About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

Qurban For Life Tiba di Somalia dan Palestine

 
Penerima di Hebron, Palestine

Alhamdulillah, baru-baru ini kami sudah menerima laporan yang bantuan makanan daging Qurban For Life telah selamat tiba di Somalia dan juga Palestine. Daging qurban yang telah ditinkan ini memberi peluang kepada masyarakat yang memerlukan di sana. Pengagihan telah dilakukan dengan kerjasama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, Muslim Aid UK dan juga Muslim Aid Somalia. Tahniah kepada semua penyertaan Qurban For Life.


 

Penerima yang gembira

Penerima di Somalia

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, November 21, 2012

Misi Bantuan Palestine 2012

 

 
Alhamdulillah, perjalanan kami selamat dalam misi kemanusiaan ke Palestine baru-baru ini. Misi kami adalah misi yang sama seperti tahun lepas dan bantuan serta sumbangan telah bertambah. Bantuan yang telah kami salurkan melalui Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia seperti pakain sejuk, vitamin C, ubat-ubatan dan bantuan makanan Qurban For Life. Kebetulan semasa kami berada di sana, Gaza telah diserang melalui udara dan situasi sulit ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi misi kami ketika berada di Tebing Barat.
 
Bantuan Vitamin C di Hebron
 
Kami masuk ke Palestine melalui Allenby Bridge dan perjalanan di imigresen semuanya lancar. Bantuan pertama disalurkan di Hebron untuk masyarakat Palestine di sana. Kemudian bantuan seterusnya disalurkan di sebuah sekolah yang berada dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa dan juga sebuah lagi sekolah di Jerusalem. Bantuan juga disalurkan kepada masyarakat di Jericho dan Ramallah. Kami ucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada masyarakat Malaysia yang telah salurkan sumbangan untuk saudara kita di Palestine.
 
Pakaian Sejuk
 
 
Sumbangan daging Qurban For Life (Q4L)
 
Kini di Malaysia, kami akan usahakan untuk kumpul lebih banyak dana untuk disalurkan kepada masyarakat Palestine, terutamanya di Gaza. Teruskan usaha anda untuk sokong, sumbang dan 'share' agar lebih ramai dapat menyumbang, dan lebih ramai dapat dibantu. Pada yang berminat untuk menyumbang, boleh salurkan ke akaun CIMB 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Emailkan butiran berikut ke mail@muslimaid.org.my
 
Nama:
Alamat:
No Tel:
Masa dan tarikh transaksi:
Jumlah:
Sila nyatakan sumbangan untuk Misi Palestine
 
Setiap sumbangan akan diberi resit pengecualian cukai Rujukan: LHDN 01/35/42/51/179-6.6487 Tarikh Kuatkuasa 15 Jan 2009. Untuk sebarang pertayaan, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi
 

Monday, December 19, 2011

Sungai Jordan - Tasek Galelei - Tel Aviv


Dalam perjalanan ke Tel Aviv, kami singgah ke Sungai Jordan. Di sini ramai orang kristian dari seluruh negara datang untuk di baptis dengan mandi di Sungai Jordan tersebut. Proses baptis ini dipercayai dapat menyucikan dosa orang kristian.

Sungai Jordan yang mengalir di Israel

ayat dalam kitab Bible (Injil) yang diterjemah dalam pelbagai bahasa

Kemudian perjalanan diteruskan ke Tasek Galelei. Tasek atau dikenali juga sebagai Laut Galelei ini merupakan sumber air yang utama bagi masyarakat Yahudi dan juga Palestine. Pelbagai sejarah dapat dikaji di Tasik Galelei, dan kaum Kristian mempercayai pelbagai peristiwa melibatkan Jesus (Nabi Isa AS) berlaku di Tasek Galelei.

di Tasek Galelei

boat di Tasek Galelei

Sebelum tiba di Tel Avivn kami dibawa ke Caprice, iaitu tempat dimana berlian dibentuk menjadi barang kemas. Lebih 50% daripada berlian di dunia diproses di Israel. Dan pemprosesan berlian ini antara punca pendapatan utama bagi Israel dengan pendapatan selitar USD 8 billion dan sumber utama berlian adalah dari Afrika Selatan.

di hadapan pintu masuk Caprice

salah sebuah masjid di Tel Aviv

di bandar Tel Aviv
Bandar Tel Aviv

Kami tiba di Tel Aviv sekitar jam 8 malam. Tel Aviv ini merupakan ibu negara Israel dimana bisnes dan hiburan tertumpu di Tel Aviv. Bandarayanya yang besar ini menempatkan lebih 2 juta orang penduduk dengan majoritinya terdiri daripada yahudi dan sebahagian kecil Muslim dan kristian Palestine. Masih terdapat 3 buah masjid di Tel Aviv yang masih diimarahkan oleh penduduk Islam Palestine di Tel Aviv.

