About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Saturday, December 13, 2008

Ziarah Halim di Hospital Pulau Pinang


Lokasi: Hospital Pulau Pinang
Tarikh: 13hb Desember 2008
Masa: 7.30pm-8.30pm

Sebentar tadi saya berkesempatan untuk melawat seorang rakan sekelas UIA Hospital Pulau Pinang (GH). Halim merupakan pelajar manufacturing engineering UIA, team bola sepak Kraithong dan juga pelajar ex SMAP Labu. Rakan saya telah disahkan mengidap kanser hidung dan kini ditahap ke empat. Kini Halim sudah kali ke dua membuat kemoterapi, dan sudah dua minggu di GH Penang. InsyaAllah dua minggu lagi Halim akan menjalani radiografi, kemungkinan di GH atau di Mount Miriam Hospital yang terletak di Tanjung Bungah. Proses radiografi ini akan dijalankan selama enam minggu, berkemungkinan bermula pada 25 Desember 2008 ini.


Menurut Halim, kini dia mengalami kesukaran untuk makan, kerana tiada selera. dan tekaknya sentiasa berasa loya. Kesan dari kemo menyebabkan Halim terpaksa muntah setiap kali sebelum makan supaya dapat memudahkan dia untuk makan. Halim tidak boleh bau bawang kerana akan membuatkannya rasa loga. Selain dari itu, Halim juga mengalami kesukaran untuk membaca, kerana kesukaran matanya untuk fokus membaca. Katanya, "Nak baca surat khabar bagi habis pun susah". Namun alhamdulillah Halim masih boleh ke surau untuk solat berjemaah.

Kini apa yang pantang, ialah Halim tidak boleh makan makanan seperti sambal belacan. Katanya sambal belacan boleh mengaktifkan kembali kanser hidungnya itu. Kepada rakan-rakan yang ingin melawat Halim, bolehlah datang hujung Desember ini, atau bulan Januari ini. Atau boleh hubungi Halim terus melalui henfon. Halim masih menggunakan no telefon lama 013-4644 ***.


*Video gelap sedikit, kerana ziarah waktu malam, lokasi didepan surau Hospital Pulau Pinang

Sama-sama kita doakan agar Halim Zuki boleh/cepat sembuh, insyaAllah.

-Muhammad bin Kamarulazizi-
ex manufacturing UIA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...