About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Friday, December 5, 2008

Qurban For Life Anjuran Muslim Aid Asia di Nasi Lemak Kopi'O, TV9

Alhamdulillah, kali ini Muslim Aid Asia telah on air di Rancangan Nasi Lemak Kopi'O di TV 9 untuk mempromosikan Qurban For Life Q4L yang telah dihoskan oleh Aziz Desa dan Mek. Semasa rancangan ini di udara, telefon di ofis berdering tidak henti-henti. Memang banyak juga peminat setia Nasi Lemak Kopi'O ini!

bersama Aziz Desa

bersama Imran Ajmain


Antara yang hadir tadi seperti kumpulan Rabbani, Imran Ajmain, dan juga Husna dari Gadis Melayu.

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

Thursday, December 4, 2008

Qurban For Life Anjuran Muslim Aid Asia di Astro Awani



Alhamdulillah, hari ini program Qurban For Life (Q4L) anjuran Muslim Aid Asia mendapat liputan di rancangan Wanita untuk Wanita (WW) di Astro Awani. Hos kali ini ialah En Zulhelmi dan juga Puan Linawati Adnan yang telah menggantikan Cik Dang Suria yang mempunyai tugas lain. Pihak kami di Muslim Aid Asia mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dang Suria, Zulhelmi dan Faris yang telah berusaha agar Q4L mendapat liputan di Astro Awani.

sampai berpeluh

Ilham rancak



-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

Wednesday, December 3, 2008

Sumbangan Bantuan Buat Keluarga En Fadil, OKU Penglihatan

keluarga Encik Fadil

Tarikh: 3 Desember 2008
Masa: 10.30pm
Lokasi: Flat Sri Pahang, Bangsar

Alhamdulillah sebentar tadi saya bersama isteri saya sempat ziarah keluarga encik Fadil di Flat Sri Pahang, Bangsar. Kebetulan petang tadi, saya menerima panggilan dari isteri encik Fadil, yang menyatakan hasrat untuk memohon sedikit bantuan. Rupanya rumah mereka dah kehabisan bekalan makanan mentah seperti beras, minyak masak. Sejak Raya Aidilfitri yang lepas, mereka mengalami masalah kewangan dan cuma mengharap dari penjualan tisu di kaki lima. Alhamdulillah, selepas saya menyatakan hasrat saya di Yahoo Messenger (YM) untuk menziarah keluarga encik Fadil, terdapat juga rakan-rakan saya yang prihatin, yang turut memberi sumbangan melalui perbankan online. Wang tersebut telah saya gunakan untuk membeli makanan mentah seperti beras, minyak masak, gula, ikan bilis, epal dan sebagainya. Moga Allah murahkan rezeki anda semua!

bersama Nur Ain Nadia yang matanya juga dah mula semakin kabur

Bersama Nur Ain Nadia dan Muhammad Firdaus

Encik Fadil mempunyai impian untuk berniaga secara kecilan seperti membuka stall kecil menjual gula-gula, surat khabar dan topup. Isteri Encik Fadil pula berharap dapat melakukan kerja di rumah seperti meletak surat dalam sampul atau sebagai telefonis. Keempat-empat anak beranak ini semua mempunyai masalah penglihatan.

luahan rasa Encik Fadil dan isterinya

Saya menyeru kepada rakan-rakan serta pembaca blog ini, pada yang mempunyai kenalan atau 'contact' seperti DBKL, atau ahli politik, atau 'businessman' yang dapat merealisasikan impian mereka ini, agar dapat menghubungi saya di pejabat Muslim Aid Asia di 03-2288 1996 atau di telefon bimbit saya terus di 012-3377 195. Semoga dengan usaha ini, dapatlah keluarga encik Fadil keluar dari belenggu kemiskinan, insyaAllah.

Muhammad bin Kamarulazizi
Muslim Aid Asia

Qurban For Life Anjuran Muslim Aid Asia di Selamat Pagi Malaysia RTM 1

Alhamdulillah promosi Qurban For Life (Q4L) anjuran Muslim Aid Asia telah disiarkan secara langsung di rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) di RTM 1 bersama hos Hani. Terima kasih diucapkan kepada Ikmal, yang telah membantu supaya promosi amal ini dapat disiarkan di RTM 1.



Ilham berbicara

Selamat Pagi Malaysia

di hadapan Wisma TV Angkasapuri

Amir, Ilham dan Ikmal

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran

Muslim Aid Asia

Tuesday, December 2, 2008

Qurban For Life (Q4L) di Sinar Harian, RTM1, Astro Awani dan TV9





Alhamdulillah, program Qurban For Life (Q4L) anjuran Muslim Aid Asia telah mendapat liputan di surat khabar Sinar Harian. InsyaAllah esok, lusa dan hari Jumaat program Q4L akan mendapat liputan di RTM, Astro Awani dan TV 9. Berikut adalah butirannya:

3 Desember 2008
Masa: 8.20am
Rancangan: Selamat Pagi Malaysia (SPM)
Channel: RTM 1

4 Desember 2008
Masa: 10.30am
Rancangan: Wanita untuk Wanita
Channel: Astro Awani 501

5 Desember 2008
Masa: 8.00am
Rancangan: Nasi Lemak Kopi'O
Channel: TV9

8 Desember 2008
Radio Suara Islam

Kesemua rancangan akan berkisarkan Qurban For Life (Q4L). Sama-sama kita saksikannya!

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

Sunday, November 30, 2008

Ziarah Rumah Titian Kaseh dan Buku Motivasi


Semalam saya berkesempatan untuk melawat anak-anak yatim di Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa. Saya datang bersama isteri saya untuk menghantar pakaian anak-anak kecil kepada rumah ini. MakPah kebetulan masa itu sudah pergi menunaikan ibadah Haji dan insyaAllah akan pulang pada bulan Januari nanti.

bersama Hadi dan buku tulisan bapanya

Hari ini selepas promosi Qurban For Life (Q4L), saya mengambil kesempatan untuk menjenguk sekitar Stadium Melawati. Kebetulan saya bertemu dengan rakan sebilik semasa belajar di Matriks UIA (atau dikenali sekarang sebagai Center of Foundation Study, CFS UIA), Hadi dan Ayie. Mereka kini giat mempromosikan bahan bacaan ilmiah. Saya tertarik dengan sebuah buku "Belajar dengan cekap dan berkesan" hasil penulisan bapa kepada Hadi sendiri. Buku ini memuatkan motivasi yang mencakupi pelbagai aspek, seperti masa, teknik-teknik, pemikiran dan kerohanian. Pada yang berminat dengan buku motivasi ini, boleh hubungi terus Hadi di 0126648873.


Hadi dan Ayie

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Muslim Aid Asia

Saturday, November 29, 2008

Qurban For Life di Majalah Jelita Keluaran Disember 2008!


Alhamdulillah, aktiviti Qurban For Life (Q4L) anjuran Muslim Aid Asia telah dimuatkan dalam majalah Jelita keluaran Desember 2008! Terima kasih kepada krew-krew Jelita / Berita Publishing seperti Kusyi Hirdan, Zulkeflee Haron, Nadya Mulok dan juga editor majalah Jelita Raihanah Abdullah yang telah berusaha untuk mewar-warkan kepada semua pembaca setia majalah Jelita.

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...