About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Thursday, July 3, 2008

Anak-anak ASDAF...

makan malam nasi berlaukkan sardin dan sayur

Kini hampir tiga minggu saya bersama pelajar praktikal di Muslim Aid Asia, Eyta dan Ina bersama anak-anak ASDAF bersama-sama menyiapkan projek Kitchen Garden. Anak-anak ASDAF ini adakala mengingatkan saya pada 'life' di asrama. Setiap hari telah disusun dengan jadual seperti waktu makan, masa prep, solat Magrib berjemaah.


Katerina dan Irna menikmati makan malam

Cuma yang membezakan dengan sekolah berasrama ialah mereka tidak mempunyai masa outing dihujung minggu. Mungkin kerana kebanyakan anak-anak ASDAF ini hanya berumur antara 7 hingga 12 tahun, dan terlalu muda untuk dibenarkan keluar ke bandar. Biasanya mereka akan menghabiskan masa di perkarangan ASDAF, bermain sesama mereka dan sekali sekala akan dijemput oleh badan korporat untuk menghadiri talkshow bagi memenuhkan kerusi-kerusi yang kosong.

game atau kertas antara permainan kegemaran anak-anak ASDAF

tidur salah satu aktiviti dihujung minggu

Mungkin satu hari nanti, saya plan untuk bawak dalam empat orang anak-anak ASDAF keluar jalan-jalan di KL. Mungkin seminggu sekali, atau dua minggu sekali bergilir-gilir. Empat orang mungkin muat untuk sebuah kereta bersama saya dan rakan saya. Sekurang-kurangnya dapat membuatkan anak-anak ASDAF ini 'happy'! Setiap senyuman yang terukir, akan memberi seribu satu kepuasan dalam diri. Dan seperti biasa, bila anak-anak yatim ini happy, sudah pasti stress2 dan tension kerja pun akan hilang....

p/s semua update kitchen garden akan di update di sini sahaja.

-Muhammad-
ex Mashoor 99'

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...