 Tarikh: 3 Julai 2011
Tarikh: 3 Julai 2011
 Lokasi: Pasar Tani Mega Stadium Melawati Shah Alam
 Program: Fund For FoodAlhamdulillah program Fund For Food yang diilhamkan oleh Puan Habsah  Marjuni yang merupakan ahli lembaga pengarah Yayasan Kemanusiaan Muslim  Aid Malaysia telah dijalankan dengan jayanya. Program yang melibatkan  lebih 30 orang sukarelawan ini bermula pada jam 12 tengah malam pada  hari Ahad dengan bantuan dari Hilux Tuners Club yang telah membantu  untuk membawa peralatan memasak, barang-barang tajaan dan bahan mentah  untuk persediaan bubur lambuk dan buburma. Pengurusan logistik telah  diuruskan oleh cik Farihah, pejajar praktikal (latihan industri) di  Muslim Aid.
Sukarelawan yang kebanyakannya mahasiswa di IPT telah  diketuai oleh cik Nadhirah yang juga pelajar praktikal  di Muslim Aid.  Setiap kumpulan sukarelawan telah diberi tugas masing-masing. Sepuluh  orang anak yatim dari Madrasah Hashimiah telah membantu untuk menyiapkan  buburma, iaitu bubur yang berasal dari Burma yang menjadi hidangan  istimewa berbuka puasa golongan pelarian di bulan Ramadhan. Satu lagi  bubur merupakan bubur lambuk Terengganu yang telah disediakan oleh Chef  Zam.
 sukarelawan menyiapkan bahan
sukarelawan menyiapkan bahan
 bersama team Hilux Tuners Club
bersama team Hilux Tuners Club
 anak-anak Madrasah sedangsiapkan bahan
anak-anak Madrasah sedangsiapkan bahan buburma dalam proses untuk masak
buburma dalam proses untuk masak
 pengunjung yang berminat untuk menderma
pengunjung yang berminat untuk menderma
Empat kawah bubur telah "dijual" dan lebih 1500 bungkus bubur habis! Program 'menjual' bubur tersebut bermula seawal jam 7 pagi dimana para pengunjung mula membanjiri kawasan Pasar Tani dan orang ramai telah mula menyumbang. Media seperti TV alHijrah, TV1, Bernama dan Utusan Malaysia telah hadir untuk membuat liputan. Bagi media, cik Marliyana (pelajar praktikal Muslim Aid) telah bertangggungjawab untuk jemputan dan protokol.
 sukarelawan yang dedikasi
sukarelawan yang dedikasi
Program telah selesai jam 1 tengahari dan semua bubur selesai dijual. Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penajar seperti Fama, D'Tandoor, Coca Cola, Iltizam Vetures, Agromas dan Pasar Mega Shah Alam dan tidak lupa kepada sukarelawan-sukarelawan yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan program amal Fund For Food ini. Moga Allah memberkati anda semua.