
Ikut polisi Muslim Aid Asia, kami tidak dibenarkan untuk memberi bantuan direct kepada individu. Hal ini kerana untuk mengelakkan duit sumbangan disalah gunakan. Muslim Aid Asia hanya boleh beri peruntukan untuk program-program atau aktiviti untuk orang ramai secara menyeluruh.Teringat saya pada satu movie melayu beberapa hari lepas dimana lelaki itu lakonan Rosyam Nor dari kampung datang ke KL mencari pekerjaan. Keadaannya agak sama dengan saudara dari Sarawak yg bernama Ibrahim ini.
Kami di Muslim Aid Asia, hanya mampu mengeluarkan duit dari poket sendiri untuk membantu saudara ini. Saudara ini amat berbesar hati, dan katanya, insyaAllah dia akan datang melawat ke pejabat Muslim Aid Asia, selepas dia mula bekerja di KL Sentral. Semoga Allah murahkan jalan hidupnya untuk mencari rezeki di kota metropolitan Kuala Lumpur.
-Muhammad bin Kamarulazizi-
Muslim Aid Asia
0 comments:
Post a Comment