About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Wednesday, September 3, 2008

Taja Anak Yatim berbuka Puasa

"Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit." - Hadis riwayat al-Tirmizi no: 735

"Barang siapa yang memelihara seorang anak yatim dengan makanan dan minuman dengan puas, maka Allah ST memasukkannya ke dalam syurga kecuali ia mengerjakan dosa yang tidak dapat diampun" Hadis riwayat al-Tirmizi

Pihak ASDAF memohon tajaan untuk berbuka puasa / moreh bersama Anak2 yatim ASDAF

Tarikh yang available:
Bulan September 2008 : 9, 15, 18, 22, 24, 26, 28

Penaja boleh datang membawa keluarga sekali untuk berbuka puasa dan Tarawih bersama anak2 ASDAF dan staf ASDAF. Pada syarikat atau agensi yang berminat juga boleh menaja anak2 ASDAF ini.

Katering juga disediakan oleh pihak ASDAF, kosnya ialah RM15 x 70 = RM1050. Sekiranya mempunyai katering sendiri juga amat dialu2kan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Ustaz Hasmadi (Pengetua ASDAF) atau Kaksu ditalian 03-22831009

p/s gambar anak2 ASDAF
Gambar 1
Gambar 2

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Muslim Aid Asia

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...