Alhamdulillah, kali ini salah seorang sukarelawan Muslim Aid Asia, Hanif Nordan dari UM telah mengambil inisiatif sendiri untuk membantu Madrasah Ar-Rashid di Klang. Madrasah ini pernah terbakar dua tahun lepas, dan kini pelajar-pelajar hafiz di sini dapat meneruskan kelas seperti biasa. Saya bersama Hanif dan seorang lagi rakan iaitu Hafiz dari Seri Kembangan telah bersama menghantar sumbangan orang ramai ke Madrasah ini. Hasil sumbangan merupakan dari orang ramai di sekitar KL.
Info mengenai Madrasah Ar-Rashid Klang
Pengetua Madrasah - Ust Rashid - 019-2345980
Jumlah pelajar: 80 orang (40 asrama, 40 tinggal di luar)
Staff: 3 orang
Alamat Madrasah
Madrasah Tahfiz Ar-Rasyid
No4, Lot 288, Jln Yadi,
Sg Udang, Klang
Barang-barang yang telah disumbang
100 kg beras
24 Tin susu
24 Kg gula
180 biji telur
20 Kg minyak masak
1 Botol 2 liter Kicap
1 Botol 2 liter Sos Tiram
1 Botol Sos Cili
24 Botol Air Mineral
3 kg Milo
12 Paket kecil Garam
Saya telah mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan daging qurban dalam tin (Q4L) kepada anak-anak tahfiz Madrasah Ar-Rashid ini. Usaha sebegini amat kita perlukan agar lebih ramai dapat menyumbang, dan lebih ramai yang memerlukan mendapat sumbangan/bantuan.
-Muhammad bin Kamarulazizi-
Muslim Aid Asia
0 comments:
Post a Comment