About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label aqiqah. Show all posts
Showing posts with label aqiqah. Show all posts

Tuesday, October 15, 2013

Ibadah Qurban dan Aqiqah Bersama Madrasah Hashimiah


Alhamdulillah, hari ini berkesempatan menyambut Aidiladha bersama adik-adik Madrasah Hashimiah di Selayang. Maklumlah cuti hanya sehari dan terpaksa bercuti di Kuala Lumpur. Selesai solat raya, saya terus ke Selayang untuk lihat apa yang boleh dibantu di sana. Kelihatan di sekitar Pasar Borong Selayang terdapat lebih 10 lokasi penyembelihan qurban.

daging qurban siap untuk diagihkan

anak Malaysia
 Setibanya di Madrasah Hashimiah, sudah kelihatan ramai yang melapah. Tahun ini alhamdulillah, dua ekor lembu dan seekor kambing ditumbangkan. Lembu kali ini saiznya agak besar, dan beratnya hampir setengah tan (hampir 500kg). Menjelang tengahari, seluruh komuniti pelarian Myanmar Muslim dan Rohingya dihidangkan makanan tengahari dan setiap yang datang diberi sebungkus daging. Ustaz Hashim yang juga pengetua Madrasah Hashimiah ini amat mementingkan kualiti lembu atau kambing yang dipilih. Katanya ibadah qurban mahupun aqiqah ini adalah amanah yang diberikan kepadanya. Saya sangat mengenalinya dan jenis lembu dan kambing pasti memuaskan. Lembu yang besar dan sihat dapat dapat menghasilkan daging yang banyak dan lebih ramai dapat menerima daging qurban yang segar.

bergaya dengan baju raya

pulang gembira dengan daging qurban
Bagi yang mempunyai hajat untuk melakukan aqiqah untuk diri sendiri atau untuk anak-anak, boleh lakukannya dengan Madrasah Hashimiah. Kos untuk seekor kambing ialah antara RM1000 hingga RM1200 termasuk penyembelihan dan memasak. Daging ini pula akan dinikmati oleh anak-anak Madrasah Hashimiah yang juga terdiri daripada anak-anak yatim dan miskin pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Untuk yang berminat, boleh hubungi saya terus di 0123377195.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness.my
www.facebook.com/kindness.my

Wednesday, May 8, 2013

Majlis Aqiqah di Madrasah Hashimiah


Alhamdulillah, majlis Aqiqah puteri saya selamat di jalankan di Madrasah Hashimiah, Selayang. Majlis berlangsung pada 1 Mei 2013 yang lepas turut dihadiri sukarelawan dari Kindness.my. Majlis bermula selepas Zohor dengan sesi mencukur rambut, bertahnik, menyembelih kambing dan jamuan aqiqah bersama-sama tetamu dan anak-anak di madrasah.


jamuan bersama tetamu dan penghuni Madrasah Hashimiah

Bacaan doa dan tahnik selepas bercukur
tetamu bersama Nabila Muhammad

Saya bersyukur kerana dapat dilakukan bersama dengan Ustaz Hashim yang juga pengetua Madrasah Hashimiah bersama anak-anak yatim dan pelarian ini. Doa dan amin dari anak-anak ini semasa Ustaz Hashim mendoakan puteri saya agak mengharukan. InsyaAllah Nabila binti Muhammad menjadi srikandi dan berjaya di dunia dan akhirat, insyaAllah.


Pada yang mungkin bertanya berapa anggaran kos untuk melakukan aqiqah di Madrasah Hashimiah, harga seekor kambing yang sihat, ialah dalam lingkungan RM900-RM950. Untuk upah sembelih serta kenduri kecil bersama anak-anak yatim, kosnya dalam lingkungan RM1500. Pada yang berminat, boleh email saya di matt@kindness.my

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, November 4, 2009

Hadiah Aqiqah


Hampir setiap sama telefon berbunyi dimana orang ramai menghubungi pejabat Muslim Aid untuk mengetahui dengan lebih lanjut program Qurban For Life (Q4L). Dan pada tengahari tadi saya terima sms dari salah seorang sukarelawan Muslim Aid di UIA mengatakan ada seorang hamba Allah ini ingin menyumbangkan daging aqiqah anaknya untuk mereka yang memerlukan. Saya terus menghubungi hamba Allah tersebut, dan rupanya dia seorang foreigner dari Maldives, juga bekas graduan UIA.

