1 Oktober 2015 Ini adalah Projek Beli versi kedua yang dilakukan oleh saya, Ain trainee di Kindness Malaysia, Azra sukarelawan yang baru sahaja tingkatan empat dari SMK Setapak Indah serta En Muhammad yang juga pengasas Kindness Malaysia. Projek Beli kali ini telah dilakukan di Danau Kota iaitu bertempat di Mali's Restoran. Kali ini kita tolong makcik yang jual kerepek dari meja ke meja.Kak Nor mempunyai 3 orang anak dan tinggal di Kuala Selangor.
Mengikut dari cerita Kak Nor, semenjak dua tiga hari ini, jualan kerepek Kak Nor kurang mendapat sambutan kerana hari hujan dan kurang mendapat pelanggan.Tetapi Kak Nor tidak berputus asa untuk meneruskan jualan dia dan berdoa moga Allah permudahkan urusannya serta murahkan rezeki dia.
Kak Nor sedang menawarkan hasil jualannya |
Ketika Kak Nor datang ke meja saya untuk menawarkan kerepeknya, dia tersenyum dan bertanya jika saya ingin mebeli kerepeknya. Saya memberitahu bahawa saya akan membeli semua kerepeknya. Dia kelihatan sangat gembira dan menangis kerana tidak sangka. Dia bersyukur dan mendoakan moga kami semua dimurahkan rezeki. Jumlah kerepek yang Kak Nor jual adalah bernilai RM 170. Ketika saya menghulurkan wang kepada Kak Nor, dia kelihatan sangat gembira sehingga mengalirkan airmata.
Kak Nor menunjukkan jenis kerepek yang dijual |
Saya memberikan wang kepada Kak Nor setelah membeli semua kerepek |
Kak Nor menitiskan airmata sambil mengucapkan syukur |
Setelah membeli kerepek, kami belanja Kak Nor makan Char Kuey Teow dan dia sangat gembira serta bersyukur kerana dimurahkan rezeki hari ini. Semasa makan dia menceritakan tentang latar belkangnya erta tentang ketiga-tiga anaknya yang masih belajar.
Kak Nor makan Char Kuey Tiow |
Sebelum Kak Nor pulang, kami sempat bersalaman serta memeluk Kak Nor, sekali lagi dia mendoakan semoga kami dimurahkan rezeki.
Sebelum Kak Nor pulang |
Kami juga mendoakan supaya Kak Nor murah rezeki serta diberikan kesihatan yang baik dalam mencari rezeki yang halal untuk ahli keluarganya. Semoga dengan pertolongan kecil ini dapat membantu Kak Nor sekeluarga. Mudah-mudahan.
Bergambar bersama Kak Nor |
Dalam pembikinan Projek Beli versi 2 ini, kami menghadapi cabaran untuk memilih lagu latar kerana kebanyakan lagu yang popular adalah hakmilik artis tertentu atau mempunyai copyright. Oleh yang demikian kami telah menggunakan lagu Neon Malap oleh Atikah Nazron yang merupakan anak Chow Kit yang berbakat. Atikah Nazron ini dibesarkan di Chow Kit dan telah menghasilkan beberapa lagu dan lirik sendiri. Biarpun mendapat kritikan daripada orang ramai tentang kesesuaian lagu dengan video yang dihasilkan, usaha untuk menggilap bakat Atikah Nazron akan tetap diteruskan.
Lima buah kamera digunakan untuk pembikinan Projek Beli versi 2. Nikon DSLR digunakan untuk rakaman close up, serta empat buah smartphone iaitu model Iphone 5, Sony Z1, Samsung Note 4 dan Samsung E7. Suntingan pula menggunakan perisian Windows Movie Maker dan tambahan watermark logo Kindness Malaysia menggunakan perisian Sony Vegas Pro versi 11.
Semoga projek beli ini dapat memberi inspirasi kepada orang lain dan supaya dapat dipratikkan juga. Semoga pertolongan ini dapat memberi makna yang besar untuk mereka. Terima kasih Kindness Malaysia kerana memberi satu peluang untuk saya dalam menghasilkan projek ini. Terima kasih juga kepada penaja yang memberi kepercayaan kepada kami untuk terus melakukan dan menyebarkan kebaikan kepada orang ramai.
0 comments:
Post a Comment