Saya baru sahaja selesai mesyuarat berkenaan dengan majlis makan amal Setulus Kaseh Maher Zain. Mesyuarat bermula jam 9 malam, dan selesai jam 12 tengah malam. Dengan hanya tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum hari majlis, masih lagi terdapat beberapa perkara yang diselesaikan bagi memastikan majlis makan malam ini sukses.
Alhamdulillah jualan meja kini hangat dengan pakej meja RM2000 (meja ukhwah) sudah banyak dijual. Beberapa syarikat-syarikat besar juga dalam proses dijadikan penaja utama. Selepas selesai mesyuarat, saya mendapat tahu Makpah (Pengetua Rumah Titian Kaseh) belum lagi makan malam. Maka saya terus mengajak Makpah makan malam dan turut serta Kaklin, ibu dari Rumah Titian Kaseh (RTK) bersama encik Ahmad, sukarelawan di RTK.
Kami tiba di restoren Said Ali di Sri Rampai jam 12.30 malam dan terus memesan makanan. Makpah sibuk menjawab telefon ketika itu dan saya dapat rasakan panggilan dari ibu atau anak di RTK. Makpah memberitahu saya 3 orang anak RTK muntah-muntah dan dipercayai keracunan makanan. Makpah amat mengambil sirius dengan kesihatan anak-anak serta penghuni RTK. Saya dapat lihat kerisauan Makpah dan apabila selesai sahaja makan, kami terus pulang.
Dalam perjalanan saya pulang, saya mula rasa sedih dan dapat rasakan betapa beratnya Makpah memikul beban untuk menjaga golongan ibu-ibu di RTK, malahan anak-anak kecik yang sudah menjadi yatim atau piatu dan itu tidak masuk lagi warga OKU. Secara peribadi, saya punya seorang anak yang masih kecil. Kiranya anak saya sakit, sudah pasti saya akan rasa amat susah hati. Tapi ini baru seorang, jika nak dibandingkan dengan Makpah yang penghuni RTK berjumlah lebih 50 orang!
Di sini timbulnya inisiatif untuk mengadakan Makan Malam Amal Setulus Kaseh bersama Maher Zain. Saya rasa amat terharu apabila Makpah mahukan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) untuk menerajui majlis makan malam ini dengan sokongan dari IMC dan Alumni ESQ. Ya, Makpah mahukan Muslim Aid, bukan sahaja untuk turut serta, tetapi untuk menjadi penganjur utama.
Walaupun Muslim Aid sendiri kurang mendapat sumbangan dari pihak korporat, tapi saya percaya dengan adanya dermawan-dermawan individu dan sukarelawan yang selalu konsisten bersama membantu Muslim Aid dalam usaha-usaha kemanusiaan dan kebajikan, majlis makan malam ini insyaAllah akan dapat dijalankan dengan jayanya. Saya menyeru dan memohon kepada para dermawan yang senantiasa bermurah hati membantu Muslim Aid, sekali lagi bersama Muslim Aid untuk membantu Rumah Titian Kaseh untuk mendapatkan rumah sebagai tempat perlindungan mereka. Setiap sen dan Ringgit yang disumbangkan, sesungguhnya akan menjadi saham yang amat bermakna di akhirat kelak, insyaAllah.

“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, Kami tidak memikulkan kewajiban kepada diri seseorang melainkan sekadar kesanggupannya, mereka itulah penghuni-penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya.” (Surah al-A’raf: 42)Beban yang dipikul Makpah amatlah berat. Dengan keadaan sekarang, mereka terpaksa pindah rumah mereka yang kedua, kerana rumah pertama tidak sesuai lagi untuk didiami. Rumah baru yang mereka (warga RTK) pindah ini pula perlu dibeli kerana ini adalah salah satu syarat yang dikenakan oleh pihak tertinggi untuk dijadikan rumah kebajikan yang dapat diberi bantuan. RM2.7 juta diperlukan untuk membeli rumah tersebut bagi warga penghuni RTK. Dimana Makpah hendak dapatkan RM2.7 juta untuk rumah tersebut?
Di sini timbulnya inisiatif untuk mengadakan Makan Malam Amal Setulus Kaseh bersama Maher Zain. Saya rasa amat terharu apabila Makpah mahukan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) untuk menerajui majlis makan malam ini dengan sokongan dari IMC dan Alumni ESQ. Ya, Makpah mahukan Muslim Aid, bukan sahaja untuk turut serta, tetapi untuk menjadi penganjur utama.
Walaupun Muslim Aid sendiri kurang mendapat sumbangan dari pihak korporat, tapi saya percaya dengan adanya dermawan-dermawan individu dan sukarelawan yang selalu konsisten bersama membantu Muslim Aid dalam usaha-usaha kemanusiaan dan kebajikan, majlis makan malam ini insyaAllah akan dapat dijalankan dengan jayanya. Saya menyeru dan memohon kepada para dermawan yang senantiasa bermurah hati membantu Muslim Aid, sekali lagi bersama Muslim Aid untuk membantu Rumah Titian Kaseh untuk mendapatkan rumah sebagai tempat perlindungan mereka. Setiap sen dan Ringgit yang disumbangkan, sesungguhnya akan menjadi saham yang amat bermakna di akhirat kelak, insyaAllah.
Kepada yang ingin menyumbang, boleh rujuk di sini.
Muhammad bin Kamarulazizi
2 comments:
Artikel saya tentang RTK
http://lagunamerbok.blogspot.com/search/label/Rumah%20Titian%20Kasih
Terima kasih, sememangnya berkaitan. Sama2 kita bantu mereka!:)
Post a Comment