleh dibanggakan. Sebuah vacuum cleaner yang sangat diperlukan oleh pihak Madrasah Hashimiah juga telah disumbangkan oleh team Nona Manis ini.

hadiah disampaikan oleh Uyaina dari Nona Manis

Edora bersama anak-anak Hashimiah
vacuum cleaner disampaikan kepada wakil Madrasah Hashimiah


Pihak Kindness Malaysia dan Madrasah Hashimiah mengucapkan tahniah dan terima kasih atas aktiviti kebaikan yang dijalankan bersama warga penghuni Madrasah. Dan harapannya finalis Nona Manis iaitu Uyaina, Maryam dan Edora akan terus berjaya dalam bidang pengacaraan dan teruskan melakukan kebaikan tidak kira tempat, masa atau pada sesiapa pun.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindess Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Wednesday, September 11, 2013

Projek Cadar Bersama Penghuni Badan Kebajikan Siti Khadijah


Projek Cadar anjuran Kindness.my diteruskan lagi dan kali ini penerimanya ialah warga penghuni Badan Siti Khadijah, Kota Damansara. Tiga puluh set cadar telah disampaikan kepada mereka dan fundraising yang dilakukan hanya mengambil masa kurang dari tiga hari. Respon daripada orang ramai cukup memberansangkan apabila team Kindness.my memuatnaikkan poster untuk Projek Cadar ini.

Jenis kualiti cadar juga dipilih dengan teliti bagi memastikan keselesaan penerima manfaat ini. Kain 100% cotton dipilih dengan harga istimewa dimana harga asal bagi setiap cadar ini hampir RM200, namun begitu harga yang kami dapat hanyalah RM29.90.


anak-anak BKSK dengan sumbangan cadar baru

harga asal cadar RM189

poster yang dimuatnaik dalam Facebook


Projek Kindness.my dapat liputan di rancangan Nona TV3

InsyaAllah lebih banyak projek untuk sebarkan kebaikan akan dilakukan bukan sahaja di Kuala Lumpur, tetapi di negeri-negeri lain. Sertai perancangan projek Kindness.my dengan menyertai kumpulan sukarelawan Kindness.my dan like fanpage Kindness.my sebagai tanda sokongan anda untuk menyebarkan kebaikan.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness.my
www.facebook.com/kindness.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...