About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Wednesday, December 3, 2008

Sumbangan Bantuan Buat Keluarga En Fadil, OKU Penglihatan

keluarga Encik Fadil

Tarikh: 3 Desember 2008
Masa: 10.30pm
Lokasi: Flat Sri Pahang, Bangsar

Alhamdulillah sebentar tadi saya bersama isteri saya sempat ziarah keluarga encik Fadil di Flat Sri Pahang, Bangsar. Kebetulan petang tadi, saya menerima panggilan dari isteri encik Fadil, yang menyatakan hasrat untuk memohon sedikit bantuan. Rupanya rumah mereka dah kehabisan bekalan makanan mentah seperti beras, minyak masak. Sejak Raya Aidilfitri yang lepas, mereka mengalami masalah kewangan dan cuma mengharap dari penjualan tisu di kaki lima. Alhamdulillah, selepas saya menyatakan hasrat saya di Yahoo Messenger (YM) untuk menziarah keluarga encik Fadil, terdapat juga rakan-rakan saya yang prihatin, yang turut memberi sumbangan melalui perbankan online. Wang tersebut telah saya gunakan untuk membeli makanan mentah seperti beras, minyak masak, gula, ikan bilis, epal dan sebagainya. Moga Allah murahkan rezeki anda semua!

bersama Nur Ain Nadia yang matanya juga dah mula semakin kabur

Bersama Nur Ain Nadia dan Muhammad Firdaus

Encik Fadil mempunyai impian untuk berniaga secara kecilan seperti membuka stall kecil menjual gula-gula, surat khabar dan topup. Isteri Encik Fadil pula berharap dapat melakukan kerja di rumah seperti meletak surat dalam sampul atau sebagai telefonis. Keempat-empat anak beranak ini semua mempunyai masalah penglihatan.

luahan rasa Encik Fadil dan isterinya

Saya menyeru kepada rakan-rakan serta pembaca blog ini, pada yang mempunyai kenalan atau 'contact' seperti DBKL, atau ahli politik, atau 'businessman' yang dapat merealisasikan impian mereka ini, agar dapat menghubungi saya di pejabat Muslim Aid Asia di 03-2288 1996 atau di telefon bimbit saya terus di 012-3377 195. Semoga dengan usaha ini, dapatlah keluarga encik Fadil keluar dari belenggu kemiskinan, insyaAllah.

Muhammad bin Kamarulazizi
Muslim Aid Asia

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...