Muhammad bin Kamarulazizi


Wednesday, November 30, 2011

Hari Pertama di Palestine

tibanya di Palestine, negara jajahan Israel


22 Nov 2011 - Melalui Allenby Bridge, kami tiba di sempadan Palestine yang dikuasai oleh regim Israel. Alhamdulillah imigresen berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit hiccups, dimana 2 org telah ditahan untuk pemeriksaan lanjut. Dua orang yang ditahan ini berkemungkinan merupakan prosedur biasa dan diajukan soalan-soalan yang adalakalanya mempunyai unsur provokasi. Alhamdulillah, dua orang mengikuti jemaah kami ini tenang menjawab semua soalan dan dilepaskan. Seluruh proses mendapatkan visa dan selesai dalam tempoh sejam.

Sebelum ini saya mendapat tahu proses untuk melepasi imigresen Israel akan mengambil masa lebih 4 jam. Lebih2 lagi bagi pengunjung yang berumur antara 20 hingga 40 tahun yang dianggap 'threat' bagi kerajaan zionis ini. Apa yang dapat saya lihat, wajah-wajah tentera Zionis ini sebenarnya takut dengan orang-orang Islam. Sepanjang masa mereka akan berkepit dengan M16 sebagai pelindung mereka. Ini yang dapat dikatakan sebagai takut pada bayang sendiri.

Lokasi imigresen ini di tengah2 gurun dan apa yang menghairankan ialah imigresen ini dipenuhi dengan lalat. Sebagaimana Allah menunjuk hinanya Firaun dengan lalat, mungkin begitu juga Allah tunjukkan Zionis laknatullah ini juga hina dengan jumlah lalat yang luar biasa di imigresen mereka. Golongan Yahudi yang datang tinggal di Israel ini asalnya dari merata tempat. Bagi yang berkulit hitam seperti dari Etophia, mereka merupakan Yahudi kasta rendah dan bekerja bahagian kontrak dan berpendapatan rendah. Berbeza dengan Yahudi yang berkulit putih memegang jawatan-jawatan yang berpendapatan tinggi (sumber dari salah seorang sukarelawan yang pernah bertugas di Palestine).

di makam Nabi Musa

Selesai imigresen, kami terus bergerak ke makam nabi Musa. Di sini kami solat jamak Zohor dan Asar sebelum meneruskan perjalanan ke Jericho, sebuah bandar yang dikuasai oleh polis Palestine. Keadaan sebelum tiba Jericho ini gersang, panas dan tidak mempunyai pokok. Jericho ini merupakan antara bandar yang paling rendah di dunia, dan dikatakan dahulunya sebuah oasis. Kami makan tengahari di sini sebelum bertolak ke Nazareth, atau dalam Bahasa Arabnya, Nazirah.

kawasan gersang di Jericho

kawasan pertanian yang diusahakan oleh Yahudi, Israel


kurma keluaran Israel yang bersaiz besar dan rasanya juga amat sedap

kenderaan dengan nombor plate berwarna kuning kepunyaan masyarakat Yahudi sahaja

nombor plate berwarna putih kepunyaan masyarakat Palestine

Dari Jericho kami terus ke Nazareth, sebuah bandar dibawah jajahan Israel. Di sini tanah kelihatan amat subur dengan pelbagai tanaman yang tumbuh dengan sihat. Golongan Yahudi ini mempunyai kepakaran dalam industri pertanian dan pelbagai cara dilakukan untuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan dengan subuh. Warga Palestine dari Jericho tidak dibenarkan untuk memasuki Nazareth kecuali dengan mendapatkan pas dari pihak berkuasa Israel. Bagi membezakan kenderaan Israel dan Palestine, warna papan nombor plate bagi penduduk Israel ialah kuning dan warga Palestine berwarna putih.

Keesokan harinya perjalanan diteruskan ke Hebron.

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, June 9, 2010

Pelarian Palestin di Malaysia


Program: Bengkel Pelarian Non South East Asia
Lokasi: De Palma Hotel
Anjuran: Malaysian Social Research Institute (MSRI)
Date: 8 Jun 2010

Saya telah dijemput untuk menyertai bengkel pelarian anjuran MSRI untuk berbincang tentang permaslahan dan mengenal pasti kaedah atau cara yang efisyen untuk membantu saudara pelarian kita dari Timur Tengah seperti Palestin dan Iraq. Banyak NGO turut serta untuk memberi sokongan.

Seperti yang kita ketahui, kini dunia digemparkan dengan serangan tentera Israel ke atas kapal misi kemanusiaan Rachel Corrie yang membawa bantuan kemanusiaan kepada masyarakat di Gaza Palestin. Hal ini telah menimbulkan semarak untuk memperbanyakkan lagi bantuan kepada negara Palestin terutama sekali di Gaza. Sejak serangan tentera Israel keatas masyarakat Palestin, ramai warga Palestin telah menjadi pelarian nak berpindah ke kem-kem pelarian seperti di Lebanon, Jordan dan Mesir. Ada yang mengambil kesempatan untuk berpindah ke Iraq namun begitu Iraq pula telah dihimpit dengan penaklukan dari Amerika Syarikat.

