About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Friday, September 12, 2008

Iftar anjuran MMC Berhad bersama anak-anak yatim dan tahfiz

anak-anak Rohingya

Semalam pihak Muslim Aid Asia telah dijemput oleh MMC Berhad dalam majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan tahfiz di Muzium Kesenian Islam. Hampir 400 orang hadir dan kesemuanya dari MMC subsidieries seluruh Malaysia. Pihak MMC Berhad telah menjemput Rumah Anak Yatim Rohingya melalui Muslim Aid Asia. Alhamdulillah info berkenaan Rumah Anak Yatim Rohingya ini telah diperoleh dari blog ini. Jarang sekali anak-anak Rohingya ini berpeluang untuk berbuka puasa diluar, dan peluang kali ini amat bermakna bagi mereka.

bersama mereka

ada pula yang jatuh sandal dalam longkang

Wan Rusli (pengarah Muslim Aid Asia) bersama anak-anak Rohingya

Farhan dan Azura dari MMC Berhad yang telah menjemput anak-anak Rohingya

berbuka time!

semua kenyang dan gembira selepas dapat goodie bag dan duit raya

RM100 tu, yang tu baru salah satu dari tiga paket angpow

sementara menunggu berbuka


-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...