About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Tuesday, July 15, 2008

Report Ringkas Glitters of Tomorrow


Program Motivasi Glitters of Tomorrow berjalan dengan sukses!
Program motivasi fasa pertama ini lebih bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan dan kesukaran anak2 ASDAF ini dalam menyesuaikan diri di KL dan bersekolah di KL.

Setiap orang anak2 ASDAF ini telah di evaluate dan setiap anak2 ini mempunyai file rekod individu menerangkan info2 tertentu seperti background, kelemahan dan kelebihan masing2



InsyaAllah selepas ini, Muslim Aid Asia dan team volunteer Muslim Aid Asia akan meneliti setiap report yg ditulis oleh fasi2 dan co fasi2 dan seterusnya akan membincang dan merangka plan untuk program motivasi fasa kedua, iaitu more kepada mengenal pasti kaedah2 yg sesuai utk mengatasi masalah anak2 ASDAF...


Apa yg menyayat hati apabila anak2 ASDAF ini begitu rapat dengan fasi2 dan co fasi...sampai masa pulang, hampir semua anak2 ASDAF ini menangis..ada fasi2 yg sampai mengalir air mata...boleh nampak yg anak2 ASDAF ini tagihkan kasih sayang dan perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan dan masalah..


Ada seorang anak ASDAF yang bernama Asrul, baru darjah 2...sebelum pulang, saya bagitau pada dia, kalau ada budak buli dia di sekolah, bagitau pada abg, nanti abg panggil kenkawan abg tolong asrul...dan apa yg berlaku, saya perasan air mata asrul jatuh kat lengan saya..trus membuatkan saya rasa amat sebak...asrul yang baru sahaja darjah 2, baru berumur 8 tahun, yg sepatutnya patutnya riang seperti anak2 seusia dgnnya, tapi sebaliknya, dlm dirinya sebenarnya menunjukkan kesedihan yg amat dalam....


Harapan saya agar usaha membantu anak2 ASDAF ini mendapat keberkatan dan dipermudahkan Allah Taala..xlupa, saya ingin ucapkan terima kasih bebanyak kepada semua yang terlibat memberi sokongan, menyumbang wang ringgit, sponsor makanan, dan yg telah menyumbang tenaga dan keringat dalam menjayakan program motivasi Glitters of Tomorrow ini...Moga Allah berkati dan gandakan rezeki dan pahala kalian semua, insyaAllah..

gambar program
http://glittersoftomorrow.blogspot.com/

p/s gambar xdpt nak amik masa nak balik, sebab terlalu sebak...

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

3 comments:

salam 'alaik.
wah bestnya bro. mesti dah banyak pengalaman kan jumpa dengan kanak2 istimewa. teringin rasanya.. sedikit sebanyak bagus juga program macam nie. banyak berikan kesedaran dalam diri kita akan sifat humanisme dan sedarkan kita untuk sentiasa bersyukur akan rezeki yang Allah bagi. cukuplah memadai sbg seorang hamba..:)

insyaAllah Teeny. Sedikit sahaja usaha yg mampu dilakukan:)

Asaalammualaikum...
saya berminat nak kongsi ilmu matematik dan fizik kepada adik2 nie .. macam mana ye, tq

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...