Sedar atau tidak, kini terdapat ramai pelarian Palestin yang berada di Malaysia. Malaysia dijadikan salah satu lokasi 'heaven' bagi pelarian Palestin kerana Malaysia mempunyai majoriti penduduk Islam. Mereka datang ke Malaysia menggunakan on arrival visa dan berharapan untuk memulakan kehidupan baru di Malaysia.


pelarian dari Palestin yang berkongsi tentang kisah hidup mereka di Malaysia

Namun sangkaan mereka agak meleset, apabila menyedari Malaysia tidak mengiktiraf perkataan 'pelarian' atau lebih disebut sebagai 'refugees' dan disebabkan status ini, mereka tidak dibenarkan bekerja dan anak-anak mereka tidak dibenarkan untuk belajar di sekolah tempatan. Mereka terpaksa berhadapan dengan kemungkinan ditangkap oleh pihak imigresen mahupun Rela. Ini menyebabkan tekanan mental dan trauma kepada mereka atas kerisauan terhadap keselamatan diri dan keluarga. Keadaan mereka di Malaysia menjadikan mereka ini tidak dilindungi oleh undang-undang dan amat mudah dieksploitasi oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

Saya agak terkilan apabila mendengar kisah dari pelarian dari Palestin yang berada di Malaysia. Mereka sentiasa hidup dalam keadaan tertekan kerana risau keselamatan keluarga. Mereka terpaksa hidup berpindah-randah dan anak-anak mereka tidak mendapat pendidikan asas seperti masyarakat tempatan yang lain. Kita biasa melaungkan sokongan kita kepada rakyat Gaza, Palestin, lagi-lagi apabila berlakunya serangan oleh pihak Israel. Inilah masanya untuk kita sendiri membantu rakyat Palestin yang kini berada di Malaysia, tetapi terkontang-kanting untuk meneruskan kehidupan.

Kepada pembaca blog yang prihatin, anda boleh menyumbang melalui tabung pelarian Muslim Aid di akaun CIMB 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Sila nyatakan sekali bahawa sumbangan tersebut adalah untuk tabung bantuan pelarian berserta dengan nama penuh anda, nombor telefon dan alamat surat menyurat dan diemailkan kepada mail@muslimaidasia.com. Setiap sumbangan akan diberi pengecualian cukai (rujukan LHDN: 01/35/42/51/179-6.6487, tarikh kuatkuasa 15 Jan 2009) Atau hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996 untuk informasi lanjut.

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, December 31, 2008

Bantuan Kemanusiaan Gaza



Dengan 3 hari serangan udara yang berterusan telah menyebabkan mengorbankan lebih 380 rakyat palestin dan telah mencederakan lebih daripada 1700 orang. Pengeboman udara ini telah menyebabkan kematian ramai wanita dan kanak-kanak, juga memusnahkan hospital dan gudang bekalan ubat-ubatan. 19 bulan sekatan Gaza sudah menyebabkan kekurangan bekalan ubatan untuk merawat mangsa-mangsa dan telah diketahui, kebanyakan hospital telah kehabisan bekalan ubatan.

Sekatan Gaza ini telah memaksa lebih 1.5 juta rakyat Palestin untuk bergantung kepada bantuan organisasi kemanusiaan. Kebanyakan organisasi kemanusiaan antarabangsa telah bertungkus lumus untuk membekalkan bantuan makanan, ubat-ubatan dan bekalan air bersih kepada masyarakat Palestin yang kian menderita ini.

Rangkaian Muslim Aid telah bekerja keras menghantar bantuan-bantuan asas seperti makanan berkhasiat, peralatan sekolah, selimut dan ubat-ubatan sejak dari sekatan Gaza beberapa bulan yang lepas. Kini Muslim Aid Asia akan bersama-sama Muslim Aid Australia dengan kerjasama organisasi tempatan Palestin termasuk UNRWA akan berusaha menhantar bantuan-bantuan asas bagi makanan dan ubat-ubatan. Muslim Aid Asia menyeru rakyat Malaysia dan masyarakat dunia untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan ikhlas buat masyarakat Palestin yang sedang hidup dalam penuh penderitaan di negara mereka sendiri.

Pada yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh hubungi pejabat Muslim Aid Asia di 03-2288 1996, 03-2282 1996 (Muhammad). Sumbangan tunai akan disalurkan terus ke Muslim Aid Australia, dan pihak Muslim Aid Australia akan menguruskan sumbangan tersebut dengan bantuan makanan dan ubatan bersama organisasi tempatan di Palestin. 100% sumbangan tunai akan disalurkan untuk masyarakat Palestin.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Muslim Aid Asia di
EON Bank: 0518-11-000311-5 (Muslim Aid Asia Sdn Bhd)
atau
CIMB Bank: 1422-0000070-10-8 (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia)
Sila pos/faks/emailkan slip pembayaran kepada pejabat Muslim Aid Asia dan nyatakan tujuan sumbangan untuk Bantuan Kemanusiaan Gaza.

Pembayaran online di sini

Muslim Aid Asia
8-1-2 Menara Mutiara Bangsar,
Jalan Liku,
59100 Kuala Lumpur
Faks: 032288 1966
Email: mail@muslimaidasia.com

Muhammad bin Kamarulazizi
muhammad@muslimaidasia.com
Muslim Aid Asia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...