About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label internship. Show all posts
Showing posts with label internship. Show all posts

Sunday, November 1, 2015

Projek Beli oleh Kindness Malaysia Versi 2


1 Oktober 2015 Ini adalah Projek Beli versi kedua yang dilakukan oleh saya, Ain trainee di Kindness Malaysia, Azra sukarelawan yang baru sahaja tingkatan empat dari SMK Setapak Indah serta En Muhammad yang juga pengasas Kindness Malaysia. Projek Beli kali ini telah dilakukan di Danau Kota iaitu bertempat di Mali's Restoran. Kali ini kita tolong makcik yang jual kerepek dari meja ke meja.Kak Nor mempunyai 3 orang anak dan tinggal di Kuala Selangor.

Mengikut dari cerita Kak Nor, semenjak dua tiga hari ini, jualan kerepek Kak Nor kurang mendapat sambutan kerana hari hujan dan kurang mendapat pelanggan.Tetapi Kak Nor tidak berputus asa untuk meneruskan jualan dia dan berdoa moga Allah permudahkan urusannya serta murahkan rezeki dia. 

Kak Nor sedang menawarkan hasil jualannya
Ketika Kak Nor datang ke meja saya untuk menawarkan kerepeknya, dia tersenyum dan bertanya jika saya ingin mebeli kerepeknya. Saya memberitahu bahawa saya akan membeli semua kerepeknya. Dia kelihatan sangat gembira dan menangis kerana tidak sangka. Dia bersyukur dan mendoakan moga kami semua dimurahkan rezeki. Jumlah kerepek yang Kak Nor jual adalah bernilai RM 170. Ketika saya menghulurkan wang kepada Kak Nor, dia kelihatan sangat gembira sehingga mengalirkan airmata.   

Kak Nor menunjukkan jenis kerepek yang dijual

Saya memberikan wang kepada Kak Nor setelah membeli semua kerepek

Kak Nor menitiskan airmata sambil mengucapkan syukur
Setelah membeli kerepek, kami belanja Kak Nor makan Char Kuey Teow dan dia sangat gembira serta bersyukur kerana dimurahkan rezeki hari ini. Semasa makan dia menceritakan tentang latar belkangnya erta tentang ketiga-tiga anaknya yang masih belajar.

Kak Nor makan Char Kuey Tiow
Sebelum Kak Nor pulang, kami sempat bersalaman serta memeluk Kak Nor, sekali lagi dia mendoakan semoga kami dimurahkan rezeki.

Sebelum Kak Nor pulang
Kami juga mendoakan supaya Kak Nor murah rezeki serta diberikan kesihatan yang baik dalam mencari rezeki yang halal untuk ahli keluarganya. Semoga dengan pertolongan kecil ini dapat membantu Kak Nor sekeluarga. Mudah-mudahan.

Bergambar bersama Kak Nor
Dalam pembikinan Projek Beli versi 2 ini, kami menghadapi cabaran untuk memilih lagu latar kerana kebanyakan lagu yang popular adalah hakmilik artis tertentu atau mempunyai copyright. Oleh yang demikian kami telah menggunakan lagu Neon Malap oleh Atikah Nazron yang merupakan anak Chow Kit yang berbakat. Atikah Nazron ini dibesarkan di Chow Kit dan telah menghasilkan beberapa lagu dan lirik sendiri. Biarpun mendapat kritikan daripada orang ramai tentang kesesuaian lagu dengan video yang dihasilkan, usaha untuk menggilap bakat Atikah Nazron akan tetap diteruskan. 

Lima buah kamera digunakan untuk pembikinan Projek Beli versi 2. Nikon DSLR digunakan untuk rakaman close up, serta empat buah smartphone iaitu model Iphone 5, Sony Z1, Samsung Note 4 dan Samsung E7. Suntingan pula menggunakan perisian Windows Movie Maker dan tambahan watermark logo Kindness Malaysia menggunakan perisian Sony Vegas Pro versi 11.

Semoga projek beli ini dapat memberi inspirasi kepada orang lain dan supaya dapat dipratikkan juga. Semoga pertolongan ini dapat memberi makna yang besar untuk mereka. Terima kasih Kindness Malaysia kerana memberi satu peluang untuk saya dalam menghasilkan projek ini. Terima kasih juga kepada penaja yang memberi kepercayaan kepada kami untuk terus melakukan dan menyebarkan kebaikan kepada orang ramai. 


Video penuh Projek Beli versi 2 oleh Kindness Malaysia

Iylia Makhtar
Pelajar Latihan Industri
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Friday, October 30, 2015

Projek Beli oleh Kindness Malaysia Versi 1




29 Oktober 2015 Kindness Malaysia telah membuat satu projek iaitu Projek Beli. Projek Beli adalah satu projek dimana kita akan beli semua hasil jualan yang dijual oleh makcik-makcik jual kerepek atau pakcik-pakcikyang menjual tisu. Tujuan projek ini adalah untuk menggembirakan makcik-makcik yang jual kerepek dan untuk melihat bagaimana reaksi mereka jika ada yang membeli semua barang jualan mereka. jadi saya Nur Iylia Makhtar serta pihak Kindness Malaysia telah menjalankan satu projek beli iaitu membeli kerepek. 


Pelajar Uitm Puncak Alam dan menjalani latihan industri di Kindness Malaysia

Alhamdulillah saya diberi satu peluang yang sangat berharga oleh Kindness Malaysia untuk buat satu projek yang dapat kita sebarkan kebaikan kepada orang ramai. Projek beli ini adalah untuk menujukkan bagaimana reaksi penjual jika kita beli semua jualan dia. Di samping itu juga, sedikit sebanyak kita dapat membantu mereka untuk mendapatkan hasil yang halal.

Kami berhasrat mencari seorang makcik yang menjual kerepek di sekitar Madrasah Hashimiah (Selayang) dan kami telah dengan makcik Jamilah yang sedang bernoaga di hadapan CIMB selayang.Kami terus pergi untuk membeli kerepek dengan makcik Jamilah dan bila kami mengatakan yang kami akan beli semua, dia sangat gembira dan berterima kasih.

Jumlah kerepek yang kami beli adalah sebanyak RM260

Makcik Jamilah sangat gembira dan melalui apa yang diceritakan oleh makcik Jamilah, biasanya dia akan pulang dari menjual kerepek pada pukul 10 malam. Tetapi pada hari ini, dia dapat pulang awal kerana barang jualan makcik Jamilah habis awal.

Makcik Jamilah dapat pulang awal


Setelah kami belanja makcik Jamilah makan tengahari, kami meminta diri untuk balik ke pejabat untuk meyambung kerja. Makcik Jamilah mendoakan kami semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan sepanjang kami bersama makcik Jamilah dia tersenyum dan sangat gembira.

Kami salam dan peluk makcik Jamilah
Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat membantu meringankan beban makcik Jamilah dan semoga jualan makcik Jamilah bertambah serta dimurahkan rezeki. Amin. Semoga Projek Beli ini dapat memberi inspirasi kepada masyarakat untuk membantu orang lain terutamanya yang susah. Jom kita sama-sama sebarkan kebaikan.


Video penuh Projek Beli oleh Kindness Malaysia

Iylia Makhtar
Pelajar Latihan Industri
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...