Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke 59, pihak Kindness Malaysia mengambil kesempatan untuk bersama-sama dengan anak-anak pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim meraikan hari yang bersejarah bagi rakyat Malaysia. Biar pun anak-anak ini merupakan pelarian dari Myanmar, ini tidak menghalang mereka untuk turut bersama meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 59. Bagi anak-anak ini yang sudah tinggal di Malaysia sekian lama, perasaan cintakan negara baru ini sudah lama tersemat dalam diri mereka.
Keamanan yang dikecapi di negara kita ini membuatkan mereka selesa untuk berada di Malaysia walaupun status mereka sebagai status pelarian. Majoriti pelarian ini beragama Islam dan ini lebih mudah bagi mereka untuk menjalani kehidupan seharian mereka sebagai orang Islam.
sukarelawan Kindness Malaysia bersama anak-anak Madrasah Hashimiah |
Ustaz Hashim pengetua Madrasah Hashimiah turut ada sekali |
Uyaina dari Nona TV3 memeriahkan lagi suasana |
anak-anak Madrasah Hashimiah menunjukkan bakat masing-masing |
Bersempena hari bersejarah ini, Kindness Malaysia telah mengadakan Projek Batu Merdeka bersama anak-anak pelarian Madrasah Hashimiah. Konsep yang mudah dimana mereka akan menulis mesej kebaikan dengan tema merdeka. Lebih 40 orang anak yatim dan miskin ini terlibat menunjukkan bakat masing-masing dengan melukis di atas batu sungai dan juga kad manila. Batu ini kemudiannya akan diletakkan di tempat awam seperti hentian bas dan lrt untuk menggembirakan orang yang membaca mesej pada batu tersebut.
hasil Projek Batu Merdeka |
Lagi hasil dari anak-anak Madrasah Hashimiah |
Turut hadir Uyaina dari Nona TV3 memeriahkan lagi aktiviti di malam merdeka tersebut. Pihak Kindness Malaysia mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan yang terlibat, juga kepada para dermawan yang baik hati menaja aktiviti kebaikan kali ini. Bagi yang berminat untuk turut serta dengan aktiviti Kindness Malaysia, boleh layari terus www.facebook.com/kindness.my.
Mendapat liputan dalam Harian Metro |
Projek ini tersiar dalam Harian Metro 6 September 2016 dan Rancangan Nona TV3 pada 4 September 2016.
Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
0 comments:
Post a Comment