Tiga pengacara finalis dari Nona Manis iaitu Uyaina, Maryam dan Edora telah memilih Madrasah Hashimiah sebagai tempat untuk mereka lakukan aktiviti kebajikan. Perancangan dilakukan kurang dari seminggu dan finalis pengacara Nona ini bertungkus lumus untuk dapatkan dana serta sumbangan untuk disalurkan kepada Madrasah Hashimiah.
Aktiviti bersama anak-anak Madrasah Hashimiah telah dijalankan pada 12 Jun 2015 yang lalu bermula dari awal pagi hingga ke peringkat petang. Pada awal pagi, rakaman anak-anak Hashimiah sedang belajar dilakukan dan menjelang tengahari semua warga penghuni Madrasah dijamu dengan nasi ayam. Pada sebelah tengahari pula, semua ke masjid untuk solat Jumaat dan aktiviti seterusnya iaitu pertandingan mewarna dimulakan pada jam 2.30 petang. Anak-anak Hashimiah terutama sekali yang dibawah umur 12 tahun menunjukkan minat yang sangat tinggi dalam mewarna. Bukan selalu anak-anak ini berpeluang untuk mewarna.
anak-anak Hashimiah menunjukkan bakat mewarna |
Maryam dari Nona Manis |
Badut menghiburkan anak-anak Hashimiah |
Pada jam 4 petang, aksi badut dengan belon menghiburkan anak-anak Hashimiah dan diakhiri dengan tahlil dan solat Asar. Aktiviti yang dijalankan ini juga dibantu oleh sukarelawan dari Kindness Malaysia sejajar dengan slogan Dari Semua Untuk Semua. Tempoh empat hari pengumpulan dana oleh tiga orang pengacara finalis Nona Manis ini boleh dibanggakan. Sebuah vacuum cleaner yang sangat diperlukan oleh pihak Madrasah Hashimiah juga telah disumbangkan oleh team Nona Manis ini.
hadiah disampaikan oleh Uyaina dari Nona Manis |
Edora bersama anak-anak Hashimiah |
vacuum cleaner disampaikan kepada wakil Madrasah Hashimiah |
Pihak Kindness Malaysia dan Madrasah Hashimiah mengucapkan tahniah dan terima kasih atas aktiviti kebaikan yang dijalankan bersama warga penghuni Madrasah. Dan harapannya finalis Nona Manis iaitu Uyaina, Maryam dan Edora akan terus berjaya dalam bidang pengacaraan dan teruskan melakukan kebaikan tidak kira tempat, masa atau pada sesiapa pun.
Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindess Malaysia
www.facebook.com/kindness.my
0 comments:
Post a Comment