About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Saturday, June 20, 2015

Projek TajaMereka yang Pertama Berlangsung Dengan Jayanya



Bulan Ramadan merupakan bulan dimana orang ramai berpusu-pusu untuk melakukan kebaikan. Kindness Malaysia kembali dengan Projek TajaMereka dan aktiviti yang pertama telah berlangsung di Madrasah Hashimiah dengan meraikan 100 anak-anak yatim dan miskin pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. 

anak-anak Madrasah Hashimiah menunggu waktu berbuka puasa

anak-anak Madrasah Hashimiah menjamu selera


Menurut pengerusi Kindness Malaysia, Encik Diwan Abdu Rahman, "Projek TajaMereka ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menaja mereka yang memerlukan berbuka puasa dan pada masa yang sama para penderma dapat berbuka sekali dengan mereka." Lebih dua puluh lokasi Projek TajaMereka dipilih di seluruh negara bagi meraikan anak-anak yatim dan miskin, warga ibu tunggal, komuniti pelarian dan juga warga miskin bandar.

sumbangan disampaikan oleh pengerusi Kindness Malaysia, Diwan Abd Rahman kepada pengetua Madrasah Hashimiah, Ustaz Hafiz Hashim

anak-anak Madrasah Hashimiah bersama penderma

Penderma menyampaikan sumbangan kepada anak Madrasah Hashimiah

kegembiraan di wajah anak-anak Madrasah Hashimiah

para penderma yang hadir


Menurut Puan Noridah yang merupakan penaja Projek TajaMereka, pengalaman para penderma berbuka puasa dengan anak-anak yatim pelarian ini merupakan pengalaman yang cukup berharga. Kita dapat merasai makanan yang sama yang dimakan oleh anak-anak yatim ini. Projek TajaMereka ini juga menghubungkan silaturrahim diantara penaja dan penerima manfaat. Sambil berbuka puasa, para penderma dapat beramah mesra dengan anak-anak yatim ini. Selesai berbuka puasa, duit raya dihulurkan kepada anak-anak yatim. Sumbangan dalam bentuk barang dapur serta keperluan lain juga diberikan kepada pengurusan rumah kebajikan tersebut. Program diakhiri dengan solat tarawih berjemaah dan jamuan moreh.

mendapat liputan di Harian Metro 30 Jun 2015


Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...