About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Monday, December 29, 2008

Ziarah ke Rumah En Zulkifli


Tarikh: 29 Desember 2008
Masa: 5.30pm
Lokasi: Rumah En Zulkifli, Batu 9 1/2, Gombak

Alhamdulillah hari ini saya bersama isteri dan rakan-rakan lama dari UIA, Mubin dan Hadi berkesempatan untuk melawat keluarga En Zul di Gombak. Keluarga En Zul ini merupakan keluarga yang telah saya dan rakan-rakan pilih untuk mengadakan free tuition semasa belajar di UIA dahulu. Kami bersyukur apabila mendapat tahu anak En Zul, Fasihah (nak masuk darjah 3) telah mendapat straight A untuk peperiksaan akhir tahunnya. Minggu depan akan bakal mula sesi persekolahan, semoga anak-anak En Zul dapat belajar bersungguh-sungguh agar dapat mengubah nasib keluarga di masa hadapan, insyaAllah.

Butiran tentang keluarga Encik Zul
Ahli keluarga: 7 orang
En Zul: Lumpuh separuh badan
Isteri: Kak Norehan (Bekerja sebagai pembantu kedai makan)
Anak 5 orang
Amylia (14 tahun)
Shahira (13 tahun)
Anuar (11 tahun)
Fasihah (9 tahun)
Ain (7 tahun)

Pada yang ingin menyumbang, bolehlah menyumbang dalam bentuk pendidikan seperti buku-buku. Fasihah amat gemar membaca buku, dan tahun lepas sahaja, beliau mendapat anugerah kerana membaca buku paling banyak. Kakak dan abangnya pula di tahap sederhana, dan insyaAllah dengan sumbangan kepada mereka, tahap pendidikan mereka dapat meningkat ke peringkat yang lebih baik. Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi saya di pejabat Muslim Aid Asia di 03-2288 1996.

bersama Ain, Fasihah dan Hadi

Xango, jus manggis yang dipromosikan oleh Mubin

Mubin bersama En Zul

Muhammad bin Kamarulazizi
Muslim Aid Asia

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...