Nizam dari Maldives menyumbangkan daging aqiqah anaknya

Saya telah dijemput ke rumahnya untuk mendapatkan daging tersebut. Dianggar hampir 40 kilo daging kambing telah diberi. Setelah mendapatkan daging tersebut, saya terus ke Selayang dan sebahagian daripada daging aqiqah tersebut diberikan kepada anak-anak yatim warga Rohingya. Saya tahu, tak selalu warga Rohingya ini dapat makan daging, selalunya makanan mereka lebih kepada bijirin. Hampir 30 kilo diagihkan kepada warga Rohingya sebelum saya menghantar baki daging tersebut ke Gombak untuk diagihkan kepada keluarga susah di sana.

Esok kembali lagi untuk promosi Q4L. Harapan tahun ini, agar lebih ramai yang dapat bersama-sama dengan Muslim Aid dalam program Qurban For Life.

Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, February 19, 2008

Program Aqiqah bersama Muslim Aid Asia

Kelahiran seorang anak memang dinantikan sesebuah keluarga demi menambah kebahagiaan rumahtangga. Hukum aqiqah adalah sunat Mu'akkadah yakni sunat yang sangat dituntut dan kerana itu amalam aqiqah harus difahami dan dihayati agar hikmahnya dapat dicapai

Hikmah Aqiqah
  1. Melahirkan rasa kesyukuran kerana mendapat zuriat
  2. Membiasakan masyarakat Muslim dengan pemakanan 'halaalan thoiyibba' sejak bayi lagi untuk membentuk kemantapan aqidah
  3. Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Muslim di seluruh dunia.

Aqiqah bersama Muslim Aid Asia

Muslim Aid mempunyai rangkaian hampir di seluruh dunia dan mudah untuk menyaring bakal penerima bantuan demi memastikan perlaksanaan bantuan sampai kepada sasaran. Peserta hanya perlu mengisi borang yang disediakan berserta kosnya, InsyaAllah langkah seterusnya pihak Muslim Aid akan uruskan.

Dengan kos sebanyak RM350 untuk seekor kambing, pihak Muslim Aid akan melakukan penyembelihan di tempat-tempat terpilih, dimasak dan diagihkan kepada penduduk miskin setempat. Muslim Aid menawarkan perkhidmatan aqiqah untuk perlaksanaan di Bangladesh, Indonesia dan Kemboja.

Setelah segala proses aqiqah selesai, pihak MAA akan mengeluarkan sijil yang tertulis nama anak beserta gambar penyembelihan aqiqah. Pada yang berminat untuk melakukan ibadah aqiqah ini, boleh hubungi pihak Muslim Aid ditalian 03-2288 1996 (Ida @ Ilham)

Pada yang berminat, bleh sertakan

Nama penuh:
Nama anak utk diaqiqah:
Utk lelaki atau perempuan:
Alamat rumah:
No contact:
Dari mana anda peroleh info aqiqah ini:
Cara pembayaran:


dan emailkan kepada mail@muslimaidasia.com

atau boleh mendapatkan brochure di sini
Download brochure aqiqah

atau boleh layari blog aqiqah Muslim Aid untuk lebih lanjut
http://aqiqahmuslimaid.blogspot.com/

Pada yang mempunyai blog, anda boleh juga iklankan program aqiqah ini di blog anda. Semoga anda juga mendapat hasanah di akhirat kelak, insyaAllah


-Ida-
Admin Muslim Aid Asia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...