About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Saturday, February 26, 2011

Pasukan Futsal Pelarian Rohingya Klang


Genap dua minggu sahaja lagi dari pertandingan Futsal Amal Antara Rumah Kebajikan seluruh Selangor dan Kuala Lumpur anjuran Badan Amal Siti Khadijah (BKSK). Kita mendekati pula lagi sebuah pasukan bawah tajaan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) iaitu pasukan futsal pelarian Rohingya Klang. Pasukan bawah 17 tahun ini diuruskan oleh salah seorang sukarelawan Muslim Aid iaitu Azim dari Universiti Malaya. Tahun ini adalah kali pertama mereka menyertai pertandingan futsal dan harapan mereka agar boleh sampai ke peringkat separuh akhir.

Pertandingan futsal kali ini lebih meriah dimana Muslim Aid akan membawa 9 pasukan futsal iaitu 4 pasukan dari ASDAF, 2 pasukan dari Madrasah Hashimiah, 1 pasukan dari Rohingya Klang, dan 2 lagi pasukan dari Somalia Gombak. Kita akan mengharap juga pasukan-pasukan pilihan untuk hadir semasa pertandingan futsal nanti seperi Darul Kifayah dan Rumah Nur Salam.

selepas latihan di Klang

selepas pendaftaran di kelas komputer Muslim Aid

perlawanan persahabatan di UM

rutin latihan di Klang setiap petang

Pada yang mempunyai masa luang, jemput hadir sekali di pertandingan futsal ini bertempat di Futsal Frenzy, Seksyen 15 Shah Alam pada 12hb Mac 2011.

Pasukan Rohingya Klang masih memerlukan tajaan jersi pasukan yang dianggar kosnya hanya antara RM150 - RM200 (8 helai jersi). Pada yang bermurah hati untuk menaja pasukan Rohingya Klang, boleh hubungi pengurus pasukan Rohingya Klang, en Azim di 0132969648 atau saya sendiri di 0123377195. Sumbangan ini semestinya memberi makna yang besar buat mereka.

Muhammad bin Kamarulazizi

3 comments:

Semoga penganjuran ini berjaya. Good luck n may d best team win. :-)

minta sumbangan dari UNHCR Kuala Lumpur. Kenapa rakyat malaysia sendiri terutama yang diaf tidak diberi perhatian ?

Program untuk rakyat Malaysia yang dhaif juga ada. Boleh rujuk posting yang lain.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...