About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label Riders Malaya Community. Show all posts
Showing posts with label Riders Malaya Community. Show all posts

Saturday, September 5, 2009

Fast 2 Feed 1430/2009 Episod 2


Alhamdulillah Fast 2 Feed (F2F) Episod 2 telah selesai dengan jayanya bertempat di ASDAF. Hampir 50 orang penaja telah turut hadir untuk berbuka puasa bersama anak-anak ASDAF yang telah mereka taja. Program F2F kali ini juga telah mendapat penajaan dari katerer (Peja) yang telah menawarkan harga yang amat murah bagi program Ramadhan ini. Program Fast 2 Feed ini merupakan program tahunan anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia dimana orang ramai berpeluang untuk menaja anak-anak yatim atau miskin dan berbuka sekali dengan mereka. Semoga dengan program sebegini dapat mengeratkan ukhwah dikalangan orang ramai dan anak-anak yatim/miskin ini.

Saipul dari Riders Malaya Community (RMC) bersama anak ASDAF yang ditajanya

majlis berbuka dibantu oleh Tuan Haji Rafie, ahli lembaga penasihat Muslim Aid

adik kepada salah seorang anak ASDAF

penaja dari Riders Malaya Community

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Monday, June 1, 2009

Program Kesedaran Remaja Felda


Lokasi: SMK Jelai Felda di Gemas Negeri Sembilan
Tarikh: 29-31 May 2009
Penganjur: Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid), Yayasan Muslimin, Perimu, Penawar Warisan Selangor dan Kuala Lumpur, dan Riders Malaya Community

Alhamdulillah, selesai Program Kesedaran Remaja Felda di SMK Jelai Felda di Gemas Negeri Sembilan. Program kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan pelajar SMK Jelai Felda. Pada awalnya, kami diberitahu hanya 80 orang pelajar sahaja yang akan terlibat, tetapi atas permintaan yang menggalakkan, jumlah pelajar telah melebihi 100 orang telah terlibat dengan program kesedaran ini.


latihan dalam kumpulan

fasilitator dari Riders Malaya (RMC)

Program ini merupakan salah satu 'community building' yang telah mendapat sokongan penuh dari Muslim Aid, Yayasan Muslimin yang aktif dengan masalah gejala sosial dikalangan remaja, Riders Malaya Community (RMC) yang merupakan komuniti forum internet yang mengumpulkan peminat-peminat motorsikal dari seluruh Malaysia, Perimu yang bergiat aktif dengan seni dan Penawar Warisan. Program kali ini lebih menumpukan kepada gejala mat rempit yang semakin menular dikalangan remaja dan belia masa kini. Ahli-ahli RMC telah menjadi fasilitator dan contoh kepada para peserta. Mereka berkongsi pengalaman mereka bersama peserta, dan sentiasa menegaskan kegiatan merempit tidak membawa sebarang faedah. Kebanyakan ahli RMC mempunyai kerjaya profesional seperti jurutera, arkitek, peguam dan akauntan telah berperanan membantu para peserta untuk mengenal pasti kebolehan dalam diri masing-masing.

sesi bergambar bersama peserta

pelajar SMK Felda Jelai

aktiviti malam kesenian

Program sebegini diharapkan dapat dikembangkan ke sekolah-sekolah lain agar dapat memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang jati diri dan perancangan hala tuju hidup. Kami dari Muslim Aid mengucapkan terima kasih kepada pengetua SMK Jelai Felda, Tn Hj Omar Ahmad kerana telah memberi peluang kepada Muslim Aid serta komuniti forum RMC dan NGO-NGO lain untuk bersama-bersama berkongsi pengelaman dan pengetahuan dengan anak-anak Felda Jelai.

p/s lebih banyak gambar di sini

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Riders Malaya Community

Monday, August 25, 2008

Bantuan Makanan untuk Rumah Anak Yatim Rohingya

barisan penyumbang dan volunteers

Tarikh: 24 Ogos 2008
Lokasi: Rumah Anak Yatim Rohingya Selayang

Trip kali ini, pihak Muslim Aid Asia dengan kerjasama dengan portal Riders Malaya Community telah menyumbang barang-barang keperluan asas sebagai persediaan berbuka puasa untuk Rumah Anak Yatim Rohingya ini. Kebetulan semasa kami tiba di Selayang, pihak pengurusan Rumah ini sedang mengadakan majlis penyampaian hadiah untuk anak-anak yang berjaya dalam akademik dan tahfiz.

Hasil sumbangan orang ramai, barang-barang tersebut telah disumbangkan kepada Rumah Anak Yatim Rohingya ini
  1. Beras Jati Super Sepcial Tempatan 10kg - 10 kampit
  2. Minyak Masak Labour Oil 5 kg - 6 botol
  3. Gula Halus Giant - 15 paket
  4. Tin Sardin Pertima - 20 tin
  5. Kicap Kipas Udang - 5 botol
  6. Paket Milo Besar - 8 pek
  7. Sos Tomato dan Sos Cili bekas besar - 4 Botol
  8. Susu pekat Teapot - 24 tin
  9. Bawang Merah 1 guni
  10. Ubi Kentang - 1 guni
  11. Vitamin C 100biji - 8 botol
  12. Duit Cash

tetiba mendapat jemputan VIP



rak almari

Terima kasih kepada semua penyumbang dan yang telah memberi sokongan. Moga Allah murahkan rezeki anda sekeluarga, InsyaAllah

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Muslim Aid Asia

Monday, July 7, 2008

Lawatan Bantuan ke Rumah Anak yatim Rohingya Selayang


Tarikh: 6 Julai 2008
Masa: 3.o0pm - 4.30pm
Lokasi: Rumah Anak Yatim dan Tahfiz Quran Hashimiah (Rumah anak yatim pelarian Rohingya), Selayang (Black Area)

sebahagian anak-anak Rohingya

Berkumpul bersama pengetua, Ustaz Hashim

Ustaz Hashim, pengetua Rumah Anak Yatim Rohingya


sempat menjamu minuman

Ahad lepas kami berkesempatan untuk melawat Rumah anak yatim Rohingya di Selayang. Ini kunjungan kami kali kedua. Kunjungan pertama adalah pada bulan Mac yang lepas. Kunjungan kali ini disertai oleh members dari Riders Malaya Community (RMC), team volunteers dari Muslim Aid Asia seperti cik Jennora (Shell), Ika, Ikin dan Sarah dari Kolej Lagenda dan pelajar praktikal Muslim Aid Asia, cik Eyta bersama keluarganya.

wishing tree

amin...

meninggalkan testimonial...

Agak sedih apabila melihat anak-anak pelarian Rohingya ini. Dengan status mereka sebagai pelarian dan tidak mempunyai negara untuk pulang, masa depan mereka agak kelam. Di Malaysia sendiri, mereka tidak dibenarkan untuk bekerja, dan anak-anak Rohingya ini pula tidak mendapat tempat untuk belajar di sekolah harian. Semuanya bergantung kepada hati-hati murni yang sanggup datang mengajar dan memberi sumbangan.

gambar kenangan...

Rumah anak yatim ini tidak diregister kerana kesukaran mereka yang memegang status pelarian. Disebabkan tidak diregister, mereka tidak berkelayakan untuk mendapat sumbangan dari badan NGO dan badan kebajikan. Hasil collection semalam, kami berjaya memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai, daging tin qurban for life dan pakaian untuk anak-anak Rohingya ini.

p/s pada sebelah petangnya, kami terus ke ASDAF untuk bermain bola sepak bersama bola baru yang disumbangkan oleh members Riders Malaya Community. Klik sini untuk maklumat lanjut.

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...